Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, 20 January 2012

Kenapa Pengambilan Vitamin Tidak Memberi Kesan Kepada Saya?

Ada dikalangan sesetengah individu yang mendapati pengambilan vitamin selama tempoh tertentu tidak memberi apa-apa kesan perubahan kepada badannya. Sekiranya berlaku begitu, ianya seolah-olah vitamin tidak dapat menyerap pada kadar optimum ke dalam sel-sel di dalam badannya.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan pengambilan vitamin tidak memberi kesan kepada tubuh seseorang itu. Faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut:


1. Mereka yang kuat minum kopi. Ini kerana kandungan kafein akan merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan kita.

2. Mereka yang tak suka minum air. Air sangat perlu dalam penyerapan semua nutrien.

3. Makan tanpa ilmu. Ada sesetengah vitamin tidak boleh dimakan pada masa yang sama. Maka perlu tahu cara makan yang betul untuk kesan yang optimum.

4. Vitamin tidak boleh makan serentak dengan ubat doktor. Ubat doktor akan membuatkan badan kita imun dan ini menghalang penyerapan vitamin dengan baik.

5. Ibu menyusu yang mengharapkan peningkatan susu tetapi tidak mengepam mahupun tidak menyusukan anak secara langsung. Vitamin bantu penghasilan susu dengan lebih efesien dengan jadual pam atau penyusuan langsung yang kerap. Makan vitamin tetapi tidak pam maka tiada kesan apa-apa pada penyusuan.

Oleh itu, bagi mendapat kesan pengambilan vitamin secara optimum, cuba elakkan perkara-perkara seperti yang tersebut. Namun begitu, sekiranya masalah ini masih berlarutan, anda boleh menghubungi saya bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci.


Salam sayang,

Ummi OmarAmeer


Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.



Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Thursday, 19 January 2012

Betulkah Supplement Memudaratkan?

Tentu anda yang belum pernah mengamalkan supplement akan tertanya-tanya tentang perkara ini. Apa lagi anda pernah dimomokkan tentang keburukkan supplemen oleh individu-individu yang memang anti supplemen.

Anda adalah seorang yang bagus apabila berhati-hati dalam setiap langkah yang anda ambil untuk berbuat sesuatu. Tapi lagi bagus sekiranya apa yang anda buat itu bukan dengan ikutan tetapi dengan ilmu.

Pengambilan supplement juga kena berilmu, wahai teman-teman....Sekarang ini kalau kita lihat lambakan berbagai-bagai jenis supplemen di pasaran. Soalnya yang mana satu yang tulen dan terbaik?

Tidak perlu pergi jauh, memadai kita melangkah masuk satu farmasi....dan kita mula bertanya, saya perlukan vitamin C...pasti kita ditunjukkan dengan pelbagai jenama vitamin C. Bagi penjual yang pentingkan keuntungan, pasti mengesyorkan vitamin c yang mahal yang kononnya setanding dengan kualiti. Namun tidak dijelaskan mengapa dengan lebih lanjut. Sedangkan vitamin c yang bagus adalah jenis pelepasan masa kerana ia adalah vitamin larut air.

Pernahkah anda terlintas....Apakah sebenarnya vitamin yang selamat di ambil?

Kenapa Vitamin Shaklee adalah yang selamat dan terbaik?

Ini kerana :
  • Dr Forest C Shaklee adalah orang pertama yang menghasilkan Vitalized Mineral yang kini digelar VITAMIN.
  • Vitamin Shaklee adalah asli, tiada pewarna, pengawet malah perasa tambahan.
  • Vitamin Shaklee tiada silika gel dengan ini membantu penyerapan dengan lebih baik.
 
Tak percaya? Sila uji vitamin anda untuk mengetahui ianya vitamin tulen atau sintetik.
 
