Tuesday 25 October 2011

Lagi Testimoni Pengguna!

Entry ini adalah dari ibu-ibu yang telah menggunakan trial pack Shaklee dan terbukti BERKESAN!

 

(credit untuk Pn Norita Mohd Idris , Miri Sarawak)

 

Entry 1:

 Setiap hari ibu akan menerima sms atau pun email mengenai pengalaman ibu2 ini dengan tips esklusif ibu :)
Bersyukur sangat sebab ramai ibu yang give up kini tidak lagi. Mereka teruskan usaha apabila teknik ini membuahkan hasil.

Ini satu lagi






Entry 2: credit to Kak Nadiah

.....Salam sayang semua...actually, sepatutnya ummi menulis kisah/testimonial abah ummi dalam menggunakan supplement shaklee dalam merawat sakit perut dan cirit biritnya tetapi ummi terpaksa tunda dulu sbb baru sekejap td ummi dapat sms drpd sepupu ummi yang baru sahaja mencuba set  (Vitalea, B Compleks, Vitamin C ) + Energizing Soy Protein + Ostematrix (Kalsium Magnesium) dan ummi share "rahsia ajaib geng gbs" ttg pengambilan vitamin pd waktu yang tepat dan bersesuaian dan ini respons sepupu ummi tu...

"Eiya...memang menjadik sungguh...giler beb...aku pelik sbb rasa baru jek breast feed anak aku sampai 'kosong'...tapi tak lama lepas tu berat balik sampai menitik beb...jgn tak caya..menitikkkk...jenuh muntah anak aku nak perabih susu yg aku perah ni...pastu..jenuh aku kena basuh cadar hr2...sbb tiap kali bangun tido mesti kuyup cadar beb!!!...it's really work it!!!"

Hahahaha...tergelak besau ummi terima sms ni td..paling tak tahan bab basuh cadar tuh...sbb ummi sampai skrg pun ada problem yang sama...mcm tak caya anak dah umur hampir setahun enam bulan leh basah lg cadar HARI2!!!basah dengan susu yang melimpah...alhamdulillah...

Mesti kalian tertanya2 kan apa agaknya 'RAHSIA AJAIB' tersebut...tadaaaa...biarlah rahsia...hehehe...tak la...biarlah ianya menjadi hak eksklusif pengedar sah SHAKLEE GBS dan customer2 yang ummi sayangiii...



 
Anda ingin sama-sama MERASAI pengalaman mereka?




 Jom dapatkan trial pack Shaklee dengan harga promosi RM125.00 + PERCUMA tips penyusuan HEBAT! + PERCUMA special 'free gift' + BONUS akan didaftar menjadi ahli group support penyusuan se Malaysia!

Tawaran sah sehingga 31 Ok 2011.

Salam Sayang ,

Ummi OmarAmeer

Untuk maklumat lanjut boleh email ke : hanyasusuibu@gmail.com atau sms 0199273454

Vitamin Yang Sesuai Untuk Ibu Yang Berpantang

Apabila seorang ibu melahirkan anaknya secara normal atau ceaser, beliau akan kehilangan banyak darah, maka badan memerlukan cukup vitamin dan zat untuk proses pemulihan.   


Bagi kes ibu yang bersalin ceaser, ada kalanya akan menghadapi masalah jahitan mereka ada yang terbuka, ada pula yang bernanah sehingga sebulan di hospital dan ada juga yang tak mampu bergerak selama berminggu kerana jahitan lambat sembuh dan ditambah tempat jahitan dijangkiti kuman dan merebak.

Maka vitamin yang paling bagus diamalkan semasa berpantang ialah




Multivitamin lengkap dengan formula zat besi
Zat besi sangat penting untuk pembinaan sel darah merah. Tanpa cukup zat besi si ibu akan kelihatan mudah pucat lesi, tak bermaya dan paling teruk mudah pengsan atau pitam. Pengambilan multivitamin dengan zat besi sangat perlu demi memastikan tubuh mendapat semua vitamin yang diperlukan yang adakala tidak dapat diperolehi dari pengambilan makanan harian kita.

Vitamin b complex
Membantu menstabilkan hormon maka si ibu tak mudah rasa stress dan tidak mudah meroyan. Ia juga membantu dalam proses pembinaan sel darah merah dan ianya sangat bagus untuk proses pemulihan bagi si ibu yang baru melahirkan anak. Selain itu vitamin B complex juga sangat perlu untuk meningkatkan sistem pertahanan badan.

Vitamin C
Semua orang tahu kebaikan vitamin C. Ia bagus dalam membentuk dan meningkatkan antibodi badan kita. Ianya juga penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen penting untuk menyatukan setiap sel dalam tubuh. Tanpa cukup vitamin C, kulit mudah luka, sensitif dan gusi mudah berdarah adalah tanda umum yang paling mudah kita ketahui. Pernah tak anda dengar sesetengah orang berkata bila bersalin ceaser elok amalkan makan buah sunkist?...Agaknya kenapa yer? ....tentunya buah sunkist adalah salah satu sumber vitamin c!

Zinc
Ianya banyak terdapat dalam ikan haruan dan makanan laut. Namun lebih mudah kiranya amalkan tablet. Ia membantu mempercepatkan proses baik luka. Zinc antara vitamin yang penting untuk pertumbuhan. Pengambilan zinc dapat dilihat kesannya pada pertumbuhan dan pembesaran bayi, rambut ibu tak mudah gugur dan luka bersalin cepat baik.

