Showing posts with label set bersalin. Show all posts
Showing posts with label set bersalin. Show all posts

Monday, 9 January 2012

Ibu Yang Teruja Dengan Set Berpantang Shaklee

Salam sidang pembaca semua...

Hari ni saya nak kongsikan 'keterujaan' seorang ibu yang mengambil set berpantang Shaklee. Sekiranya anda seorang ibu yang dalam pantang tapi mengimpikan untuk menyusukan anak dengan susu ibu, saya syorkan anda mengamalkan set ini. Namun begitu, sepertimana yang saya selalu tekankan sebelum ini, amalan pengambilan supplemen hanya membantu ibu-ibu dalam membekalkan nutrisi kepada pelengkap kekurangan zat dalam diet harian dan membantu tubuh si ibu supaya sihat bertenaga walaupun di dalam pantang.

Dalam pada itu, kebetulan pada bulan Januari ini, kami di Euphoria Group menawarkan best offer kepada ibu-ibu yang membuat pembelian Set Berpantang ini dengan pemberian diskaun sebanyak RM 10 dari harga biasa. Extra gift yang lain tu macam biasa lah ...Hah, menarik, kan? Jimat tu...

Tanpa nak berceloteh panjang lebar, jom kita baca apa kata kawan kita ni...



Jom, tunggu apa lagi...


Salam sayang,
Ummi OmarAmeer
Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.
 
Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.

Wednesday, 9 November 2011

SHAKLEE TRIAL PACK SET B (BREASTFEEDING)

KEGUNAAN
Shaklee Trial Pack SET B ini adalah VITAMIN UNTUK PENYUSUAN khusus untuk IBU-IBU YANG MENYUSUKAN BAYI MEREKA.


KANDUNGAN SET B BREASTFEEDING
 

Set B ini mengandungi :

Vitalea@ Multivitamin – 30 biji

Dengan formula zat besi : sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am.

B complex – 30 biji

Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil..dan wajah berseri..inlah rahsianya ..B for Beauty

Vitamin C – 30 biji

Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan...dan kulit lebih cantikkk

Alfalfa – 30 biji

raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSUIBU.



Set B ini untuk pengambilan  selama 30 hari.

(Bagi package fullset, harga runcit adalah RM 288.75 untuk pengambilan selama 4-6 bulan. Sila sms atau email kpd saya bagi mendapatkan HARGA DISKAUN!)



SIAPA YANG PERLU MENGAMBILNYA?

Tentunya untuk ibu-ibu yang memberi penyusuan penuh pada bayi. Ianya akan membantu ibu-ibu agar tidak akan berasa kepenatan, letih, lesu serta tidak bertenaga.



ADA KELEBIHAN LAIN LAGI TAK?

OH SUDAH TENTU! Yang paling best setiap pembelian dari saya akan mendapat FREE gift + FREE postage + FREE ebook SHAKLEE + FREE member group support SHAKLEE + FREE konsultasi pemakanan kesihatan DAN…

EXTRA 30 biji Vitamin Alfafa!



APA KATA PENGGUNA SET B INI ?



Anda nak tau apa kata pengguna set ini ? Mari kita baca sama-sama…dipetik dari blog laila di entry ini : http://elaila.blogspot.com/search/label/Set%20B%20%28Breastfeeding%29