UJIAN VITAMIN
Cuba anda ambil sebiji multivitamin yang sedang anda amalkan....genggam selama 5 minit, jika anda dapati tangan anda melekit serta warnanya melekat dengan tangan anda, maka saya sarankan anda memilih vitamin yang lebih baik.
Vitamin yang sintetik biasanya mengandungi silika gel, pewarna, perasa dan pengawet tambahan....bahan-bahan ini boleh memudaratkan kesihatan kerana tubuh kita hanya perlukan yang asli.
Hakikatnya pewarna, pengawet dan perasa tambahan ini tidak diperlukan oleh badan dan jika diambil secara berterusan dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan.
 
 
 
Oleh itu teman-teman, kesihatan itu sangat mahal...maka amalkan pengambilan supplement perlulah dengan ilmu , bukan kerana trend semata-mata.
 
 
Salam sayang,
Ummi OmarAmeer

Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.

Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 

Saturday, 31 December 2011

Basic H : Pencuci Luka Akibat Diabetes

Semakin ramai 'supermak' dan 'superwife' yang telah menggunakan Basic H ini sebagai pembersih serbaguna dan menjadikan barang yang WAJIB ADA di rumah. Dah jadi macam helper yang superb dah!

Jom kita baca apa kata mereka...




Selain itu bagi pesakit yang telah mengalami luka yang lambat sembuh akibat DIABETES, Basic H sangat digalak untuk digunakan semasa mencuci tempat luka.




Selain itu sekiranya ada anak-anak  yang mengidap eczema, Basic H boleh digunakan sebagai mandian sebanyak 2 atau 3 kali seminggu. Caranya , titikkan Basic H kepada sebaldi air pada kecairan yang sangat mild dan buat sebagai mandian.





Salam sayang,
Ummi OmarAmeer
 
Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.

Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.





Saturday, 19 November 2011

Berapa Banyakkah Keperluan Air Untuk Badan Anda? Cuba kira!


Memang ramai yang mengamalkan diet untuk kelihatan lansing, ada juga yang dah berjaya, tapi "apa yang berlaku"??? Badan jadi tak seimbang, ada yang terlampau kurus dan yang paling tak best, kalau dah berhenti diet berat badan naik balik.

Jadi untuk seimbangkan berat badan sekaligus dapat bentuk badan yang ideal, anda memerlukan air yang cukup. Air boleh meningkatkan metabolisme dalam badan seterusnya membantu dalam proses pembakaran kalori, sebab itu boleh kurus.
 
Berapa Banyak Kita Kena Minum Air?      

Hah, soalan yang bagus! Senang jer...ikutilah formula eksklusif seperti dibawah;

Formulanya:

1) Jumlah air kosong yang perlu diminum dalam sehari = (40 X berat badan anda)+ 500ml

Contoh:
Berat badan saya ialah 80 (bukan berat sebenar yerrr..ehem..ehem..)

 (40 X 80) + 500 =3700ml
Bermakna saya perlu minum 3.7 liter air kosong dalam sehari

2) Minum air kosong sekali ganda dengan air manis yang diminum

Contoh:
Kalau anda minum teh tarik segelas, jadi anda kena tambah segelas lagi air kosong untuk seimbangkan berat badan, kiranya neutralkan balik.

Jika anda amalkan, insya Allah anda akan dapati;

1) Kurang rasa lapar, yang paling penting selera makan pun berkurang, walaupun ayam golek depan mata

2)Buah pinggang dapat air yang cukup untuk proses pembakaran gumpalan lemak (penting nii!!)

3)Berat badan jadi seimbang, tidak terlalu kurus dan tidak telalu gemuk.
sumber: ceritera ilmu

Suka juga untuk saya peringatkan yer...bagi ibu-ibu yang menyusukan anak..anda semua kena lebihkan lagi air dari kiraan tadi. Ini adalah kerana sebahagian air yg anda consume tu digunakan untuk generate susu...semakin kerap anda menyusu atau anda memerah susu untuk bayi anda, anda kena tambahkan lagi consume air sebagai gantian.
Jadi tak payah la bersusah-susah buang duit pergi ke salon yg mahal2 untuk jalani proses buang lemak yg belum tentu selamat untuk badan kita ni...Amalkan pemakanan vitamin yang sesuai dan minum air secara ideal. Anda akan dapati anda akan KEKAL SIHAT dan KEKAL LANGSING.