ESP
Ada sesetengah orang memang tak amik endah tentang keperluan protien dengan mengandaikan sudah memadai makan ikan , daging , telur serta minum air soya yang dibuat sendiri. Namun berapa ramai yang tahu dan ingin ambil tahu bahawa protin hanya bertahan pada suhu yang tidak lebih 36*c. So bila kita goreng dan masak susah tentu suhu melebihi 36*c. Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protien itu tadi. sebab itu protien yang kita dapat dari makanan yang di masak adalah bersifat ala kadar dan atas dasar janji ada dalam menu. Ramai yang tidak tahu, pengambilan protien yang mencukupi dengan aisd amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat, kuku yang elok serta penghasilan susuibu dengan kadar lebih cepat provided sesi perahan yang konsisten. Malah lebih ketara apabila anak yang menyusu mudah kenyang walaupun ini dinafikan oleh mereka yang tidak pro vitamin. Selama saya mengamalkan ESP Shaklee, saya sangat berpuashati. Untuk pengetahuan kalian, orang yang mengidap gout menjalani proses penyembuhan dengan ESP! Ini kerana kandungan asid amino dalam ESP Shaklee adalah lengkap dan selamat diambil.


Selain itu?

Pengambilan vitamin E juga digalakkan untuk pastikan jahitan luar dalam baik dan cantik. Selain itu ia juga membuatkan perut ibu bersih dari kesan balar yang kebanyakan ibu lalui apabila melahirkan anak.  Disamping pengambilan kalsium untuk menggantikan kalsium dalam badan saya yang digunakan untuk membuat tulang dan saraf anak yang dikandung dan keperluan utama penyusuan adalah kalsium agar anak dapat membesar dengan sihat dan tulang yang kuat.

Vitamin amat baik untuk proses penyembuhan ibu dan menyusu anak. Oleh itu, nasihat saya, jangan jadikan pengambilan vitamin sebagai LAST RESORT terutama apabila menghadapi masalah penyusuan. Alangkah baik ia diambil dari awal supaya badan kita yang sihat akan terus sihat. Ini apabila vitamin dijadikan last resort, kita akan berada dalam kedudukan terdesak dan mengharapkan miracle happen dan masalah dapat di atasi dengan segera. Kita akan kehilangan rasional apabila berada dalam keadaan tertekan. Bila sakit baru nak cari vitamin, badan perlukan masa untuk kenal vitamin, untuk serap vitamin dan ini memakan masa untuk pulih.Bak kata orang, penyakit ni datang macam ribut, pulangnya macam siput.

Lebih baik amalkan vitamin semasa sihat supaya ia membantu untuk kita kekal sihat. Bagi yang tidak pro vitamin, tiada paksaan dalam hidup sebab semua orang mempunyai kemampuan yang berbeza.


Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer

Dapatkan trial pack set ibu berpantang dengan harga RM 149.00 bersama "special free gift" + bonus menjadi ahli dalam group support ibu-ibu penyusuan Malaysia.Boleh hubungi saya melalui email di : hanyasusuibu@gmail.com atau sms di 0199273454 untuk konsultansi secara percuma.

Testimoni :

Apa kata pengguna set Tripple M ?

 Berikut merupakan pengalaman seorang ibu dalam menjayakan penyusuannya untuk kita kongsi bersama.

Apa kata beliau?

 Beliau mengamalkan set Tripple M. Memang kesannya cepat ditambah beliau kerap pam iaitu setiap dua jam.

Bagi kalian yang baby kerap menyusu dan yang memang kerap pam, jika kalian nak mempercepatkan penghasilan susuibu, maka set Tripple M adalah yang terbaik.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa set Tripple M? Ini kerana komposisi utama dalam susuibu adalah protien dan kalsium seterusnya semua zat vitamin dan garam mineral. Maka pengambilan protien dan kalsium yang mencukupi dalam diet harian membantu penghasilan susu dengan cepat provided si ibu kerap menyusukan anak atau pumping session yang konsisten.


Salam sayang,


Ummi OmarAmeer







Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu@gmail.com atau sms kan kepada saya 0199273454 untuk konsultasi percuma.

Testimoni :

Bersalin ceaser bukan penghalang untuk menjayakan penyusuan.

Beliau melahirkan anaknya secara ceaserea. Beliau pada mulanya sering mengalami masalah susu yang tidak berapa meriah.

Saya mencadangkan beliau mengambil set penyusuan bersama ESP. Saya berikan panduan jadual perahan agar beliau cuba pam dengan konsisten pada masa yang saya sarankan terutama bayi tidur. Masa tu beliau dalam pantang.

Kini dah bulan ketiga beliau amalkan Shaklee. Beliau sangat berpuashati kerana berjaya mengumpulkan stok susu buat anaknya.
 

Aisah bersama Nuha.

Beliau sendiri yakin, dengan usaha yang konsisten mengepam disamping pengambilan vitamin demi memastikan tubuh badan sihat dan cergas, insyaALLAH usaha akan membuahkan kejayaan.

Inilah hasil anak susuibu :) Baby Nuha.




Anda mahu mencuba vitamin Shaklee untuk penyusuan? Saya sediakan lengkap jadual makan serta panduan sesi perahan yang konsisten. Jom dapatkannya hari ini!

Salam sayang,


Ummi OmarAmeer



Maklumat lanjut mengenai penyusuan boleh email kepada : hanyasusuibu@gmail.com atau sms 0199273454

Sunday 23 October 2011

Berkat sabar akhirnya berhasil !

 

Terima kasih buat mereka yang pertama kali singgah di sini....

Alhamdulillah hari ini sangat ramai ibu yang berusaha untuk menyusukan anaknya dengan sejaya mungkin...dan bagi ibu ibu baru ramai yang tertanya-tanya benarkah vitamin Shaklee membantu?
Entry ini adalah untuk membuktikan berkat kesabaran dan istiqamah seorang ibu menjayakan penyusuan untuk anak kembarnya!
Ini adalah entry salah seorang pengguna Shaklee dan kini telah menjadi pengguna tegar Shaklee serta berkongsi trial pack dengan semua teman-temannya. Beliau mempunyai anak kembar yang sangat comel. Ikuti cerita beliau.