@-->--- CINTA PANDANG PERTAMA ---<--@



Saya mula mengenali produk Shaklee pada penghujung April 2011. Produk pertama yg saya ambil ialah Trial Pack Set B. ketika itu sy sedang mencari produk untuk menambah susu ibu. Teruja dengan info2 dalam blog laila, sy terus memesan. Alhamdullillah, syukur dengan nikmat yang Allah kurniakan, Setelah mencuba, dalam masa seminggu sy telah dapat merasakan perubahannya. Jika sebelum ini, setiap kali pam, hanya dapat 1 – 2 oz sahaja, selepas makan trial pack, sy mampu mengumpul 10 – 15 oz sehari. Susu menjadi semakin pekat dan berwarna kekuningan. Seronok tengok Amani minum susu sampai terbaring kekenyangan . Selain dari menambah susu badan, sy dapati, kulit sy semakin bersih, rambut kurang gugur, kuku berkilat dan yang paling penting, sy sentiasa rasa bertenaga walaupun tak cukup tido ( tido kul 12mlm,bangun kul 4.30pg) . Sy telah berkongsi apa yg saya rasa dengan beberapa rakan yng juga mommy2 yang tension dengan production susu yg semakin merudum, hasilnya……….mereka juga sgt berpuas hati dengan TP set B.

Kini, sy tambah dengan lecithin, untuk memastikan berat badan maintain. Vitamin E, agar sentiasa nampak muda dan ceria. Yang paling best, suami kate, nampak jelita dan anggun sejak melahirkan anak ke-3 ni…….heheheh. (pujian suami yang terindah). Ada juga beberapa kawan2 yang Tanya sy mkn ape, sbb badan x naik lepas bersalin……(diorg ingat sy mkn jus mate *), rahsianya. Full pack set B + lecithin + Vitamin E…




Penghantaran Pos Laju Percuma seluruh Malaysia untuk Mini Pack. Pick up service untuk customer di Kelantan. SMS/Whatsapp 019-9273454 atau email hanyasusuibu@gmail.com untuk KONSULTANSI PERCUMA.



Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer


Sunday, 23 October 2011

Set bersalin yang selamat untuk menyusukan bayi.

Di bawah ini adalah testimoni daripada Puan N yang telah menggunakan set bersalin Shaklee..

Masih teringat kenangan melahirkan 2 anak lelaki saya...walaupun kedua duanya melalui pembedahan [ceaserean] namun saya melalui pengalaman yang berbeza di mana anak sulung kelahirannya adalah bayi pra matang 34-35 weeks namun dengan berat normal dan keadaan saya tidak sedar manakala anak kedua diberi suntikan separa sedar dengan umur yang matang.

Sejak mengandung lagi saya dah set mind saya hanya akan makan vitamin sahaja dalam berpantang. Walaupun banyak juga set bersalin yang ada dalam pasaran namun tiada satu pun yang dapat mencuri perhatian saya. Saya lebih banyak habiskan masa masa mengandung membaca perihal dan kepentingan vitamin ditambah lagi saya nekad nak menyusukan anak-anak saya. Saya taknak kerana saya makan jamu , anak saya tidak dapat menyusu dengan sebaiknya.

Apa yang saya fikirkan pada peringkat awal ialah vitamin membantu membanyakkan susu saya. Masakan tidak? sehingga anak saya umur 2 tahun , payudara saya akan bengkak seolah-olah saya masih di dalam pantang dan pernah ditegur oleh babysitter berapa meriahnya susu anak saya.
Memang saya rasa beza apabila saya tak makan vitamin. Mungkin sebab pemakanan saya seharian tidak seimbang ditambah tidur yang tidak pernah lengkap 8 jam sehari membuatkan saya mudah keletihan. Maka pengambilan vitamin membuatkan saya rasa sangat berbeza.

Saya jadikan alfalfa dan ESP sebagai booster terbaik saya. Bila mood down atau susu mula rasa tidak meriah, saya amalkan pengambilan alfalfa dan ESP dengan optimum. Memang beza sebab lepas tu susu akan meningkat dengan kadar yang tidak terlalu lama berbanding saya tak makan vitamin.

Saya mula nampak kesan vitamin apabila anak2 saya perlukan suntikan imunisasi , doktor pasti bertanya adakah saya beri anak saya makan kerana perkembangan dua dua anak saya membuatkan doktor sendiri kagum. Masakah tidak bermula dengan si abang, dengan graf pembesaran yang hebat ditambah si adik mempunyai graf perkembangan yang hampir sama dengan si abang. Apabila saya memberitahu saya hanya berikan susu badan, maka doktor terus mengatakan tahniah sebab anak2 saya membesar dengan sihat dan susu saya mencukupi untuk si manja kami. Pengambilan zat besi yang mencukupi membantu pembesaran anak dengan sangat hebat.

