Wednesday 30 November 2011

6 Prinsip Asas bagi Menjayakan Penyusuan


Bagi ibu-ibu yang baru memasang niat untuk menyusukan anak selama 2 tahun atau yang baru terdedah kepada dunia penyusuan, ada beberapa prinsip asas yang perlu ibu-ibu tahu dan kena amalkan sekiranya ingin berjaya dalam penyusuan.

 Prinsip Asas Bagi Menjayakan Penyusuan adalah :
 

1.   Kekerapan penyusuan.

Bagi ibu yang tidak bekerja mungkin tidak punya banyak masalah untuk memastikan kekerapan penyusuan namun bagi ibu yang bekerjaya serta ibu yang exclusively pumping memerlukan disiplin yang ketat dalam jadual pengepaman.

Perlu diingat: KEKERAPAN MENYUSU AKAN MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU.

Maka bagi ibu2 yang mengepam pastikan kalian punya jadual mengepam yang tetap dan disiplin. Makanlah dengan banyak hatta ditambah dengan supplement tetapi jika proses stimulasi (melalui hisapan ataupun mengepam) tidak berlaku maka ransangan untuk badan menghasilkan susu dengan banyak tidak akan berlaku. Mengepam susu DENGAN KONSISTEN, sangat membantu dalam pengeluaran susu yg stabil.


2.   Kesedaran dari dalam diri sendiri bukan ikut-ikutan.

Ibu-ibu yang memasang niat untuk memberikan penyusuan penuh kepada anak-anak mereka perlu ada ilmu tentang penyusuan. Ini adalah penting kerana sekiranya ibu-ibu hanya terikut-ikut dengan keadaan semasa atau pengaruh sekelilingnya sahaja dibimbangi akan menyebabkan perjalanan penyusuan terkandas ditengah jalan kerana tidak tahan cabaran.

Kesedaran tentang kepentingan penyusuan mesti datang dari dalam diri ibu-ibu sendiri barulah walau apa pun rintangan yang datang , insya Allah, si ibu akan kekal dan tetap beristiqamah.
 

3.   Fikiran yang Positif.

Pentingkah fikiran yang positif ? Ya , memang penting....dan sangat membantu seseorang untuk mencapai kejayaan dalam apa yang di usahakannya. Fikirkan boleh, pasti boleh. Ianya juga dikatakan satu doa dan apa yang kita fikirkan akan membuatkan satu aura baik yang pada persekitaran kita. Cuba jauhkan fikiran yang negatif.

Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang berfikiran positif ini ialah orang yang ceria, sentiasa yakin dengan diri sendiri dan tidak mudah mengalah. Sama keadaan dengan ibu yang menyusukan anak.... jika anda mempunyai sifat ini maka insyaAllah penyusuan selama 2 tahun akan dapat dicapai.


4.   Minum Air Dengan Banyak

Saya sudah berjumpa dengan ramai ibu-ibu yang mengeluh apabila penyusuan anak2 mereka hanya bertahan selama 3 atau 4 bulan sahaja. Saya tanya kenapa? Dan kebanyakkan jawapan yang saya dapat adalah kerana susu kering atau susu sedikit menyebabkan anak2 mereka menangis macam tak puas menyusu.

Memang kita selalu dimomokkan dengan bayi akan lapar kerana susu ibu sahaja tak cukup untuk keperluan bayi. Sebab tu kita mudah nak top up susuibu dengan susu formula. Tapi kalau kita tengok zaman tok nenek kita dulu, masa susu formula belum ada, apa yang tok nenek kita bagi pada anak-anak mereka? Susuibu juga, kan? Ada tak mereka cakap susu tak cukup kena top up dengan air lain…tak,kan? Susuibu jugalah yg diberi. Cukup atau tak cukup? … dan ianya memang cukup.

Kenapa bayi akan tidur lebih lama jika diberi susu formula? Ini adalah kerana tekstur susu formula itu sendiri yang tidak mudah dihadam oleh perut bayi yang masih baru. Ini bermakna enjin pencernaan bayi perlu berkerja dengan lebih kuat bagi mencernakan susu formula ini dan proses pencernaan ini mengambil masa yang lama. Oleh kerana itulah yang menyebabkan bayi tidur lebih lama dan kurang menyusu kerana kekenyangan. Padahal kita tahu dan nurse2 kat hospital pun selalu bagitau yang bayi kena kerap menyusu bagi memastikan tubuh badannya sihat dan cukup keperluan zat bukan tidur jer sepanjang masa.

