Showing posts with label vitamin E. Show all posts
Showing posts with label vitamin E. Show all posts

Friday, 13 January 2012

1316 0z Dalam Masa 55 Hari!

Wah! Teruja tak?

Bagi ibu-ibu yang belum pernah memberikan penyusuan penuh susu ibu kepada anak-anaknya, ingin saya kongsikan di sini bahawa memberikan penyusuan  penuh susuibu kepada anak-anak kita bukanlah suatu yang amat rumit dan bukan juga suatu pekerjaan yang sangat menyusahkan. Sekiranya niat kita telah bulat, kita hanya perlu tahu beberapa teknik dan kaedah penyusuan. Sekiranya kita ada 2 elemen besar ini saya rasa ibu-ibu akan berjaya dalam penyusuan.

Kenapa niat yang bulat itu penting?

Ini adalah kerana sekiranya si ibu sudah bertekad yang dia akan memberikan penyusuan kpd anaknya, apa sahaja cabaran yang mendatang , si ibu tidak akan mudah berputus asa, kecewa atau pun mudah mengalah. Apabila minda kita sentiasa positif, perjalanan penyusuan akan lebih mudah. 

Oleh itu persediaan awal itu penting. Sekiranya si ibu telah membuat persediaan awal, si ibu tidak akan stress sekiranya ada hari2 susu ibu merudum. Akan ada masa-masa sukar dalam penyusuan, namun semuanya akan dapat dihadapi sekiranya kita sudah terbiasa.

Bak kata pepatah la, alah bisa tegal biasa!

Jom baca , apa kata Shima Samat tentang ini...





Salam sayang,

Ummi OmarAmeer

Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.
 
Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual pam dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.

Thursday, 5 January 2012

Ingin Kulit Cantik....?


Semalam semasa saya lunch di satu kedai makan di wakaf che yeh, ada seorang wanita yg berbual bual dengan temannya di sebelah meja saya. Dia bercerita tentang dia telah mencuba satu jenama produk kecantikkan kulit dan kesan dari pemakaian produk itu, 4 hari dia tak keluar rumah sebab produk itu menyebabkan kulitnya menjadi menggelupas dan terasa pedih. Saya yang duduk berdekatan dengannya hanya mampu mendengar sahaja dia khusyuk bercerita.


Sambil-sambil menjamu selera, saya terfikir kenapa bila sebut pasal kecantikkan kulit wajah, kenapa orang lebih berminat untuk merawat kulit secara luaran sahaja...bagi saya merawat kulit muka mestilah dari dalam dan luaran juga. Tapi rawatan secara dalaman perlu lebih diberi perhatian. Kenapa? Kerana muka kita kan terdiri dari sel-sel. Sekiranya muka kita penuh jerawat atau bermasalah tandanya sel-sel kulit muka kita tidak sihat. Sel-sel yang tidak sihat inilah yang menjadikan kulit muka kita ada masalah. Jadi sel-sel inilah yang kena dirawat dahulu.


Sel tidak sihat adalah disebabkan tidak mendapat cukup nutrisi. Jadi untuk mendapatkan kulit sihat kita hendaklah memastikan diet pemakanan kita cukup dengan zat dan nutrisi. Nutrisi dan zat yang baik untuk kulit adalah seperti Vitamin C , Vitamin E , Protein dan lain-lain. Penyerapan vitamin dan protein yang cukup menyebabkan sel-sel akan hidup dengan sihat. Apabila sel hidup dengan sihat tentunya menghasilkan kulit yang cantik, kan? 


Sekiranya kita tidak dapat menyediakan keperluan zat yang seimbang setiap hari, contohnya hidangan buah setiap hari bagi mendapat vitamin C, maka pengambilan supplemen sangat membantu dalam mengisi kekurangan zat tersebut dalam diet pemakanan harian kita.


Jadi tak salah kalau kita nak membuat rawatan kulit luaran tapi kalau mendatangkan kesakitan pada diri sendiri, berbaloikah? Silap silap haribulan kulit muka menjadi semakin teruk. Kecantikkan dalaman lebih kekal lama sebenarnya. Jadi fikir-fikirkanlah....

Salam sayang,
Ummi OmarAmeer
Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.

Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.

