Showing posts with label ostematrix. Show all posts
Showing posts with label ostematrix. Show all posts

Sunday, 12 February 2012

Kekurangan Kalsium : Bagaimana Ianya Akan Menjejaskan Kesihatan

Pernah tak anda mengalami rasa sakit-sakit pinggang, sakit-sakit belakang, sakit-sakit sendi dan sebagainya, yang ianya berlaku setelah anda mempunyai anak?

Sesetangah ibu, terutamanya yang baru mendapat anak pertama, gejala ini kurang terasa atau mungkin tidak terasa langsung, namun bagi ibu-ibu yang sudah bersalin 2 kali atau 3 kali, anda akan dapati simptom ini akan berlaku dan semakin kuat apabila ada pertambahan cahaya mata.

Apa yang sebenarnya berlaku?

Sebenarnya anda telah kekurangan kalsium. Ini kerana zat kalsium telah banyak dipindahkan untuk perkembangan bayi semasa mengandung. Sekiranya si ibu tidak mengambil kalsium yang mencukupi semasa mengandung dan selepas bersalin, maka gejala-gejala seperti sakit belakang, sakit-sakit sendi, sakit pinggang akan berlaku. Ianya akan menjadi lebih teruk selepas si ibu mendapat anak ke 2, ke 3 dan seterusnya.

Ada seorang ibu yang saya pernah saya jumpa akan kehilangan sebatang gigi setiap kali dia mendapat anak. Kalau 3 orang anak , maka 3 batang gigi lah yang hilang! Menakutkan, kan? Usia belum warga emas lagi dah kena pakai gigi palsu.

Jadi, jangan pandang remeh ibu-ibu tentang pengambilan kalsium. Kalsium harus di ambil secara berterusan walaupun setelah si ibu melahirkan anak.

Jom kita ikuti perkongsian pengalaman ibu-ibu yang telah mengamalkan pengambilan kalsium dari Shaklee..

Pn Atira Mohd Salim ;




Pn Hafsah Mardhiah ;




Pn Era Bustaman ;




Ibu-ibu ini telah mengalami dan sudi berkongsi pengalaman mereka, ANDA BAGAIMANA?




Salam sayang,

Ummi OmarAmeer



Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui ;

Email : hanyasusuibu @ gmail.com
Call : 0199273454



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, 14 January 2012

Susu Penuh Nutrisi Dengan Pengambilan Vitamin




Pengambilan vitamin adalah penting sekiranya anda ingin memberikan penyusuan pada anak anda. Namun begitu, penting untuk anda memahami bahawa pengambilan vitamin bukan faktor utama yang menyebabkan susu ibu menjadi banyak. Falsafah utama pengambilan vitamin adalah untuk membantu meningkatkan kesihatan para ibu demi memberikan penyusuan pada anak2 mereka. Selain itu, pengambilan vitamin juga penting untuk mengisi lohong-lohong kekurangna zat dan nutrisi di dalam pemakanan harian ibu. Ini adalah kerana zat dan nutrisi itu akan disalurkan kepada anak-anak melalui susu badan ibu tersebut.

Jadi, seperti yang dialami oleh Pn Siti, pengambilan vitamin Shaklee banyak membantu beliau dalam memberikan zat dan nutrisi yang secukupnya kepada anaknya. Beliau telah mengambil Set B + Kalsium + ESP dan sangat berpuas hati dengan hasil yang didapatinya. Tentunya, yang paling utama doa yang berterusan , kerana semua yang berlaku tidak akan berlaku tanpa ke izinan dari Nya..



Salam sayang,

Ummi OmarAmeer


Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.


Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, 13 January 2012

1316 0z Dalam Masa 55 Hari!

Wah! Teruja tak?

Bagi ibu-ibu yang belum pernah memberikan penyusuan penuh susu ibu kepada anak-anaknya, ingin saya kongsikan di sini bahawa memberikan penyusuan  penuh susuibu kepada anak-anak kita bukanlah suatu yang amat rumit dan bukan juga suatu pekerjaan yang sangat menyusahkan. Sekiranya niat kita telah bulat, kita hanya perlu tahu beberapa teknik dan kaedah penyusuan. Sekiranya kita ada 2 elemen besar ini saya rasa ibu-ibu akan berjaya dalam penyusuan.