...dan tentunya BONUS untuk ibu-ibu menyusu kerana ANDA AKAN TETAP AKAN LANGSING!

Ingin tahu apakah pemakanan tambahan yg sesuai untuk anda kekal sihat walaupun menjalani program diet untuk kelangsingan, boleh dapatkan Konsultansi dari saya secara PERCUMA.

CUBA KIRA BERAPAKAH KEPERLUAN AIR ANDA?

Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer

Saturday, 12 November 2011

Vitamin?! ieeeee…Tak Naklah..Saya Takut Gemuk!

Satu hari saya seorang customer saya sms saya menanyakan kenapa selepas dia mengambil vitamin dia menjadi kerap lapar. Dan dia mula bimbang yang dia akan menjadi gemuk kerana dia sudah semakin kerap makan. Customer saya ni mengambil vitalea, B complex, vitamin C dan Kalsium.

Untuk pengetahuan anda semua, pengambilan B complex boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glucose untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.

Hakikatnya vitamin B adalah vitamin yg dikenali sebagai vitamin ‘starter plug’ yg menukarkan gula menjadi tenaga. Kekurangan Vitamin B ini akan menyebabkan makanan tidak ditukarkan sepenuhnya menjadi tenaga, maka risiko kencing manis, jantung tersumbat mahupun risiko kegemukkan mudah berlaku. Itulah sebabnya mereka yg mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga.

Walau bagaimanapun ada sesetengah individu yang tidak dapat mengawal nafsu makannya. Rasa jer lapar dia akan terus makan..makan ..dan makan…dan makanan yg diambil pula TINGGI dengan KARBOHIDRAT dan KAYA dengan LEMAK!

Jadi betulkah pengambilan vitamin B ini anda akan jadi gemuk?? Oh, sudah tentunya TIDAK! Bahkan Vitamin B menggalakan pembakaran karbohidrat, lemak dan protein menyebabkan ianya digunakan dalam pengurusan penurunan berat badan.

Sebab itulah pengambilan B complex sangat popular dikalangan ibu2 yang bekerja kerana mereka perlukan badan mereka maintain cergas. Kalau badan asyik letih ajer, macamana nak uruskan rumahtangga , anak-anak, nak layan suami lagi…Suami mana yg tahan kalau balik jer dari tempat keje isteri layu, kuyu, letih dan lesu…Jangan sampai suami beralih arah kepada orang lain barulah kita terkocoh-kocoh cari vitamin tu vitamin ni, semua benda kita nak telan…

Jadi untuk anda yg mengambil vitamin..jangan bimbang…pastikan anda mengambil 3 meal dengan masa yg teratur. Jika terasa lapar diantara waktu tersebut, cubalah makan buah-buhan atau makanan yg kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan. Anda juga boleh amalkan makan buah kurma atau kunyah kismis yg baik yg sudah diketahui baik untuk kesihatan. Dan jangan lupa juga minum banyak air untuk membuang toksik dalam badan, untuk pencernaan dan melancarkan pengaliran darah.

Selamat Mencuba!






Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer




Friday, 11 November 2011

Tips Apa Yg Perlu Anda Buat Sekiranya Anak Jatuh Sakit

Alhamdulillah, tips ini saya belajar dari seorang kenalan dari Miri, Sarawak. Sekiranya anak anda demam atau jatuh sakit cubalah tips berikut :

·         Keluarkan sedikit daripada wang anda untuk disedekahkan dan mesti berniat mohon pada Allah , berkat dari pahala sedekah ini akan menyembuhkan anak anda.



·         Bangun setiap malam dan sapukan minyak telon atau minyak burung unta pada belakang badan anak anda sekitar jam 1 @ 2 pagi…petua dari orang Cina yang membantu untuk kurangkan kahak.