Saturday, 24 December 2011

Apa kaitan Set Skin Care Shaklee + GLA dengan Kecantikkan Kulit?

Posting kali ini saya ingin bercerita lagi tentang GLA. Tapi bukan tentang GLA sahaja tetapi juga Set Skin Care dari Shaklee. Untuk mendapatkan kulit atau kulit wajah yang cantik bukan sahaja jagaan secara luaran diperlukan tetapi rawatan secara dalaman juga harus dititikberatkan kerana rawatan secara dalaman mampu membantu menyerlahkan kecantikan secara natural dan sihat.

Produk Shaklee bukanlah ubat. Ia adalah pemakanan tambahan atau supplemen. Ia melengkapkan lagi ruang-ruang zat dan nutrisi yang tidak dapat dididapati atau tidak mencukupi dari diet pemakanan harian.

Di set Skin Care dicadangkan pengambilan vitamin B complex, Vitamin C dan Vitamin E. Untuk mendapatkan kulit yang cantik vitamin ini amat diperlukan. Namun sekira di ambil bersama GLA ianya adalah lebih baik.

Di sini saya kongsikan testimoni pengguna customer kepada Pn Yati Napi yang telah menggunakan Set Skin Care ni bersama GLA. Jom kita baca...



Jadi bagi anda yang masih tercari - cari produk kecantikkan atau telah menggunakan produk kecantikkan tetapi masih belum mendapatkan apa2 perubahan cubalah try Set Skin Care ini. Mana tau mungkin anda akan mendapat kulit wajah cantik yang anda idam-idamkan selama ini.



+


Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer
Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.
 
Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.

Friday, 18 November 2011

Hari Diabetes Sedunia 2011

Hari Diabetes Sedunia adalah pada 14 November 2011 baru-baru ini. Seperti yg kita tahu diabetes adalah antara penyakit yg digeruni kerana kesannya kpd kehidupan amat menakutkan. Bagi penghidap diabetes, mereka mungkin berasa tertekan dan buntu kerana terpaksa mengawal pengambilan makanan akibat gula berlebihan dalam badan.

Siapakah Yang Berisiko Menghadapi Diabetes Ini?





Oleh itu, sebelum kita terkena penyakit ini , seelok-eloknya kita mencegahnya dengan mengamalkan cara pemakanan yg sihat dan berkualiti. Kenapa mesti sihat dan berkualiti? Sebab walaupun makan makanan yg tanpa lemak yg tinggi atau karbohidrat yg tinggi (yg mana kita consider pemakanan yg sihat) tapi kalau  zat atau nutrisinya tidak cukup atau rosak pada peringkat pemprosesan , ia tidak akan membantu kepada pembinaan kesihatan tubuh badan kita. Oleh sebab itu saya tekankan makan secara sihat dan berkualiti.

Bagi pengidap diabetes, kenyataannya boleh menikmati makanan seperti orang kebanyakkan namun mereka ini perlu mempunyai rutin pemakanan yg betul setiap hari bagi menjamin mereka memperoleh kehidupan yg sihat.

Apakah Makanan Tambahan Yang Dapat Membantu Pesakit Diabetes?

Antara pemakanan tambahan yang boleh membantu pesakit diabetes adalah seperti berikut:

B Complex
- paling penting kerana ia dilibatkan secara rapat dengan metabolisme gula dan pembebasan tenaga dan boleh meningkatkan penggunaan glukosa

Zinc
- antara yg paling penting diambil juga kerana insulin mengandungi zinc yg paling tinggi. Zinc banyak hilang ketika kita kencing dan ianya perlu diganti. Zinc juga membantu penyembuhan luka, ulser kulit, luka pembedahan dan sgt membantu dalam sistem pengimunan badan.

Fiber
- Terdapat 2 jenis fiber iaitu fiber jenis soluble (larut air) dan jenis insolubble. Fiber soluble adalah senjata paling baik bagi pengidap diabetes. Ia berfungsi mencegah perubahan paras gula darah secara mendadak dan mengurangkan kolestrol secara total. Sasaran jenis soluble kepada kolestrol jahat (LDL) manakala kolestrol baik (HDL) tidak diganggu. Fiber insoluble pula menolong bagi orang yg diabetes mengatasi sembelit.

Vitamin C
- Penyakit diabetes kerap diserang stress. Oleh itu vitamin C dipupuskan pd kadar yg amat tinggi, jadi ia perlu digantikan. Selain itu ia diperlukan untuk memperbaiki sistem imunisasi badan, menguatkan kapilari dan saluran darah agar saluran darah tidak mudah menbocorkan darah dalam tisu. Seprti yg kita sedia maklum vitamin C bagus dlm merawat selsema.

Garlic
-Satu lagi vitamin yg penting adalah Garlic yg mana ia dpt mengurangkan paras darah bagi kolestrol. Ia juga membantu menipiskan darah dan menyempurnakan sistem pengimunan. Ianya dianggap terbaik sebab pesakit cenderung dilanda serangan bakteria berbanding orang normal.

Calsium / Magnesium
- Memainkan fungsi fundamental dlm metabolisme karbohidrat, serta memainkan peranan khusus dlm tindakan insulin yg efisien. Paras magnesium yg rendah merupakan faktor utama dlm pengidap penyakit diabetes serta penyakit jantung.

EPA
- Eicosapentaenoic atau nama scientifiknya Omega 3.
- Mengurangkan paras triglycerides (lemak)
- Mengurangkan paras kolestrol
- Mengimbangkan tekanan darah
- Mengurangkan risiko berlakunya darah beku
- Mengurangkan 'platelet' yg melekit serta kepekatan darah
- Keistimewaan EPA adalah ia tidak menghasilkan kesan sampingan yg sering dikaitkan dgn Aspirin dan Steriods.

Lecitin
- Nature's Emulsifier yg membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E,K, Beta Caretone.
- Paling utama untuk proses metabolisme, kolestrol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
- lecitin dapat memecah serta mencairkan lemak terutam kolestrol.
- ia merendahkan total serum klestrol dan meninggikan kolestrol baik (HDL)
- Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yg tersendat di pembuluh darah.

Vitamin E
- Membantu masalah risiko tinggi kardiovaskular
- membantu arteri tersumbat
- melebarkan saluran darah
- melegakan beberapa bentuk neuropati - rasa kebas pd kaki.
- Mengurangkan keperluan insulin dlm 30 % pesakit diabetes.
- Meningkatkan bekalan darah kpd tisu.
-Menbantu penyembuhan ulser.


Apa kata Pesakit Diabetes Setelah Mencuba Pengambilan Vitamin Ini??

Saya cuba kongsikan kepada anda pengalaman pesakit diabetes ini merawat penyakit mereka menggunakan vitamin Shaklee. Boleh baca di SINI

"....memang benar dari suara, ibu dpt menyelami hati dan keaddan pesakit itu. Ibu percaya getaran suara pesakit itu mempunyai maksud yg sangat tersirat. Alhamdulillah, beliau sgt bahagia..lebih bahagia apabila ayah mertua beliau yg dulu mempunyai kencing manis dgn bacaan belasan digit tp kini hanya 6.1 dengan supplement Shaklee yg ibu suggest khas untuk orang kencing manis..."

Dan lagi  di SINI

"...alhamdulillah pagi ini, ibu diizinkan bertemu dgn ustz mus di kedai makan Ikhwan yg dahulunya dikenali sebagai kedai makan Mukmin. Memandangkan ibu pun memang berhajat hendak membeli roti canai pagi ini maka sempatlah ibu menyapa ustz mus yg kebetulan sedang membungkus roti canai bagi mereka yg tapau. Ustz mus mengatakan kakinya yg berlubang sudah beransur baik, alhamdulillah. Kandungan gula dalam darahnya yg dahulu bacaannya 20 dan  keatas kini semakin berkurang kepada 11, alhamdulillah. Berita ini menggembirakan ibu dan abah kerana kami berdua yg mencadangkan ustz us mencuba shaklee sbg rawatan unt mengubat kakinya yg berlubang itu....."


Ya, mencegah satu penyakit itu lebih baik dari merawatnya, tetapi sekiranya kita sudah terkena bukan bermakna dunia ini telah berakhir..kita kena yakin pada hakikat di mana nabi telah berpesan bahawa setiap penyakit ADA UBATNYA kecuali MATI...

maka, TIDAK SALAHKAN UNTUK KITA BERIKHTIAR....?

Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga, sanak saudara , sahabat handai, kawan kenalan yang merupakan pesakit diabetes, cubalah rawatan alternatif ini...dengan izin Allah ianya mungkin dapat membantu.

Semua pengambilan vitamin yg saya senaraikan di atas ADALAH MENGIKUT KEPERLUAN DAN TAHAP PESAKIT. BUKAN BOLEH DIAMBIL SEWENANG-WENANGNYA.

Konsultansi akan diberikan secara PERCUMA.


Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer


Wednesday, 16 November 2011

Secret Recipe Vitamin E

Salam semua..

Dalam minggu ni havoc dikalangan group Euphoria kami tentang kejayaan salah seorang rakan kami yang berjaya merawat suami beliau menggunakan produk Shaklee. Setahu saya chicken pox ni kena masa budak2 jer.. rupanya orang2 yg dah dewasa pun boleh dapat penyakit ni…termasuklah suami Fai ni…

Apa resepi kejayaan yg dia telah lakukan bagi merawat suami tercinta yg telah mendapat chicken pox ni? Jom mari kita baca kisah yg menyayat hati ini..boleh klik blog Fai di sini
“…Bulan July lepas, hubby kena chicken pox yang agak teruk. Habis satu muka dia penuh dengan parut2 chicken pox tu. Fai pn apa lagi, bila hubby baik jer dari chicken pox... Fai terus sapukan minyak vitamin E kat tempat2 parut di kawasan muka hubby. Memang sapu sungguh2 la sebab nk bagi parut2 tu cepat pudar. Hihi... Bila parut tu dah mula pudar, fai hanya sapukan vitamin E 2-3kali seminggu jer. Tapi yang penting Fai memang tak pernah skip bagi hubby basic vitamin (optimum set). Alhamdulillah... Setelah lebih kurang 2-3 bulan, parut-parut kat muka hubby semakin pudar dan berkurang... Syukur sangat..."
Anda teruja untuk melihat bagaimana proses pemulihan berlaku? Jom kita tgk gambar ini..

Apa macam? Sungguh menyayat hati,kan? Kasih seorang isteri merawat si suami..sanggup buat PUPUR MUKA GUNA VITAMIN E TUUU…

Kenapa tindakbalas vitamin E ini berkesan pada kulit?
Ini kerana antara fungsi vitamin E ini adalah dia dapat mengurangkan fatty acid daripada “oxidation”. Dengan demikian ia boleh meningkatkan jumlah oxygen kepada tisu-tisu.
Selain itu, ciri2 ANTIOKSIDAN yang ada pada vitamin E membantu mencegah kerosakan sel dan amat baik dalam membantu mempercepatkan proses baik pulih luka.
DAN SUDAH SEMESTINYA SANGAT FAMOUS DIKALANGAN ORANG YG MEENGGUNAKANNYA UNTUK MENDAPATKAN KULIT CANTIK!
Kenapa Vitamin E Shaklee ISTIMEWA?
Kelebihan vitamin E Shaklee kerana ia mengandungi mineral SELENIUM yg menyokong aktiviti vitamin E berfungsi sebagai sebahagian daripada komponen glutation peroksida iaitu sejenis enzim drp keluarga enzim antioksidan.
Cuba dulu baru tahu…
Jika anda inginkan produk yg HEBAT ini, bolehlah dapatkan dari saya sempena PROMOSI BULAN KECANTIKAN YANG MASIH BERLANGSUNG INI!

Salam Sayang,
Ummi OmarAmeer


Wednesday, 9 November 2011

Vitamin E – Untuk Kulit Sihat, Cantik Dan Kekal Muda!

Semakin ramai orang yang telah mula mempercayai dan sedar tentang kepentingan Vitamin E yang membantu mereka yang menghadapi masalah kulit kering dan kusam kepada kulit cantik, sihat dan kekal lembab.

Oleh kerana kepopularannya, Majalah iSihat keluaran November juga turut mempromosi kebaikan pengambilan Vitamin ini!





Untuk menerangkan lagi kebaikan Vitamin E ini dengan lebih jelas saya listkan antara kebaikkan2 lain vitamin ini ;

·         Membantu mencegah kerosakan sel daripad ancaman RADIKAL BEBAS

·         Menolong sel menyerap oksigen.