Credit to Ina

Alhamdulillah saya masih lagi meneruskan penyususuan susu ibu sehinggalah Amna dan Anis berusia 17bulan.Saya tidak menetapkan sesuatu tempoh ianya mesti berakhir sehingga bila kerana saya selalu berdoa"Ya Allah kurniakan kepadaku kekuatan untuk menyusukan anak-anakku selama yang mungkin kerana setiap yang berlaku hanyalah dengan izinmu,Ya Allah permudahkanlah segala urusan hidup kami dan berkatilah kami dengan Rahmat dan Kasih Sayangmu..

Bagaimana saya begitu percaya dengan Shaklee?
Bermula pada thn 2009 Sewaktu kandungan saya berusia 5 bulan saya saja-saja mencuba 1 tin ESP sebelum ditukarkan kepada canister)kerana kesian pada seorang kwn bersungguh-sungguh bercerita tentang ESP sehinggalah saya melahirkan Amna &Anis.Alhamdulillah kesan ESP 1 tin itu kulit mereka cukup bersih dan gebu..saya mula terfikir bagimanalah rupanya jika bertin-tin ESP masih diteruskan pengambilannya semasa saya menyusu pulak.mesti orang akan bertanya Amna&Anis ikut siapa yer sebab saya tidak segebu mereka...hehe


Bagaimana Set B dan ESP membantu penyusuan saya?
Setelah melahirkan Amna&Anis saya tidak tahu rupanya ESP yang saya pernah minum dapat membantu memperbanyakkan dan memekatkan susu ibu hinngalah apabila Amna&Anis berusia 16 bulan susu saya makan berkurang sehingga 2 0z setiap sesi perahan.Saya takut dan risau kerana ramai ibu yang tidak dapat meneruskan penyusuan apabila anak sudah mula makan.

Bagaimana saya menemui harapan untuk dapatkan semula 9 oz setiap sesi?
Saya berusaha mencari Info bagaimana untuk menambahan susu perahan saya.Saya masih mengepam secara konsisten,tapi apa yang berlaku saya cepat panik bila saya hanya mampu bawa pulang 3-4oz setiap hari untuk keperluan amna&anis.Saya jadi seorang yang cepat stress bila seminggu susu saya drop.Alhamdulillah bertemu kak N bercerita tentang Shaklee apa vitamin yang boleh kurangkan stress dan tambahkan susu,berkenalan pulak dengan kak Nadia berkongsi cerita dan Tips bagaimana kak Nadia berjaya.Terima Kasih Kak N dan Nadia..semoga ada ganjaran dari Allah SWT dan setiap usaha dan perkara baik yang kalian lakukan diberkati Allah SWT...

Apa hasilnya selepas seminggu mencuba Set B dan ESP?
Saya akui memang saya mengharapkan kesan serta merta setelah saya mencuba Shaklee.Tapi Allah SWT ingin melihat saya bagaimana perlu dan pentingnya sifat sabar.Saya belum nampak sebarang peningkatan.Siapa yang saya cari?Saya sms kak N "Salam Kn dah 8 hari makan Set B cuma susu masih belum nampak perubahan".Saya sms pula kak Nadiah.Salam kak.saya nak tanya camna cara kak ambil vitamin dah 8 hari makan set B tapi tak nampak perubahan .Jawapan kak N,Ina ada orang makan 2 weeks baru ada kesan yang ketara,jadi kena istiqamah ya.Akak doakan ina berjaya dapatkan amount yang dihajati.Kak Nadiah pula emailkan saya penerangan yang cukup panjang lebar(.Nanti saya kongsikan yer..boleh ke kak Nadiah? )Kesimpulannya sabar,istiqamah dan banyakkan doa

Selepas 12 hari....
Susu perahan 10 am = 4 oz




Susu perahan 3 pm = 9 oz




 Susu perahan 11.10 pm = 10 oz


Sesungguhnya mereka yang berjaya adalah mereka yang melaksanakan 3 perkara yang selalu ummi ingatkan iaitu :
1. Sesi perahan yang konsisten iaitu perah setiap 3 jam.

2. Minum minima 3 liter air sehari. Perlu ada satu indicator memastikan pengambilan air yang cukup.

3. DOA yang berterusan. Ini adalah untuk kepentingan rohani. Roh yang sakit adalah ROH yang sentiasa tidak sabar, pemarah, merungut, tidak redha  dengan aturan ALLAH serta TIDAK YAKIN dengan ALLAH. Maka DOA ini bukan sekadar menadah tangan ke langit dan meminta...ia perlulah dengan iringan solat sunat, zikrullah serta amalan2 yang baik. Renung2kanlah.
Anda bagaimana??

Sekarang ini promosi penyusuan "Eu Four Pack" (multivit, B compleks,vit c dan kalsium) dengan harga promosi RM 125.00 sahaja. Sekiranya anda ingin mendapatkan hasil terbaik boleh tambahkan susu protien ESP dengan harga RM 121.00. (caj tambahanRM 10.00 untuk postage). 

"Free Gift" menanti anda!

Tawaran promosi sah sehingga 31 Okt 2011!

Salam sayang,

Ummi OmarAmeer

untuk maklumat tetang produk hidup sihat dan penyusuan boleh email kepada : hanyasusuibu@gmail.com atau sms ke 0199273454
 

Set bersalin yang selamat untuk menyusukan bayi.