Ok, berbalik kepada isu air tadi, susu anda kering atau sedikit kerana anda consume air dlm kuantiti yang sedikit. Maksudnya, keperluan air untuk menjanakan susuibu dengan banyak adalah tidak mencukupi.

Tahukah anda 90% kandungan badan kita terdiri dari air? Kalau kita tak minum air dengan banyak , darah tidak berjalan dengan lancar, bila darah tidak berjalan dengan lancar akan merencatkan sistem aliran darah ke otak, ke jantung dan ke mana-mana bahagian organ penting yang lain serta ianya juga akan merendahkan kadar metabolisme badan kita. Justeru itu, susuibu yang kandungan utamanya juga air tidak dapat dijanakan dan akhirnya menyebabkan susuibu menjadi sedikit.

Cuba check, masa kita menyusukan anak kita sekerat jalan hari tu..berapa banyak air kita minum? 3 gelas? 5 gelas? 8 gelas? Bukan ibu-ibu…

Ibu-ibu yang nak menyusukan anak perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

5. Menjaga pemakanan

Menjaga pemakanan termasuklah dengan pengambilan air yang selari dengan keperluan tubuh. Ibu yang menyusukan anaknya perlu memastikan pengambilan makanan hariannya mengandungi semua zat yang lengkap dan diperlukan oleh si anak yang menyusu tadi.

Seorang ibu itu dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh anak susuannya melalui susuibu walaupun si ibu itu hanya mengamalkan makanan harian utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Ini kerana semua makanan yang diambil oleh si ibu tadi akan dikhususkan untuk menghasilkan susuibu manakala nutrien akan diserap melalui badan si ibu itu sendiri dalam penghasilan susuibu.

Walau bagaimanapun si ibu tadi diwajibkan memastikan pengambilan makanan harian yang seimbang iaitu perlunya kehadiran zat2 penting seperti zat besi, protien, vitamin C, Vitamin B , kalsium serta banyak lagi dalam makanan yang diambil.


Pentingkah makanan yang seimbang?

Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik.

Jika si ibu tidak mengambil makanan yang seimbang, kebarangkalian bagi si ibu tadi mendapat kesan yang berikut:

·        Mudah keletihan.. awal tidur tetapi masih susah untuk bangkit dari tidur.

·        Mood yang tidak stabil (mood swing). Mudah marah dan sensitif.

·        Muka kelihatan pucat.

·        Mudah rasa nak pitam atau pening kepala.

·        Kulit wajah yang kusam.

·        Wajah nampak tua dari umur sebenar.

·        Sakit2 sendi, sakit pinggang, sakit belakang

·        Kaki mudah rasa bisa dan sesemut atau nama lainnya kebas2, tumit kaki yang keras.

·        Keguguran rambut yang teruk.

·        Keinginan seks yang menurun.

·        Sakit gigi.

Kita perlu tahu mengapakah simpton2 di atas boleh berlaku? Ini kerana zat yang diperolehi dari pengambilan makanan harian lebih tertumpu untuk penghasilan susuibu. Jika si ibu tidak mengambil makanan tenusu seperti susu dalam meal harian, maka kalsium dalam badan ibu itu sendiri akan diserap bagi disalurkan kepada si anak tadi untuk keperluan pembesaran tulang, gigi dan pembentukan darah. Begitu juga dengan pembesaran anak yang memerlukan zat besi, semua vitamin B dan vitamin2 lain. Jika si ibu tadi kurang mengambil makanan yang mengandungi zat ini maka ianya akan diserap melalui zat yang sedia ada dalam badan ibu.

Apabila si ibu tadi tidak dapat menggantikan semula zat yang diserap untuk penghasilan susu si kecil tadi maka ia akan mengganggu kesihatan itu dalam jangka panjang dan lahirlah simpton2 di atas seperti yang telah dinyatakan.

Apabila simpton2 di atas ini berlarutan , ia akan sedikit sebanyak akan mengganggu kesihatan optimum si ibu. Jika si ibu mengalami gangguan kesihatan maka penghasilan susu akan sedikit terjejas.

Ada sesetengah doc yang pro breastfeeding...akan menggalakkan si ibu mengambil supplement untuk mengatasi masalah di atas dari berlarutan.

Pengambilan supplement adalah sebagai satu alternatif yang boleh dilakukan oleh si ibu seandainya pengambilan makanan sehariannya tidak seimbang.

Contohnya, pengambilan Vitamin B. Penyusuan memerlukan vitamin B yang lengkap serta galian yang diperlukan demi memastikan badan si ibu tidak mudah letih dan sentiasa bertenaga. Kekurangan zat dalam pengambilan makanan seharian boleh menyebabkan si ibu mudah pengsan atau pitam. Jika anda seorang yang mudah penat, kuat cemburu, mudah marah, mudah merajuk, mudah naik angin maka ini menandakan badan anda memerlukan vitamin B yang lengkap melebihi dari orang normal. Ini disebabkan zat dalam badan yang diserap untuk menghasilkan susu tidak diganti dengan kadar yang betul.


6.   Doa, doa, doa

Doa adalah senjata bagi orang-orang Muslim. Apa kaitan doa dengan penyusuan?

Susuibu adalah satu rezeki. Rezeki yang Allah bagi melalui badan seorang ibu sebagai makanan kepada anak-anak mereka. Kadang-kadang kita percaya atas usaha kita tapi terlupa yang memberi rezeki susu itu adalah datangnya dari Allah Ta’ala. Susuibu yang menjadi makanan kepada perut anak kita adalah hanya dengan kurnianNya.

Oleh itu, sentiasalah berdoa kepada Allah semoga Allah mempermudahkan niat suci kita untuk menyusukan anak kita. Doa juga bukan sahaja ketika susu kita merudum tetapi dikala susu kita banyak pun kita mesti berdoa supaya ianya kekal begitu sentiasa dan sebagai tanda kita bersyukur atas kurniaan nikmatNya.


Sekian dulu buat waktu ini…


Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer

Tuesday 29 November 2011

Kenapa Saya Sangat Obses Kepada Penyusuan Penuh (Full Breastfeeding)?

Ada orang penah mengatakan “kenapa perlu susah-susah buat full breastfeeding… nanti dia besar, dia akan makan junk food jugak..”

Saya hanya tersenyum bila mendengar kata-kata mereka. Tidak sedikit pun saya berkecil hati kerana pilihan penyusuan anak-anak adalah ditangan ibu2 sendiri, bukan suatu hukum wajib  di dalam Islam. Namun suka untuk saya kongsikan di sini satu potong ayat Al-Quran dari surah Al-Baqarah yang berbunyi seperti berikut:



“ وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ”



“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”(Surah Al-Baqarah ayat 233)



Ini adalah perintah Allah Ta’ala kpd para ibu yang hendak menyusukan anak sehingga sempurna tempoh itu yakni 2 tahun. Ianya bukan satu suruhan wajib tapi digalakkan kepada ibu2 yg mahu menyusukan bayi mereka.


Soalnya kenapa Allah mengajar kita supaya menyusu selama 24 bulan atau 2 tahun? Bukan 2 bulan , 6 bulan, 12 bulan atau sepanjang berpantang sahaja. Tentu ada sebabnya, kan ? Saya yakin setiap saranan Allah di dalam Al-Quran sudah tentu mempunyai kebaikan tersendiri sehingga kadang-kadang tidak sampai akal manusia untuk memikirkannya.


Contoh paling mudah, dalam Al-Quran Allah suruh kita solat dengan sempurna, kan? Apa maksud sempurna? Sempurna dari sudut cara rukuk, cara sujud, cara iktidal dan sebagainya. Ada tak di dalam Al-Quran disebut dengan terperinci fadilat solat kepada anggota kita, kepada otak kita dan sebagainya? Tak ada,kan?


Suruhan solat adalah pada zaman Nabi Muhammad lagi tapi baru sekarang barulah  para ilmuan kita menemukan hasil dari kajian mereka yang menunjukkan solat itu sebenarnya adalah salah satu bentuk senaman kesihatan dan satu proses pemulihan kepada badan kita. Kajian juga menunjukkan bahawa terdapat sejenis darah yang amat penting untuk kesihatan otak kita hanya akan sampai dikala mana kita bersujud sahaja dan dalam tempoh jangka masa tertentu sahaja. Cuba kita renungkan sekiranya orang2 dahulu tidak beriman pada ayat2 Al-Quran dan perintah Allah tentunya mereka merasakan solat itu sesuatu yang susah dan hanya membuang masa tanpa mereka mengetahui falsafah sebenar tentang solat.


Begitu juga tentang penyusuan. Sepertimana solat, saya yakin tentu ada kelebihan dan hikmah yang besar apabila ianya disebut di dalam Al-Quran, malah diajar lagi kepada kita tempoh masa yg sesuai yang diperlukan untuk penyusuan yg sempurna.
 

Tambahan pula sekarang ini sudah terdapat kajian juga telah menunjukkan kelebihan anak-anak yang diberi minum susuibu dengan sempurna baik dari sudut jasmani mahupun spiritual. Tahukah anda bahawa anak-anak yg menerima susuibu dengan sempurna , tumbesarannya lebih baik dan antibodinya lebih kuat berbanding anak2 yg tidak diberikan susuibu secara sempurna? Tahukah anda anak-anak yg dibesarkan dengan susuibu dari segi spiritualnya, mereka mudah dibentuk, mudah dengar cakap, lebih penyabar, lebih penyayang dan sangat rapat dengan ibu berbanding yang tidak?


Dan saya telah mengalaminya sendiri atas pengalaman saya membesarkan anak-anak saya, di mana, anak sulung saya, saya hanya susukan sehingga umur dia 3 bulan sahaja berbanding adiknya yg kini telah menjalani penyusuan penuh hampir 2 tahun. Dari segi sikap , tingkah laku jauh berbeza…si abang lebih agressif, mudah melenting, mudah merajuk, cepat mengamuk , kurang daya tahan penyakit dan kurang rapat dengan saya walaupun dia telah diberi sepenuh kasih sayang kerana jarak dia dan adiknya 4 tahun. Si adik lebih penyabar, kurang meragam, tahan lasak, tidak mudah sakit atau demam dan sangat rapat dengan saya berbanding abangnya dahulu. ( serta motor skill develop pun cepat, si adik boleh memegang pensil dengan betul seawal 13 bulan berbanding abangnya umur 2 tahun tak boleh lagi pegang pensil dengan betul).


Dari situ saya mula sedar bahawa ketika kita menyusukan anak kita, anak-anak akan berada dekat dengan jantung kita , dari situ kasih sayang seorang ibu akan tumpah kepada anak kerana dekatnya dia dengan kita setiap kali kita menyusukan. Susu hasil dari badan kita adalah susu yang diciptakan Allah untuk manusia sesuai dengan keperluan dan fitrah tubuh manusia itu sendiri bukan sepertimana susu buatan manusia atau susu lembu yg tidak akan sama nilai kejadiannya dengan susu sebenar. Dan tentunya setiap titis susu yang diteguk ada nilai kasih sayang ibu yang tidak mampu dikaji oleh akal fikiran manusia. Hanya ibu-ibu yang mengalaminya sahaja yang akan merasai perasaan ini..


Berbalik kepada soalan diatas tadi saya kira orang yg mengatakan bahawa penyusuan akan menyusahkan kita dan tidak menjamin kesihatan anak-anak bila mereka sudah pandai mengambil junk food , jawapan saya mudah..kalau macam tu mak ayah kita tak perlulah mengasuh kita supaya jadi orang baik sebab nanti besar kita akan berkawan dan bergaul dengan macam-macam orang termasuk orang-orang yang tidak baik akhlak, maka tidakkah nanti anak kita akan akhirnya terpengaruh dan jadi tidak baik juga??


Oleh itu, buat apa suruh anak kita kawan dengan budak tidak berakhlak, ajarlah anak kita supaya memilih kawan yg baik. Macam juga junk food tadi, kenapa nak beri anak kita makan junk food, ajarlah anak kita supaya kenal makanan apa yg baik dan makanan apa yg tidak baik. Anak-anak jika kita sudah asuh dari kecil , Insya Allah mereka akan ikut apa yg telah kita tanamkan dalam diri mereka. Mereka akan kenal dan ingat apa yang boleh apa yang tidak. Soalnya , kita ni ajar ke tak anak kita?


“saya ajar anak saya!” Soal saya berapa kali?


Nak mengajar anak bukan sekadar cakap sekali dua pastu dia tak ikut, kita pun give up…pengajaran dan pembelajaran mesti berterusan dan menuntut penat lelah kita. Sebab itulah, membesarkan anak besar pahalanya kerana ianya menuntut pengorbanan kita.


Kesimpulannya, saya tak memaksa ibu-ibu untuk membuat penyusuan kepada anak mereka, ianya terpulang kepada pilihan hati masing-masing. Sapa cakap menyusu anak senang dan jimat duit? Ianya susah kalau kita tidak ada kesabaran dan kadang2 ianya menuntut kita keluarkan belanja lebih daripada yg kita peruntukkan untuk beli susu tin.


Tetapi kenapa saya lakukan juga? Sebab saya menyusukan anak atas kesedaran saya, atas minat saya, atas rasa inilah salah satu tanggungjawab seorang ibu, saya tak kisah sekiranya ianya menuntut pengorbanan yang tinggi, belanja lebih. Saya rasa puas hati bila saya tahu saya sudah menyempurnakan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu kepada anak2 saya. Saya yakin pembentukkan anak-anak bermula dari apa yang mereka makan dan minum dan ianya kekal menjadi darah daging mereka. Saya tidak pasti apakah dan macamanakah nanti sahsiah dan akhlak anak2 saya apabila mereka sudah besar. Yang saya pasti saya sudah berusaha menyediakan yang terbaik untuk anak-anak saya , selebihnya saya serahkan kepada Allah S.W.T.


Omar Ramadhan 5 tahun

Ameer Rayyan 1 tahun setengah

Sekian.
 

Salam sayang,
Ummi OmarAmeer

Monday 28 November 2011

Rawatan Rambut Gugur Secara Luaran

Rambut adalah mahkota wanita. Siapa yang tak nak memiiliki rambut yang lebat, hitam, dan bersinar walaupun anda bertudung.

Rambut perlulah dijaga dan dirawat supaya ianya tetap sihat dan kuat. Suami pun akan tengok kita 2 kali kalau kita mempunyai rambut yg menawan...

Untuk merawat rambut secara luaran, anda boleh gunakan set rawatan shampoo Prosante. Ianya merupakan produk rawatan rambut yg lembut, semuajadi dan bersih.

Set rawatan rambut Prosante terdiri drp;


1.Revitalizing Syampoo
  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.

2. Lightweight Conditioner

  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus
3. Nourishing Scalp Treatment
Produk yang paling penting dalam Sistem Penjagaan Rambut ProSante ialah Nourishing Scalp Treatment yang mengandungi tahap Scalp Health Complex eksklusif kami yang paling tinggi.

Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  • Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
Perbezaan Shaklee



ProSante Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSante

Mengikut kajian selepas 3 bulan menggunakannya secara konsisten, hasil didapati:
  • 65% pengurangan rambut gugur semasa menyikat
  • 73% pengurangan jumlah rambut bercabang (broken hairs)
  • 61% peningkatan ketebalan rambut (thickness of hair)

Apa Kata Pengguna?

Jom kita baca pengalaman pengguna yg menggunakan set rawatan rambut Prosante ni...rujuk entry  disini...

"....Saja nak kongsi pasal Shaklee.Aritu ada belikan untuk adik set perawatan rambut PROSANTE. Shukur sgt bila baru dapat tgk hasilnya...rambut adik zura mula nampak lebat dan hitam....yg terperasan tu bila nampak byk anak rambut yg baru dan kulit kepalanya dah tak nampak sgt. itu pun tak tahu nak suggest apa kat dia cuma belikan dia B-comp, zinc & set Prosante..SHUKUR sgt .thanks ye kak.." ~ Azura Lah

Rawatan rambut gugur tidak akan sempurna sekiranya anda hanya merawat secara luaran sahaja. Bagi mendapatkan hasil yang optimum, anda bolehlah mengambil Set A (Multivitamin, B Compleks, Vita C) + Zinc untuk merawat masalah keguguran rambut dari dalam. Ini adalah kerana ianya berpunca dari masalah kekurangan galian dan mineral untuk menguatkan akar rambut. Sekiranya anda mampu, bolehlah mengambil ESP sebagai sumber protein yg amat penting untuk kesihatan rambut.




Belum cuba belum tau! Bukan untuk wanita sahaja, lelaki pun sesuai untuk menggunakannya...


Boleh rujuk entry ini untuk keterangan lanjut di sini...

         Rawatan rambut gugur dan tips untuk mengatasinya

Berminat? Bila sms saya bagi mendapatkan harga istimewa. Setiap pembelian dari hanyasusuibu , anda layak untuk mendapatkan FREE gift, jadual makan dan KONSULTANSI secara PERCUMA!


Salam Sayang,


Ummi OmarAmeer

Wednesday 23 November 2011

Macamana Nak Ajar Anak Kita Bersolat...


Tanggungjawab ibu bapa bukan sahaja , bagi makan , pakai, sekolah kan anak bila dah masuk 7 tahun tapi mesti merangkumi tanggungjawab mendidik anak-anak dari sudut pembinaan sahsiah, akhlak  dan akidah juga..

Mungkin bagi sesetengah ibu bapa merasa agak sukar untuk mendidik anak solat. Tapi sebenarnya mendidik anak mesti dengan ilmu, tanpa ilmu kita akan mendidik anak dengan cara yg tidak betul. Saya kongsikan pengalaman wardinna safiyya dlm mendidik anak beliau bersolat..

Semoga ianya bermanfaat untuk ibubapa yg belum lagi mengajar anak2 bersolat...tidak perlu tunggu sehingga anak besar..masa kecik2 nilah yg sesuai sebab anak2 mudah menerima apa yg ibubapa ajarkan..

BERBALOI PENAT LELAH KU...

by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm.


Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1)   kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat


2) Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat.

(hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....

ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATAMT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....


4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)


5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what???? She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.


Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!


And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....


But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

** i took that picture of Amna praying from my table, dia sendiri bangun solat Isyak...without even bothering me..berbunga hati seorang ibu....


p:s: Indeed,kalau tengok anak dah boleh bersolat sendiri, rasa macam nak menitis air matakan? Saya selalu bagi tau anak saya Cik Bab,"adik kena rajin bersolat, baca quran dan sentiasa berdoa...sebab nanti, kalau ibu mati..hanya doa adik antara tiga perkara yang akan temankan ibu di alam barzah"....

Lepas tu boleh tengok airmata dia bergenang...

Semoga ianya bermanfaat…

Salam Sayang,
Ummi OmarAmeer














Tuesday 22 November 2011

Masalah Rambut Gugur dan Tips Cara Untuk Mengatasinya

Pernah tak bila suatu pagi anda menyikat rambut anda dan anda dapati segumpal rambut anda melekat di sikat rambut anda?

Kalau ya, ANDA SEDANG MENGHADAPI MASALAH RAMBUT GUGUR!

Rambut adalah mahkota wanita. Bila rambut anda banyak yang gugur setiap kali anda menyikat rambut tentu sesuatu YANG MENCEMASKAN, kan?

Apakah Punca Rambut Gugur?

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.
Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:
1) Melahirkan anak
 Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.

2) Penyakit tiroid
 Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

3) Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.

4) Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

5) Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
6) Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.



Supplement apakah yang membantu mengatasi masalah ini?

Vitamin yg diperlukan untuk mengatasi masalah ini adalah:

ESP

97% daripada rambut adalah protein. Protein mengandungi 9 drp 22 asid amino yg diperlukan oleh badan terutamanya rambut. Pertumbuhan , kekuatan serta kecantikan rambut bergantung kepada jumlah protein yg diambil. Kurangnya protein menyebabkan rambut mudah pecah (terbelah), kering , rapuh serta kusut dan kesat.


Zinc
Kekurangan galian zinc dalam badan juga membantu kepada faktor rambut yang tidak sihat kerana Zinc menggalakkan pertumbuhan rambut.

Kekurangan zinc menyebabkan protein rambut mengalami kecacatan/perubahan. Ia juga mengakibatkan masalah kulit kepala yang tidak sihat sehingga membawa ke keadaan yang menyebabkan botak. Zinc juga mengelakkan rambut bertukar ke warna putih (uban).