Namun masa mematangkan saya. Hakikatnya vitamin tak bantu banyakkan susu. Susu saya banyak sebab dengan makan vitamin, badan saya sihat dan cergas. Maka saya dapat kerap susukan anak saya. Dari situ susu saya bertambah banyak kerana anak saya kerap menyusu. Susu saya beri kesan pada perkembangan dan pertumbuhan anak-anak saya. Gigi mereka juga tumbuh seawal 6-8 bulan memandangkan pengambilan kalsium yang mencukupi dan disalurkan melalui susuibu tadi.

Memang ada sesetengah orang merasakan tidak perlu amik vitamin. Tapi secara jujur, saya amalkan sebab saya tahu kekangan pengambilan makanan seharian saya yang tidak lengkap dan tidak dapat memenuhi piramid makanan. Anak saya membesar dengan baik dengan susuibu. Saya tak perlu risau jika mereka demam atau selsema, kerana saya menjadikan vitamin itu ubat kepada penyakit anak saya. Saya akan amalkan pengambilan vitamin C dengan tambahan lebih dari dos harian biasa apabila anak saya tidak sihat.

Syukur sebab sejak kebelakangan ini ramai ibu2 yang telah membuat pesanan set bersalin dari saya. Ramai juga yang dah melalui berpantang dengan vitamin dan mereka mengakui perbezaan ketara dengan pengalaman bersalin sebelum ini. Ternyata badan kita perlukan vitamin untuk proses penyembuhan. Itulah yang saya setkan dalam minda saya dari anak pertama lagi.
Walaupun melahirkan secara ceaserean saya dapat bergerak aktif seperti orang beranak normal. Paling buat saya gembira bila Doktor pakar yang menyambut kelahiran Nasa memuji cantuman jahitan semasa melahirkan anak sulung Addin, sangat kemas dan elok. Berasa sangat lega dan berbaloi berpantang dengan vitamin.

Hakikatnya berpantang dengan vitamin bukan sahaja mempercepatkan baiknya proses luka sebab kelahiran tetapi bayi juga mendapat manfaat yang sama atas apa yang ibu amalkan. Memang benar susuibu adalah yang terbaik dan sangat berkhasiat namun ianya balik pada apa yang kita makan. Jika elok yang kita makan, maka eloklah yang kita salurkan pada anak melalui susuibu tadi.

Sekiranya anda masih mencari-cari set bersalin, apa kata kelahiran kali ini, amalkan pengambilan vitamin ditambah jika punya niat nak menyusukan anak dengan sebaiknya?

Hakikatnya badan kita perlukan vitamin yang secukupnya untuk digunakan dalam proses pemulihan selepas melahirkan anak.
Rahim kita akan mengecut dan kembali pada bentuk asal apabila kita menyusukan anak secara esklusif 6 bulan yang pertama. Badan kita akan merasa 'warm' bila kita amalkan vitamin dan ianya selamat untuk bayi. Paling penting, selamat untuk bayi.

Namun perlu tahu vitamin apa yang boleh diambil sebelum bersalin, sejurus selepas bersalin ataupun perlu amik selepas beberapa minggu selepas bersalin.

Alhamdulillah tak melalui masalah berat anak kurang atau rendah dari paras sepatutnya kerana mereka telah membesar dengan baik sejak peringkat 6 bulan terawal.
 Nasa during 3 months yr old. My michelin baby!



Addin during 1 year old.
 

Salam sayang,

Ummi OmarAmeer


Untuk maklumat lanjut berkaitan penyusuan atau set bersalin dan berpantang bolehlah email ke : hanyasusuibu@gmail.com atau sms di 0199273454