Di bawah ini adalah testimoni daripada Puan N yang telah menggunakan set bersalin Shaklee..

Masih teringat kenangan melahirkan 2 anak lelaki saya...walaupun kedua duanya melalui pembedahan [ceaserean] namun saya melalui pengalaman yang berbeza di mana anak sulung kelahirannya adalah bayi pra matang 34-35 weeks namun dengan berat normal dan keadaan saya tidak sedar manakala anak kedua diberi suntikan separa sedar dengan umur yang matang.

Sejak mengandung lagi saya dah set mind saya hanya akan makan vitamin sahaja dalam berpantang. Walaupun banyak juga set bersalin yang ada dalam pasaran namun tiada satu pun yang dapat mencuri perhatian saya. Saya lebih banyak habiskan masa masa mengandung membaca perihal dan kepentingan vitamin ditambah lagi saya nekad nak menyusukan anak-anak saya. Saya taknak kerana saya makan jamu , anak saya tidak dapat menyusu dengan sebaiknya.

Apa yang saya fikirkan pada peringkat awal ialah vitamin membantu membanyakkan susu saya. Masakan tidak? sehingga anak saya umur 2 tahun , payudara saya akan bengkak seolah-olah saya masih di dalam pantang dan pernah ditegur oleh babysitter berapa meriahnya susu anak saya.
Memang saya rasa beza apabila saya tak makan vitamin. Mungkin sebab pemakanan saya seharian tidak seimbang ditambah tidur yang tidak pernah lengkap 8 jam sehari membuatkan saya mudah keletihan. Maka pengambilan vitamin membuatkan saya rasa sangat berbeza.

Saya jadikan alfalfa dan ESP sebagai booster terbaik saya. Bila mood down atau susu mula rasa tidak meriah, saya amalkan pengambilan alfalfa dan ESP dengan optimum. Memang beza sebab lepas tu susu akan meningkat dengan kadar yang tidak terlalu lama berbanding saya tak makan vitamin.

Saya mula nampak kesan vitamin apabila anak2 saya perlukan suntikan imunisasi , doktor pasti bertanya adakah saya beri anak saya makan kerana perkembangan dua dua anak saya membuatkan doktor sendiri kagum. Masakah tidak bermula dengan si abang, dengan graf pembesaran yang hebat ditambah si adik mempunyai graf perkembangan yang hampir sama dengan si abang. Apabila saya memberitahu saya hanya berikan susu badan, maka doktor terus mengatakan tahniah sebab anak2 saya membesar dengan sihat dan susu saya mencukupi untuk si manja kami. Pengambilan zat besi yang mencukupi membantu pembesaran anak dengan sangat hebat.

Namun masa mematangkan saya. Hakikatnya vitamin tak bantu banyakkan susu. Susu saya banyak sebab dengan makan vitamin, badan saya sihat dan cergas. Maka saya dapat kerap susukan anak saya. Dari situ susu saya bertambah banyak kerana anak saya kerap menyusu. Susu saya beri kesan pada perkembangan dan pertumbuhan anak-anak saya. Gigi mereka juga tumbuh seawal 6-8 bulan memandangkan pengambilan kalsium yang mencukupi dan disalurkan melalui susuibu tadi.

Memang ada sesetengah orang merasakan tidak perlu amik vitamin. Tapi secara jujur, saya amalkan sebab saya tahu kekangan pengambilan makanan seharian saya yang tidak lengkap dan tidak dapat memenuhi piramid makanan. Anak saya membesar dengan baik dengan susuibu. Saya tak perlu risau jika mereka demam atau selsema, kerana saya menjadikan vitamin itu ubat kepada penyakit anak saya. Saya akan amalkan pengambilan vitamin C dengan tambahan lebih dari dos harian biasa apabila anak saya tidak sihat.

Syukur sebab sejak kebelakangan ini ramai ibu2 yang telah membuat pesanan set bersalin dari saya. Ramai juga yang dah melalui berpantang dengan vitamin dan mereka mengakui perbezaan ketara dengan pengalaman bersalin sebelum ini. Ternyata badan kita perlukan vitamin untuk proses penyembuhan. Itulah yang saya setkan dalam minda saya dari anak pertama lagi.
Walaupun melahirkan secara ceaserean saya dapat bergerak aktif seperti orang beranak normal. Paling buat saya gembira bila Doktor pakar yang menyambut kelahiran Nasa memuji cantuman jahitan semasa melahirkan anak sulung Addin, sangat kemas dan elok. Berasa sangat lega dan berbaloi berpantang dengan vitamin.

Hakikatnya berpantang dengan vitamin bukan sahaja mempercepatkan baiknya proses luka sebab kelahiran tetapi bayi juga mendapat manfaat yang sama atas apa yang ibu amalkan. Memang benar susuibu adalah yang terbaik dan sangat berkhasiat namun ianya balik pada apa yang kita makan. Jika elok yang kita makan, maka eloklah yang kita salurkan pada anak melalui susuibu tadi.

Sekiranya anda masih mencari-cari set bersalin, apa kata kelahiran kali ini, amalkan pengambilan vitamin ditambah jika punya niat nak menyusukan anak dengan sebaiknya?

Hakikatnya badan kita perlukan vitamin yang secukupnya untuk digunakan dalam proses pemulihan selepas melahirkan anak.
Rahim kita akan mengecut dan kembali pada bentuk asal apabila kita menyusukan anak secara esklusif 6 bulan yang pertama. Badan kita akan merasa 'warm' bila kita amalkan vitamin dan ianya selamat untuk bayi. Paling penting, selamat untuk bayi.

Namun perlu tahu vitamin apa yang boleh diambil sebelum bersalin, sejurus selepas bersalin ataupun perlu amik selepas beberapa minggu selepas bersalin.

Alhamdulillah tak melalui masalah berat anak kurang atau rendah dari paras sepatutnya kerana mereka telah membesar dengan baik sejak peringkat 6 bulan terawal.
 Nasa during 3 months yr old. My michelin baby!



Addin during 1 year old.
 

Salam sayang,

Ummi OmarAmeer


Untuk maklumat lanjut berkaitan penyusuan atau set bersalin dan berpantang bolehlah email ke : hanyasusuibu@gmail.com atau sms di 0199273454

Status Halal Shaklee : Mengapa saya tidak was-was?

(Artikel ini adalah dari kajian yang dijalankan oleh Pn Norita, Miri Sarawak) 

Semalam saya terjumpa satu website yang mengatakan bovine gelatine yang digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Si penulis telah mendapatkan kesahihan hal ini daripada Shaklee Canada. TETAPI, yang menjadi persoalannya kenapa perlu tanya pada Shaklee Canada sedangkan Shaklee menghasilkan produk untuk setiap Negara adalah berbeza. Produk yang dipasarkan di Malaysia, tidak sama dengan produk yang dipasarkan di Amerika, Kanada, Japan dan Negara-negara lain. Penghasilan untuk produk Negara Islam dan produk bukan Negara Islam juga berbeza. Saya bukan berkata-kata kosong kerana seorang daripada upline saya berkesempatan pergi ke kilang di US dan melihat sendiri proses pembuatan produk.


Mari ikuti kaji selidik yang dilakukan oleh rakan saya Hanis Amin
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis
Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.
Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA

Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah berbeza.

Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya. Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk yang dari softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd.

Lalu, saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition terbesar di dunia. Masih tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service yang nak layan.

Pencarian diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.



Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL. Pencarian diteruskan dengan hasil di bawah



Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?
Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.
* source
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu dia hasil penyelidikan rakan saya. Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL. Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. Kita lihat untuk soy lecithin.
SHAKLEE AMERIKA


SHAKLEE JAPAN















SHAKLEE MALAYSIA
SHAKLEE CANADA




















Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu.

Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.

Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status produk Shaklee.

Saya sendiri berpengalaman 6 tahun di negara Jepun. Jadi saya akan bertanya kepada Shaklee Jepun untuk membeli produk di Negara Jepun bukannya dengan Shaklee Malaysia kerana Shaklee Malaysia tidak tahu produk yang dipasarkan di Jepun.
Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer
Sekiranya ingin maklumat lebih lanjut dalam penyusuan boleh email kepada : hanyasusuibu@gmail.com atau sms 0199273454

Vitamin E meningkatkan risiko kanser Prostat ???????


"Vitamin E Shaklee mahal la dan pada saya semua vitamin E sama sahaja"  ...
 
Ini adalah antara jawapan ringkas dikalangan customer ummi ini apabila ummi mencadangkan mencuba pengambilan Vitamin E Shaklee.

Bila baca tajuk atas entry tersebut pasti pengamal Vitamin E terutama para suami akan jadi gundah gulana memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Memang ada kebenaran pada kata-kata itu dan ummi tidak menafikannya. Ini kerana ada bermacam jenis vitamin E dalam pasaran.

Melalui penulisan Dr Bruce Miller, kita perlu tahu apakah ciri-ciri vitamin  E yang selamat diambil bukan dalam jangka masa pendek tetapi juga dalam jangka panjang.


Saya cuba scan buku yang telah dialih bahasa dalam Bahasa Melayu demi memudahkan pembacaan kalian.

 

dan PALING PENTING PERLU TAHU KEPENTINGAN LABEL PADA BOTOL

* Sila klik pada gambar untuk besarkan imej.

Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].

Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.
 
Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik.
Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin  A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'.
Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Mungkin anda merasakan vitamin E Shaklee mahal berbanding vitamin E di luar sana [ dalam pasaran] tetapi kita perlu tahu nilai yang kita bayar. Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli dan lengkap dengan selenium.

Adakah kerana hendak jimat hari ini anda menanggung risiko yang besar kemudian hari?  

Renung -renungkan...... 

Jangan lupa cuba belek vitamin E yang ada di rumah anda!

Kenapa 4 Vitamin Ini Penting Bagi Ibu-Ibu Menyusu?


Kebanyakkan ibu-ibu yang masih baru hendak mengenali dunia penyusuan akan berasa sedikit janggal kenapa perlunya vitamin-vitamin yang diperlukan oleh tubuh mereka apabila mereka menjalani proses penyusuan.
Bagi memudahkan ibu-ibu , ummi cuba menjelaskan kebaikkan pemakanan tersebut yang telah diamalkan oleh ibu-ibu sebelum mereka dan ibu-ibu ini telah berjaya dalam penyusuan anak masing-masing.
Antara soalan yang popular :
1.Apakah set yang sesuai untuk ibu yang menyusu?
   Set Eu Four Pack

2. Apakah yang ada dalam set ini?
    Multivitamin @ Vitalea, B complex, Vitamin C dan Kalsium

3. Apakah fungsi atau kebaikan setiap vitamin bagi ibu yang menyusu?


a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...
Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak.

Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.


b) B Complex

Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar.

Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
 
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.


c) Vitamin C

Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu.
So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


d) Kalsium

Ramai yang memendang remeh tentang pengambilan kalsium. Kalsium hakikatnya bukan sahaja penting ketika hamil malah sangat diperlukan ketika menyusukan bayi. Hal ini kerana pada 3 bulan yang pertama, bayi bergantung sepenuhnya pada susuibu. Kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu. Oleh yang demikian, tambahan 1000mg kalsium diperlukan.

Jadi sangat digalakkan jika si ibu meminum sekurang-kurangnya 500ml  susu [ kaedah paling senang sukat] atau apa-apa produk tenusu bagi memenuhi keperluan kalsium. Sekiranya anda mengambil supplement kalsium, pastikan ianya mengandungi magnesium serta vitamin D agar penyerapan yang baik berlaku dalam badan. Kalsium tablet yang tidak mengandungi kandungan magnesium mahupun vitamin D boleh memberi risiko batu karang di dalam buah pinggang.


e) Protien

Tahukah anda komposisi utama dalam susuibu adalah protien diikuti oleh kalsium serta vitamin dan zat galian yang lain? semasa menyusu keperluan protien meningkat. Jika anda kurang mengambil makanan daripada jenis protien, ini akan menjejaskan penghasilan susuibu. Protien tambahan boleh didapati dari susu, produk tenusu, telur, daging, ikan, ayam , kacang dan bijiran serta kekacang.
Bagi yang mahu mengambil supplement, pastikan anda mengambil protien yang ditulis sebagai non GMO soy kerana struktur genetik soya tidak diubah dan ianya selamat untuk jangka panjang.

Bagi yang berkemampuan, boleh menambah:

Energizing Soy Protein (ESP)

Ianya adalah protien dan protein sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESp turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang.....kesan baik kepada baby berat badan mudah naik terutama pada 6 bulan pertama kelahiran.
Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi setanding dengan harga yang kita bayar :). Ummi sudah mencubanya dan sangat berpuashati.
Bagi yang mengalami kemerunduman susu, boleh cuba ESP agar penghasilan susu lebih efektif dan mula nampak peningkatan.

Salam Sayang,
Ummi OmarAmeer
Nota :
Bagi ibu-ibu yang masih menyusukan bayi dan juga ibu-ibu yang masih berpantang, amatlah digalakkan mengambil set Eu Four Pack (yang mengandungi Multivitamin, B Compleks, Vit C dan Kalsium). Boleh dapatkan pada harga promosi RM 125.00 untuk pek percubaan atau RM245.00 untuk harga fullpack (harga biasa RM 296.00). Harga promosi adalah sah bermula dari 24hb Oktober 2011 hingga 31 Oktober 2011. Ummi menyediakan ‘special gift’ untuk ibu-ibu bagi promosi kali ini!
Sekiranya ibu-ibu ingin mencuba ESP, boleh mendapatkannya pada harga ahli iaitu RM 121.00 (sekiranya perlu diposkan caj pos adalah RM 10.00).
Bagi yang ingin mengetahui maklumat lanjut boleh email ke : hanyasusuibu@gmail.com atau sms di 019-9273454.

Wednesday 19 October 2011

Kenapa Ibu-Ibu Memerlukan Pemakanan Tambahan Demi Menjayakan Penyusuan…?

Ummi bersyukur kerana Allah memberikan hidayah kepada ummi ketika masih diperingkat awal..maksudnya, walaupun ummi gagal menyusukan susuibu sepenuhnya pada Omar Ramadhan (hanya selama 3 bulan) tapi ummi cukup awal membuat persediaan untuk anak ke 2 ummi , Ameer Rayyan..
Ummi sudah membuat pembacaan tentang penyusuan semasa Ameer dalam perut ummi lagi..dan ummi suka untuk berkongsi setiap pengajaran yang pernah ummi tempuhi sepanjang perjalanan ini…
Bagi ibu2 yang baru hendak belajar menyusukan anak mereka , ada sesuatu untuk kita semua baca dan dinilai dengan akal fikiran kita ;

" Seorang ibu itu dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh anak susuannya melalui susuibu walaupun si ibu itu hanya mengamalkan makanan harian utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Ini kerana semua makanan yang diambil oleh si ibu tadi akan dikhususkan untuk menghasilkan susuibu manakala nutrien akan diserap melalui badan si ibu itu sendiri dalam penghasilan susuibu."


Walau bagaimanapun perlu diingatkan bahawa si ibu tadi diwajib memastikan pengambilan makanan harian seimbang yang mereka makan itu perlunya kehadiran zat2 penting seperti zat besi, protien, vitamin C, Vitamin B , kalsium serta banyak lagi dalam makanan yang diambil.

Soalannya, ibu-ibu pastikah setiap meals yang ibu-ibu ambil mencakupi atau mencukupi untuk semua zat2 seperti di atas??

Oleh itu, jika si ibu tidak mengambil makanan yang seimbang, kebarangkalian bagi si ibu tadi mendapat kesan yang berikut:

1. Mudah keletihan.. awal tidur tetapi masih susah untuk bangkit dari tidur.

2. Mood yang tidak stabil (mood swing).Mudah marah dan sensitif.

3. Muka kelihatan pucat.

4. Mudah rasa nak pitam atau pening kepala.

5. Kulit wajah yang kusam.

6. Wajah nampak tua dari umur sebenar.

7. Keinginan seks yang menurun.

8. Sakit2 sendi dan tulang belakang. Kaki mudah rasa bisa dan sesemut atau nama lainnya kebas2.

9. Sakit gigi.


Kita perlu tahu mengapakah simpton2 di atas boleh berlaku? Ini kerana zat yang diperolehi dari pengambilan makanan harian lebih tertumpu untuk penghasilan susuibu.
Jika si ibu tidak mengambil makanan tenusu seperti susu dalam meal harian, maka kalsium dalam badan ibu itu sendiri akan diserap bagi disalurkan kepada si anak tadi untuk keperluan pembesaran tulang, gigi dan pembentukan darah. Begitu juga dengan pembesaran anak yang memerlukan zat besi, semua vitamin Bdan vitamin2 lain. Jika si ibu tadi kurang mengambil makanan yang mengandungi zat ini maka ianya akan diserap melalui zat yang sedia ada dalam badan ibu.

