Saturday 11 February 2012

Jamu vs Vitamin : Yang mana saya perlu dahulukan semasa berpantang?

Bagi ibu-ibu yang mengandung, apabila kandungan sudah memasuki fasa ke 3, tentunya sudah mula  membuat persediaan persiapan untuk bersalin dan juga masa pantang. Bagi persediaan masa berpantang tentunya perlu membuat pilihan set berpantang manakah yang sesuai atau hanya ingin bergantung pada ubat-ubatan hospital sahaja. Tak kurang juga ada ibu-ibu yang lebih gemar mengamalkan ubat-ubatan traditional seperti jamu sebagai set berpantang.
 
Apakah sebenarnya yang membezakan amalan pengambilan jamu dengan vitamin semasa pantang?
Jamu
Jamu adalah hasil dari campuran ramuan-ramuan tradisional yang lazimnya sangat popular dalam amalan pemakanan masyarakat kita. Jamu sebenarnya adalah salah satu jenis supplement atau makanan tambahan juga. Namun yang membezakan jamu dengan vitamin adalah jamu  mengambil masa yang lama untuk diuraikan oleh sistem badan kita demi untuk mendapatkan vitamin dan khasiat yang terdapat di dalamnya. Dan kebanyakkan jamu yang saya temui tidak diketahui kandungan ramuan nya dengan lebih lengkap.

Vitamin
Berbeza dengan vitamin. Badan kita sangat mudah mengenali vitamin. Pengambilan vitamin membuatkan badan kita menerima dengan cepat serta pengambilan air yang mencukupi akan menyebabkan penyerapan berlaku dengan sangat baik. Sebab itulah, perubatan modern mengiktiraf pengambilan vitamin ini kepada pesakit-pesakit kerana ianya bersifat selamat dan natural kepada tindakbalas tubuh badan.

Kenapa ibu-ibu di dalam pantang sangat digalakkan mengambil vitamin?
Ibu di dalam pantang di galakkan mendapat makanan yang kaya dengan khasiat folik asid, zat besi, zink dan beberapa vitamin lain supaya cepat pulih dari sakit melahirkan. Selain itu vitamin juga sangat perlu agar ibu itu tidak mudah mendapat meroyan dikala ia berada dalam pantang.
Bagi ibu yang hendak menyusukan bayi dengan susuibu sepenuhnya, disarankan agar ibu itu tidak mengambil apa-apa jamu kerana dikhuatiri ia akan memberi kesan yang tidak elok untuk hati bayi dan mempunyai risiko bayi mendapat sakit demam kuning atau jaundice.
 
Ibu yang dalam pantang hanya memerlukan multivitamin yang lengkap dengan zat besi kerana zat besi diperlukan untuk pembinaan sel darah merah ditambah ibu banyak kehilangan darah semasa haid dan nifas. B complex dank vitamin C penting dalam membantu si ibu mendapat khasiat secukupnya dan mampu mengawal sebarang bentuk tekanan serta vitamin ini membantu mengelakkan si ibu mendapat risiko meroyan. Manakala zinc sangat perlu untuk aturan 100 jenis enzim dalam tubuh. Ia juga membantu mempercepatkan proses pembaikan luka luar dan dalam. Tidak kurang juga keperluan kalsium sangat dititikberatkan kerana ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalsium dari wanita biasa kerana ia akan disalurkan kepada bayi untuk perkembangan dan pembesaran si anak.

Salam sayang,
Ummi OmarAmeer

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui ;
Email : hanyasusuibu @ gmail.com
Call : 0199273454
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment