Saturday 19 November 2011

Berapa Banyakkah Keperluan Air Untuk Badan Anda? Cuba kira!


Memang ramai yang mengamalkan diet untuk kelihatan lansing, ada juga yang dah berjaya, tapi "apa yang berlaku"??? Badan jadi tak seimbang, ada yang terlampau kurus dan yang paling tak best, kalau dah berhenti diet berat badan naik balik.

Jadi untuk seimbangkan berat badan sekaligus dapat bentuk badan yang ideal, anda memerlukan air yang cukup. Air boleh meningkatkan metabolisme dalam badan seterusnya membantu dalam proses pembakaran kalori, sebab itu boleh kurus.
 
Berapa Banyak Kita Kena Minum Air?      

Hah, soalan yang bagus! Senang jer...ikutilah formula eksklusif seperti dibawah;

Formulanya:

1) Jumlah air kosong yang perlu diminum dalam sehari = (40 X berat badan anda)+ 500ml

Contoh:
Berat badan saya ialah 80 (bukan berat sebenar yerrr..ehem..ehem..)

 (40 X 80) + 500 =3700ml
Bermakna saya perlu minum 3.7 liter air kosong dalam sehari

2) Minum air kosong sekali ganda dengan air manis yang diminum

Contoh:
Kalau anda minum teh tarik segelas, jadi anda kena tambah segelas lagi air kosong untuk seimbangkan berat badan, kiranya neutralkan balik.

Jika anda amalkan, insya Allah anda akan dapati;

1) Kurang rasa lapar, yang paling penting selera makan pun berkurang, walaupun ayam golek depan mata

2)Buah pinggang dapat air yang cukup untuk proses pembakaran gumpalan lemak (penting nii!!)

3)Berat badan jadi seimbang, tidak terlalu kurus dan tidak telalu gemuk.
sumber: ceritera ilmu

Suka juga untuk saya peringatkan yer...bagi ibu-ibu yang menyusukan anak..anda semua kena lebihkan lagi air dari kiraan tadi. Ini adalah kerana sebahagian air yg anda consume tu digunakan untuk generate susu...semakin kerap anda menyusu atau anda memerah susu untuk bayi anda, anda kena tambahkan lagi consume air sebagai gantian.
Jadi tak payah la bersusah-susah buang duit pergi ke salon yg mahal2 untuk jalani proses buang lemak yg belum tentu selamat untuk badan kita ni...Amalkan pemakanan vitamin yang sesuai dan minum air secara ideal. Anda akan dapati anda akan KEKAL SIHAT dan KEKAL LANGSING.

...dan tentunya BONUS untuk ibu-ibu menyusu kerana ANDA AKAN TETAP AKAN LANGSING!

Ingin tahu apakah pemakanan tambahan yg sesuai untuk anda kekal sihat walaupun menjalani program diet untuk kelangsingan, boleh dapatkan Konsultansi dari saya secara PERCUMA.

CUBA KIRA BERAPAKAH KEPERLUAN AIR ANDA?

Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer

No comments:

Post a Comment