Apabila si ibu tadi tidak dapat menggantikan semula zat yang diserap untuk penghasilan susu si kecil tadi maka ia akan mengganggu kesihatan itu dalam jangka panjang dan lahirlah simpton2 di atas seperti dinyatakan.

Apabila simpton2 di atas ini berlarutan , ia akan sedikit sebanyak akan mengganggu kesihatan optimum si ibu. Jika si ibu mengalami gangguan kesihatan maka penghasilan susu akan sedikit terjejas.

Ada sesetengah doctor yang pro breastfeeding...akan menggalakkan si ibu mengambil supplement untuk mengatasi masalah di atas dari berlarutan. Namun ada sesetengah golongan profesional pastinya terikat dengan polisi kerjaya mereka iaitu tidak boleh merekomenkan pesakit dengan mana2 brand supplement yang ada di pasaran. Maka vitamin diberi secara percuma oleh klinik kerajaan. Golongan ini hanya akan menyarankan ibu2 yang menyusukan anaknya untuk mengambil vitamin bagi mengisi kekosongan yang terdapat di dalam tubuh si ibu.

Sebenarnya supplement boleh didapati dari klinik kerajaan secara percuma. Sebab itu ibu mengandung akan dibekalkan dengan obimin iaitu ferum yang diperlukan untuk membina sel darah merah. Mengapakah hanya ibu2 yang mengandung sahaja yang ditekankan untuk mengambil vitamin?

Sebenarnya ini kerana doctor dipertanggungjawabkan agar si ibu tadi tidak mati semasa melahirkan anak akibat kehilangan darah yang banyak semasa melahirkan.

Namun setelah melahirkan anak ,penyusuan susuibu tidak ditekankan kerana kita disogok dengan banyak susu formula yang ada dalam pasaran. Sedangkan apabila kita menyusu anak, term fully breastfeed sendiri sudah memberi maksud makanan si anak bergantung sepenuhnya dari tubuh si ibu.
MAKA JIKA KEKURANGAN ZAT2 LA YANG MENYEBABKAN SIMPTON DI ATAS WUJUD.

Semoga para ibu sedar dan faham kenapa pemakanan tambahan amat diperlukan untuk penyusuan.  Jika para ibu rasa keperluan zat makanan telah lengkap melalui pengambilan meal harian, Alhamdulillah…. namun jangan sesekali kita samakan orang lain dengan kita. Ummi sendiri tidak mampu untuk memakan ulam setiap hari, begitu juga dengan buah2an...susu? hehehe. Tu belum bercakap soal chemical dalam makanan lagi tu.. semua itu menghakis zat2 dalam makanan yang kita makan.
Maka pemakanan tambahan perlu bagi ummi untuk terus sihat dan anak ummi dapat minum susu yang penuh dengan nutrisi…

Ukhwah fillah, 
Ummi OmarAmeer

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang penyusuan bolehlah email ummi di : hanyasusuibu@gmail.com atau sms di 0199273454 



Bagaimana Hendak Menjayakan Penyusuan Selama 2 Tahun ?

Bagaimana menjayakan penyusuan 2 tahun?

 Alhamdulillah dengan izin ALLAH ummi mampu menyusukan anak ke 2, Ameer Rayyan selama 17 bulan. Sebenarnya target ummi adalah 24 bulan (2 tahun). Syukur kerana mampu menyusukan anak ummi hampir mencecah 2 tahun tidak lama lagi.

Bagaimana nak pastikan perjalanan 2 tahun penyusuan dapat dipenuhi? Bagaimana nak lakukan tanpa tekanan?

Tetapkan Matlamat Jangka Pendek

Ummi mulakan journey penyusuan dengan meletakkan target selama 6 bulan yang pertama. Maka ummi akan pastikan ianya tercapai. Selepas dah 6 bulan, rasa sayang nak stop ....teruskan lagi sampai umur 12 bulan. Ia berlarutan sehingga la umur anak ummi ini melebihi 1 tahun.


Matlamat Jangka Panjang 

Ianya akan hadir dengan sendiri apabila ummi merasakan betapa untungnya memberi susuibu berbanding susu formula. Terutama melihat anak sulung ummi, Omar Ramadhan sering demam dan sakit yang bergilir gantinya. Masa membesarkan anak sulung , ummi tidak terdedah dengan ilmu penyusuan secukupnya…(masa tu tau beranak jerrr..jahil sungguh diriku..huhuhuh).

Tapi masa nak dapat anak ke 2..memandangkan ummi memang sedia maklum dengan kebaikkan susibu dan ditambah lagi dengan agama Islam kita yang menggalakkan kita supaya menyusukan anak sehingga umur 2 tahun.. maka ummi telah memasangkan niat murni ini semasa mengandung lagi…walaupun seperti orang buta kehilangan tongkat pada mulanya….jatuh bangun…alhamdulillah ummi telah berada pada tahap ini sekarang…sesungguhnya pengorbanan seorang ibu besar nilainya di sisi Allah…setiap titik susu yang masuk ke dalam badan anak kita Allah telah menjanjikan pahala….

Alhamdulillah anak ummi yang ke 2 ini jarang sakit. Jika demam, selsema atau batuk pun tidak berlarutan. 2 tahun itu sebenarnya sekejap sahaja ditambah apabila anak mula makan. Maka susuibu bukanlah makanan utama seperti pada 6 bulan pertama kelahiran anak.


Adakah MALAS akan melanda?