Vitalea
Multivitamin juga diperlukan untuk mendapatkan rambut sihat kerana ianya lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Zat besi membantu pengaliran darah yang lebih baik bagi menjamin penghantaran optimum nutrisi kepada folikel rambut. Tanpa tahap yang mencukupi rambut boleh menjadi rapuh, kering, dan kekurangan gizi. serta meningkatkan lagi tahap keguguran rambut.



B Complex

Antara kebaikkan pengambilan B complex adalah:


1. Vitamin B3 atau Niasin meningkatkan peredaran darah sihat ke akar rambut.

2. Vitamin B5 atau asid Pantothenic untuk mencegah rambut yang mulai memutih dan rambut gugur dengan penghasilan rambut baru untuk menggantikan yang lama.

Sebahagian besar diet khas yang terdiri daripada telur, biji-bijian dan daging sudah kaya B5.

3. Vitamin B6 atau Pyridoxine apabila digunakan bersama-sama dengan zinc telah ditunjukkan untuk mengawal pembentukan androgen DHT yang bertanggung jawab dalam melemahkan akar rambut.

4. Vitamin B7 atau biotin yang diperlukan untuk kesihatan kulit dan kulit kepala. Anda sering melihat ini di shampo dan produk penjagaan rambut lain yang mendakwa biotin sebagai bahan aktif.

5. Vitamin B12 mempromosi dan mengekalkan tahap metabolisme pada peringkat sel untuk mengaktifkan folikel rambut untuk lebih menyerap nutrisi dari peredaran darah.

vitamin B3 dan B12 menggalakkan pertumbuhan folikel. vitamin B yang diambil secara gabungan ini dapat mengelakkan rambut gugur. Ia penting untuk memelihara ketahanan




Vita -C

Kekurangan elemen penting ini akan membuat rambut anda lebih terdedah kepada kerosakan, putus dan gugur. Hal ini kerana vitamin C bertanggung jawab untuk menjaga kekuatan dan ketahanan rambut anda terhadap persekitaran yang tidak sihat. Kapilari darah yang sihat akan memudahkan darah disalurkan ke folikel rambut. Stress juga akan mengakibatkan keguguran rambut




Apa kata pengguna ?

Jom kita baca apa kata pengguna yang menghadapi masalah ini...dari blog beliau disini;

"...for a very long time.. I keep changing the shampoo brand just to fit with my hair problem..
macam2 jenis shampoo dah try..
ade yang mula2 pakai tu ok..at last kepala jadi gatal la plak pastu..
pastu beli shampoo lain plak..first time pakai dah jadi gatal dah kulit kepala
pastu rambut pulak jadi gugur banyak sangat..
the worst time was during my Umrah..
coz I spend more time outside of hotel room and of course have to cover my head all the time..rambut pun belum sempat kering dah kena sarung tudung kan..
so bila sikat rambut tu sangatla banyak rambut gugur..
sangat2 buat I tension
tapi saya sabar jelah..itu sumer dugaan..
then..I told my friend about this problem
and dia suggest to me to take Zinc tablet from SHAKLEE


dia cakap makan aje dia punyer sebab dia ada banyak stok kat rumah..

so I got it free..dia cakap makan sebiji sehari..within 2 weeks dah boleh tgk result..

and bila rasa rambut dah tak gugur lagi or dah kurang gugur dia cakap boleh la stop taking that pills ..

so skang dah tak perlu pening2 pikir nak pakai shampoo ape..

rambut pun dah tak gugur..

and rambut baru tumbuh dengan cepat dari biasa.." ~ Nani


  

Bagi anda yang kekangan budget, bolehlah mengambil vitamin basic iaitu, Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Zinc. Bagi yang mampu dan ingin mendapatkan mahkota yg cantik berseri...bolehlah mengambil pakej seperti di atas bagi mendapatkan kesan yg optimum.

Belum cuba belum tahu!

Salam sayang,
Ummi OmarAmeer





















Sunday 20 November 2011

Kenapa Pengambilan Serat Penting Kepada Anda?



veggies2
Fiber membantu meransang sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit


Apakah yang dimaksudkan dengan serat?

Serat adalah bahagian daripada tanaman yang tidak boleh dicerna oleh manusia. Tanaman memberikan kekuatan dan struktur mereka. Serat yang ditemui dalam biji-bijian, bijirin, gandum, buah-buahan, sayuran, Psyllium sekam, kacang-kacangan, biji-bijian dan polong-polongan (kacang kering, kacang polong, dan lentil). Namun, serat hanya ditemui di kerajaan tanaman, sementara haiwan seperti daging, ikan dan produk susu tidak mengandungi serat.