·         Mandikan anak 3 kali sehari bagi memastikan suhu badan anak anda stabil. Kebiasaannya, kita pernah dengar kalau anak demam tak boleh mandikan, kan? Petua mandikan anak 3 kali sehari sangat membantu anak menghembuskan cecair yang tersumbat dalam hidungnya setiap kali lepas mandi. Waktu yg sesuai untuk mandikan anak adalah pada puku 8 pagi, 1 tengahari dan 5 petang. Rupanya, Ibu mertua saya memang mempraktikkan cara ini pada cucu2 dia juga yg sebelum ni memang saya tidak tahu bahawa ianya baik untuk diamalkan.



·         Sapukan minyak telon atau minyak burung unta setiap kali selepas mandi di ubun2, belakang telinga, tapak tangan, tapak kaki, dada, bahagian belakang badan dan betisnya. Vi**s…bukanlah suatu yang disarankan digunapakai walaupun ianya tertulis khas untuk kanak-kanak. Saya baru teringat satu ketika dulu suami saya pernah berkata pada saya supaya jangan amalkan penggunaan Vi**s ini kerana ia tidak bagus untuk anak-anak. Emm..patut laa..



·         Memandangkan saya breasfeed, saya pastikan saya mengambil vitamin C 1 biji pagi dan 1 biji malam dan perlu dipatahkan sebelum makan.



·         Pengambilan ‘immune booster’ Nutriferon juga baik diamalkan.



·         Dan pastikan sekiranya anak anda masih menyusu, bagi susu pada anak anda sekerap yang boleh.



Insya Allah…dengan izin Allah, tips ini diharapkan dapat membantu.



Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer






Thursday, 10 November 2011

Pengambilan Panadol Memudaratkan??

 

Anda semua tahu tak pengambilan Panadol boleh memudaratkan? Saya kongsikan cerita berikut untuk sama2 kita fikirkan ; di link facebook ini

 
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan."



Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti  anda perlukan dos yg lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Bayangkan bagaimana kesannya pada kesihatan anda…
 

Jadi sekiranya anda, anak-anak anda atau ahli keluarga anda mengalami demam atau sakit kepala cubalah cari rawatan alternatif selain mengambil panadol actifast atau soluble.
 

Salah satu rawatan alternatif yg anda boleh buat adalah dengan mengamalkan pengambilan Nutriferon yang terbukti SELAMAT dan BERKESAN. Ramai ibu-ibu yg telah mencubanya dan mereka telah berpuas hati!



Renung-renungkan lah….



Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer


Nutriferon - "Immune Booster"

Sekiranya anda, anak-anak anda atau ahli keluarga anda yang lain mengalami demam, batuk mahupun selsema yang berlarutan (lebih dari 4 hari) dan pengambilan vitamin C tidak berkesan kepada imunisasi tubuh, maka Nutriferon adalah jalan YANG TERBAIK.

Nutriferon adalah hasil penemuan Immunologist Dr. Yasuhiko Kojima dari Jepun. (sumber:Shaklee - After an exhaustive review of thousands of compounds and 200 herbs, Dr. Yasuhiko Kojima isolated four ingredients (Pumpkin seeds extract, Safflower flowers extract, Plantago Asiatica seeds and Japanese Honeysuckle flowers extract) that promote general well-being.).

Ia adalah IMMUNE BOOSTER. Sangat bagus diambil bagi mereka yang mempunyai antibody yang lemah, senang sakit atau sakit yang lambat untuk recover.

Shaklee dengan produk eksklusif, Nutriferon adalah campuran yg dipatenkan. Boleh diambil setiap hari. Nutriferon menguatkan tindakbalas imun dengan meninngkatkan interferon semulajadi badan.

Ianya dalam bentuk serbuk dan disimpan dalam bentuk sachet. Mudah dibawa kemana-mana.

Tak rugi untuk kita mencuba kerana ianya adalah telah terbukti berkesan demi kesihatan kita.

Jom cuba dulu, BARU TAU..



Boleh buat pesanan kepada saya untuk Trial Pack (5 peket = RM 35; 10 peket = RM70). Caj Penghantaran adalah FREE.


Anda juga boleh baca entry ini : Pengambilan panadol memudaratkan??

 

Salam Sayang,
Ummi OmarAmeer