Tidak dinafikan kita mempunyai mood yang adakala tidak seimbang. Terutama jika terlalu banyak kerja pejabat atau pun apabila si ibu melalui keletihan tahap melampau, sifat malas akan menyinggah. Namun jika MATLAMAT kita jelas, penyakit ini tidak akan berlarutan sebenarnya. Dalam penulisan sebuah buku  : Malas hanya akan wujud jika individu itu tidak nampak dengan jelas matlamat hidupnya. Ummi juga manusia biasa yang melalui ujian ini, namun ummi akan sentiasa kasihan jika penyusuan susuibu itu terhenti sedangkan segalanya ada dalam mind set. Jika hati mahu, insyaALLAH  jalan terbuka luas.


Mengapa ummi bersungguh menyusukan anak ummi?

Secara peribadi, ummi mendapati bahawa susuibu itu adalah satu kesinambungan yang menyambungkan pengaliran darah dari ibu kepada si anak. Susuibu inilah yang akan berterusan membentuk hati anak. Orang zaman dulu lain, zaman mak ummi dulu...susuibu dan kepentingannya tidak disebarkan seperti sekarang. Malah zaman turut berubah. Banyak anasir jahat pada zaman ini yang berleluasa. Ummi meletakkan harapan agar melalui menyusu ibu hati yang terbentuk dalam diri anak ummi adalah hati tawaduk dan yang mudah dibentuk dengan doa dan iringan zikir selama menyusukan mereka. Ummi berdoa semoga dengan penyusuan ini anak ummi menjadi anak yang baik dan mudah dibentuk. Sebagai seorang ibu pastinya mahu melihat anaknya berjaya di dunia dan akhirat.

 Ummi sangat menggalakkan bagi ibu2 diluar sana yang tidak mampu menyusukan anak sepenuhnya dengan susuibu dan mungkin terpaksa mencampurkan dengan susu formula....tak pe, teruskan sekurang2nya anak kita masih minum susuibu. Memang benar bukan semua mampu menyusukan anaknya dengan susuibu sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya tidak terus menerus mengalah...memadailah menyusukan pada malam hari selepas pulang dari kerja.

Sekarang ini semakin ramai ibu-ibu telah menyedari kepentingan susuibu…dah ramai yang telah membuktikan yang mereka telah berjaya….walaupun buat bukan untuk dicanang kepada orang lain tapi buatlah demi anak-anak kita…tiada harta yang lebih bernilai bagi ibubapa selain anak-anak…doa anak-anak soleh hingga ke syurga!

Ukhwah fillah, 

Ummi OmarAmeer

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang penyusuan bolehlah email ummi di : hanyasusuibu@gmail.com atau sms di 0199273454 

11 Tips Bagi Ibu-Ibu Yang Ingin Menjayakan Penyusuan

 
Teknik-teknik yang ummi kongsikan ini adalah dari  salah seorang teman ummi yang banyak membantu ummi semasa mula-mula melangkah untuk penyusuan anak ummi. Terima kasih Pn Norita dari Miri, Sarawak.
Pada ibu-ibu yang mempunyai niat ingin menyusukan bayi mereka tapi tidak tahu macamana nak mula dibawah ini dikongsikan tips-tips bagi menjayakan penyusuan ; 

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.  
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. 
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.  
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. 
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air 
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air setiap hari.

4.  Fikir Bayi Fikir Susu 
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin
 
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendum Pumping

Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.
7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...
 
8. Menyusu / mengepam Lebih Lama 
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. 
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam 

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan 

Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Pengambilan suplemen  

dibolehkan tetapi pastikan ia daripada bahan alami yang tidak menyebabkan bayi mengalami kembung perut. Antaranya...
ESP! 



Tahukah anda "Keperluan protien sangat perlu diutamakan kerana protien diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran. Protien merupakan nutrien utama dalam pengeluaran susuibu maka keperluan protien oleh seorang ibu turut meningkat selain  keperluan vitamin dan mineral turut meningkat antara 25 hingga 50% sementara sesetengah vitamin seperti asid folik dan zat besi meningkat sehingga 100 hingga 300 peratus. "

Pengambilan ESP @ Energizing Soy Protein sememangnya diketahui mempercepatkan penghasilan susu badan, dengan syarat, anda mematuhi konsep asas penyusuan susu ibu iaitu ‘supply and demand’.Jom kita jengah satu lagi testimoni SET B bersama ESP oleh Puan Nur Ilham. (credit to Iffa Anuar) jom lihat..


Jadi dari sebelum ni, susu dpt pump 1 oz.. susu dari meleleh, dah memancut keluar dan jumlahnya ada peningkatan 2 oz... Alhamdulillah. 


Pengalaman ummi sendiri, pengambilan esp banyak membantu ummi dalam menjayakan penyusuan. Baby akan cepat kenyang, tidur agak lama dan yang paling penting dia kurang meragam...ibu ummi pun puji...dan susuibu akan lebih pekat dan nampak berkrim dan sudah tentu ianya susuibu yang penuh dengan nutrisi (yang amat penting untuk pembesaran bayi).

Pengambilan suplemen memang sangat berbeza daripada pengambilan ubat-ubatan. Suplemen tidak bersifat dedicated tetapi ia memberi benefits secara menyeluruh. Pengambilan suplemen membantu memperbaiki taraf kesihatan kita, walaupun kesan yang didapati adakalanya agak lambat (kerana ia bergantung pada keadaan tubuh anda), namun ia bersifat memulihara.

Semua rakan-rakan yang disebutkan di atas adalah dari ibu-ibu yang telah berjaya memberi penyusuan penuh pada bayi-bayi mereka…Ibu –Ibu yang terbaik akan buat yang terbaik untuk anak-anak mereka…

 
Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang penyusuan bolehlah email ummi di : hanyasusuibu@gmail.com atau sms di 0199273454