Tuesday 22 November 2011

Masalah Rambut Gugur dan Tips Cara Untuk Mengatasinya

Pernah tak bila suatu pagi anda menyikat rambut anda dan anda dapati segumpal rambut anda melekat di sikat rambut anda?

Kalau ya, ANDA SEDANG MENGHADAPI MASALAH RAMBUT GUGUR!

Rambut adalah mahkota wanita. Bila rambut anda banyak yang gugur setiap kali anda menyikat rambut tentu sesuatu YANG MENCEMASKAN, kan?

Apakah Punca Rambut Gugur?

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.
Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:
1) Melahirkan anak
 Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.

2) Penyakit tiroid
 Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

3) Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.

4) Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

5) Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
6) Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.



Supplement apakah yang membantu mengatasi masalah ini?

Vitamin yg diperlukan untuk mengatasi masalah ini adalah:

ESP

97% daripada rambut adalah protein. Protein mengandungi 9 drp 22 asid amino yg diperlukan oleh badan terutamanya rambut. Pertumbuhan , kekuatan serta kecantikan rambut bergantung kepada jumlah protein yg diambil. Kurangnya protein menyebabkan rambut mudah pecah (terbelah), kering , rapuh serta kusut dan kesat.


Zinc
Kekurangan galian zinc dalam badan juga membantu kepada faktor rambut yang tidak sihat kerana Zinc menggalakkan pertumbuhan rambut.

Kekurangan zinc menyebabkan protein rambut mengalami kecacatan/perubahan. Ia juga mengakibatkan masalah kulit kepala yang tidak sihat sehingga membawa ke keadaan yang menyebabkan botak. Zinc juga mengelakkan rambut bertukar ke warna putih (uban).


Vitalea
Multivitamin juga diperlukan untuk mendapatkan rambut sihat kerana ianya lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Zat besi membantu pengaliran darah yang lebih baik bagi menjamin penghantaran optimum nutrisi kepada folikel rambut. Tanpa tahap yang mencukupi rambut boleh menjadi rapuh, kering, dan kekurangan gizi. serta meningkatkan lagi tahap keguguran rambut.



B Complex

Antara kebaikkan pengambilan B complex adalah:


1. Vitamin B3 atau Niasin meningkatkan peredaran darah sihat ke akar rambut.

2. Vitamin B5 atau asid Pantothenic untuk mencegah rambut yang mulai memutih dan rambut gugur dengan penghasilan rambut baru untuk menggantikan yang lama.

Sebahagian besar diet khas yang terdiri daripada telur, biji-bijian dan daging sudah kaya B5.

3. Vitamin B6 atau Pyridoxine apabila digunakan bersama-sama dengan zinc telah ditunjukkan untuk mengawal pembentukan androgen DHT yang bertanggung jawab dalam melemahkan akar rambut.

4. Vitamin B7 atau biotin yang diperlukan untuk kesihatan kulit dan kulit kepala. Anda sering melihat ini di shampo dan produk penjagaan rambut lain yang mendakwa biotin sebagai bahan aktif.

5. Vitamin B12 mempromosi dan mengekalkan tahap metabolisme pada peringkat sel untuk mengaktifkan folikel rambut untuk lebih menyerap nutrisi dari peredaran darah.

vitamin B3 dan B12 menggalakkan pertumbuhan folikel. vitamin B yang diambil secara gabungan ini dapat mengelakkan rambut gugur. Ia penting untuk memelihara ketahanan




Vita -C

Kekurangan elemen penting ini akan membuat rambut anda lebih terdedah kepada kerosakan, putus dan gugur. Hal ini kerana vitamin C bertanggung jawab untuk menjaga kekuatan dan ketahanan rambut anda terhadap persekitaran yang tidak sihat. Kapilari darah yang sihat akan memudahkan darah disalurkan ke folikel rambut. Stress juga akan mengakibatkan keguguran rambut




Apa kata pengguna ?

Jom kita baca apa kata pengguna yang menghadapi masalah ini...dari blog beliau disini;

"...for a very long time.. I keep changing the shampoo brand just to fit with my hair problem..
macam2 jenis shampoo dah try..
ade yang mula2 pakai tu ok..at last kepala jadi gatal la plak pastu..
pastu beli shampoo lain plak..first time pakai dah jadi gatal dah kulit kepala
pastu rambut pulak jadi gugur banyak sangat..
the worst time was during my Umrah..
coz I spend more time outside of hotel room and of course have to cover my head all the time..rambut pun belum sempat kering dah kena sarung tudung kan..
so bila sikat rambut tu sangatla banyak rambut gugur..
sangat2 buat I tension
tapi saya sabar jelah..itu sumer dugaan..
then..I told my friend about this problem
and dia suggest to me to take Zinc tablet from SHAKLEE


dia cakap makan aje dia punyer sebab dia ada banyak stok kat rumah..

so I got it free..dia cakap makan sebiji sehari..within 2 weeks dah boleh tgk result..

and bila rasa rambut dah tak gugur lagi or dah kurang gugur dia cakap boleh la stop taking that pills ..

so skang dah tak perlu pening2 pikir nak pakai shampoo ape..

rambut pun dah tak gugur..

and rambut baru tumbuh dengan cepat dari biasa.." ~ Nani


  

Bagi anda yang kekangan budget, bolehlah mengambil vitamin basic iaitu, Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Zinc. Bagi yang mampu dan ingin mendapatkan mahkota yg cantik berseri...bolehlah mengambil pakej seperti di atas bagi mendapatkan kesan yg optimum.

Belum cuba belum tahu!

Salam sayang,
Ummi OmarAmeer





















3 comments:

  1. Hi Bie, nice sharing. Feel free to exchange link.

    ReplyDelete
  2. harga pek percubaan RM 100.00 consist of 40's vitalea, 40's b complex, 40's vita C dan 40's zinc.

    kalau tak cukup bajet, saya boleh bagi RM 50 dan 20's setiap jenis..

    ReplyDelete