Mengapa serat penting?

Ahli kesihatan percaya bahawa bermula di usus besar, dan membekalkan tubuh anda dengan serat yang cukup setiap hari adalah penting untuk fungsi usus dan usus besar. Diet tinggi serat juga membantu mengawal berat badan dengan membuat anda merasa kenyang lebih lama selepas makan dan kecil kemungkinannya untuk makanan ringan.


Siapa yang memerlukan serat?

Setiap orang harus memerlukan serat setiap hari terutama bagi mereka pesakit diabetes dan kegemukan.


Berapa banyak serat yang harus saya perlukan?
Nutrisi cadangan adalah untuk 20-35 gram jumlah semua jenis serat per hari. Secara berperingkat menambah serat ke dalam makanan anda, anda juga didorong untuk minum lebih banyak cecair saat anda meningkatkan jumlah serat yang anda makan. Bilangan yang disarankan adalah lapan gelas air sehari.


fruits_and_vegetables2 high_fiber2
Fiber banyak terkandung dalam semua bijirin seperti beras, gandum, oat, psyllium husk , buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang seperti soya, kacang tanah, dhal, pea, guava dan sebagainya.


Bagaimana Fiber Mempengaruhi saluran usus?
Fiber akan meningkatkan gerakan saluran najis di dalam usus. Bahan bergetah yang boleh menghancurkan usus untuk membantu membuang sisa toksik di dalam usus.


Serat boleh benar-benar membantu untuk mengendalikan berat badan?
Serat akan memanjangkan tempoh makanan dalam perut dan memberikan rasa sepenuhnya. Tindakan ini dapat membantu anda mengehadkan kalori. Selain itu, pola pemakanan yang sihat dan bersukan secara teratur juga sangat penting untuk membantu seseorang untuk mengendalikan berat badan.


Bolehkah diet serat tinggi menghasilkan kekurangan mineral atau menghapuskan "baik" bakteria?
Kajian menunjukkan bahawa serat tidak melakukan hal ini. Bahkan, bakteria yang bertindak balas terhadap makan serat & berkembang dalam diet serat tinggi.


Adakah akan ada kesan samping jika kita mengambil makanan tambahan berserat tinggi dalam jangka panjang?
Serat akan meningkatkan pergerakan usus dan fungsinya. Sehingga anda boleh bertindak balas secara bebas jika produk yang dibeli daripada syarikat terkemuka.

Syarikat Shaklee adalah antara SYARIKAT TERTUA dalam mempelopori produk kesihatan VITAMIN. Sudah melebihi 50 tahun di pasaran seluruh dunia! Antara produk yg famous dikalangan pengamal2 serat adalah FIBER UNFLAVOURED SHAKLEE.

FIBER UNFLAVOURED SHAKLEE

Fiber Unflavoured Shaklee sangat digalakkan diambil oleh mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Ianya baik untuk memastikan tubuh kita tidak mengandungi lebihan gula atau kolestrol yang boleh memudaratkan tubuh. Ianya berfungsi untuk menyerap dan membuang segala lebihan gula dan kolestrol dalam darah.

Pengidap kencing manis amat perlu untuk mengetahui bahawa mereka perlu mengurangkan pengambilan protein dalam diet harian mereka. Protein yang tinggi akan membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memcuci darah serta membuang segala bahan perkumuhan dari tubuh. Lama-kelamaan boleh mengakibatkan buah pinggang rosak dan gagal berfungsi.

Pesakit diggalakkan mengambil supplement yang boleh membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah contohnya FIBER UNFLAVOURED ini. B Complex juga penting untuk pembakaran tenaga agar gula tadi dapat ditukarkan kepada tenaga selain Vitamin C untuk memelihara saluran darah serta mencegah dari luka yang lambat sembuh.


Ingin amalkan FIBER UNFLAVOURED SHAKLEE dalam diet pemakanan harian anda? Boleh hubungi saya bagi mendapatkan pada HARGA DISKAUN + FREE gift + Konsultansi secara PERCUMA!


Salam Sayang ,


Ummi OmarAmeer