·         Melambatkan proses penuaan – lebih baik dari amalkan krim anti penuaan

·         Menyokong daya imunisasi

·         Membantu mencegah kanser

·         Mineral SELENIUM Vitamin E Shaklee membantu menyokong vitamin E berfungsi.

·         Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka.

·         Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar

·         Pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

·         Vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

 Oleh kerana itu kami di Euphoria menyediakan Set D (Skin Care / Beauty Set) yang mengandungi Vitamin E, Vitamin C dan B Complex. Gabungan vitamin-vitamin ini sangat berguna untuk mencegah jerawat dan melupuskan parut jerawat baru. Menjadikan wajah lebih berseri dari dalam. MESTI CUBA!

Untuk promosi bulan November yang masih hebat berlangsung ini, saya menawarkan pada harga yang ISTIMEWA pada anda bersama FREE gift yang menarik! Dapatkan Full Pack atau Mini Pack HARI INI!!

Penghantaran Pos Laju Percuma seluruh Malaysia untuk Mini Pack. Pick up service untuk customer di Kelantan. SMS/Whatsapp 019-9273454 atau email hanyasusuibu@gmail.com untuk KONSULTANSI PERCUMA.


Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer

Friday, 4 November 2011

Promosi Bulan November!

Bulan November Bulan Kecantikkan

Anda mahu kelihatan muda, kulit yang bersih dan berseri? Amalkan makan vitamin E beserta selenium. Shaklee menyediakan vita E bersifat asli iaitu alpha tocopherol sangat bagus untuk kesihatan. Kita akan kelihatan muda dari usia sebenar dan ianya sangat bagus untuk kesihatan jantung dan tekanan darah kita.

Dapatkan Vitamin E Shaklee hari ini dari saya dengan harga yang sangat menarik!

ADA LAGI!


Kami juga menawarkan pakej promosi bulan November  :

1. Trial Pack set D ( 30's of each : B complex, Vitamin C dan Vitamin E)

2. Trial Pack set E (Set B + Ostematrix@Calcium).
...

3. Trial Pack set F 30 days (30's Vitamin E dan 90's Alfalfa)

4. TERBARU : Eu-Four Pack ( Vitalea 30's, B com 30's, Vitamin C 30's dan Ostematrix 120's)

Add on 30's Vitamin E dengan harga istimewa.


SPECIAL GIFT disediakan apabila membuat membuat pembelian dari saya!


Mahu dapatkan tawaran menarik ini? PM saya lebih lanjut.


Anda juga boleh baca entry ini : http://hanyasusuibu.blogspot.com/2011/11/vitamin-e-untuk-kulit-sihat-cantik-dan.html


Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer

Sunday, 23 October 2011

Vitamin E meningkatkan risiko kanser Prostat ???????


"Vitamin E Shaklee mahal la dan pada saya semua vitamin E sama sahaja"  ...
 
Ini adalah antara jawapan ringkas dikalangan customer ummi ini apabila ummi mencadangkan mencuba pengambilan Vitamin E Shaklee.

Bila baca tajuk atas entry tersebut pasti pengamal Vitamin E terutama para suami akan jadi gundah gulana memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Memang ada kebenaran pada kata-kata itu dan ummi tidak menafikannya. Ini kerana ada bermacam jenis vitamin E dalam pasaran.

Melalui penulisan Dr Bruce Miller, kita perlu tahu apakah ciri-ciri vitamin  E yang selamat diambil bukan dalam jangka masa pendek tetapi juga dalam jangka panjang.


Saya cuba scan buku yang telah dialih bahasa dalam Bahasa Melayu demi memudahkan pembacaan kalian.

 

dan PALING PENTING PERLU TAHU KEPENTINGAN LABEL PADA BOTOL

* Sila klik pada gambar untuk besarkan imej.

Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].

Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.
 
Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik.
Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin  A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'.
Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Mungkin anda merasakan vitamin E Shaklee mahal berbanding vitamin E di luar sana [ dalam pasaran] tetapi kita perlu tahu nilai yang kita bayar. Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli dan lengkap dengan selenium.

Adakah kerana hendak jimat hari ini anda menanggung risiko yang besar kemudian hari?  

Renung -renungkan...... 

Jangan lupa cuba belek vitamin E yang ada di rumah anda!