Kenapa niat yang bulat itu penting?

Ini adalah kerana sekiranya si ibu sudah bertekad yang dia akan memberikan penyusuan kpd anaknya, apa sahaja cabaran yang mendatang , si ibu tidak akan mudah berputus asa, kecewa atau pun mudah mengalah. Apabila minda kita sentiasa positif, perjalanan penyusuan akan lebih mudah. 

Oleh itu persediaan awal itu penting. Sekiranya si ibu telah membuat persediaan awal, si ibu tidak akan stress sekiranya ada hari2 susu ibu merudum. Akan ada masa-masa sukar dalam penyusuan, namun semuanya akan dapat dihadapi sekiranya kita sudah terbiasa.

Bak kata pepatah la, alah bisa tegal biasa!

Jom baca , apa kata Shima Samat tentang ini...





Salam sayang,

Ummi OmarAmeer

Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.
 
Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual pam dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.

Sunday, 25 December 2011

Kenapa Set Penyusuan Shaklee Disukai Ramai?

Semakin ramai ibu2 mengamalkan Set Penyusuan Shaklee dalam menjayakan penyusuan untuk anak2 mereka..

Soalnya, kenapa Set Penyusuan Shaklee begitu istimewa dan disukai ramai ibu-ibu?

Sebenarnya, vitamin dari Shaklee bukannya faktor utama yang menyebabkan pengeluaran susu meningkat. Ibu2 perlulah memahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada anak2.

Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSUIBU DIHASILKAN.

Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dlm dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan dibawah dgn penuh DISIPLIN dan KONSISTEN.

1.    Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU bagi ibu yg bekerjaya membuat sesi perahan yg konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar2 kosong.

2.    Si ibu memasttikan pengambilan air yg seimbang dan secukupya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3 liter sehari dan memastikan tidak berdiet dlm menjayakan penyusuan lengkap buat si kecil.

3.    Si ibu juga digalakkan mendekatkkan diri dgn Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sgt digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dgn lancar.

Di Euphoria Group, kami menawarkan beberapa pilihan set penyusuan iaitu:

Set B Breastfeeding
Vitalea, B Complex, Vita C dan Alfafa
Set E (Set B + Ostematrix)
Vitalea, B Complex, Vita C, Alfafa, dan Ostematrix
Set Tripple M
(Set B + Ostematrix + ESP)
Vitalea, B Complex, Vita C, Alfafa, Ostematrix dan ESP
Set EU Four Pack
Vitalea, B Complex, Vita C, Ostematrix



Untuk mengetahui set mana yang sesuai dgn anda, anda bolehlah merujuk ke entry berikut;


Jom kita baca pengakuan para ibu2 yang menggunakan SET SHAKLEE dlm menjayakan penyusuan mereka.

Testimoni dari Pn Aminah Aziz




Testimoni dari Pn Aze Ima


Testimoni dari Pn Nurul Alwani


Testimoni dari Pn Beby




Testimoni dari Pn Shazemma



Saya yakin ramai lagi ibu2 yang diluar sana yang masih tidak terdedah kepada dunia penyusuan. kalau pun ada masih ramai yang tidak tahu cara yang terbaik bagi menjayakan penyusuan. Semoga titipan saya pada kali ini dapat membantu sedikit sebanyak dlm memberi info kepada ibu2 yang dihormati semua.

Sesungguhnya ibu2 yang menyusukan anak mereka merupakan satu tugas yang dimuliakan..insya Allah..

Salam sayang,
Ummi OmarAmeer

Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.
Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.

Thursday, 8 December 2011

Osteoporosis : Reput Seawal Usia 30 an!


Apakah Osteoporosis?

Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.


Bagaimana Ia Boleh Berlaku?

Ia berlaku apabila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.

Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik.  

Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.


Tanda dan Gejala

Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul. Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan.

Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.

Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan; bagi setengah warga usia emas mereka tidak boleh hidup berikut kecederaan. Sesetengah warga emas tidak boleh hidup berdikari jika mengalami kecederaan.

Bongkok yang biasa berlaku di kalangan warga usia emas adalah satu gejala osteoporosis. Ia berlaku apabila tulang vertebra patah ( atau pecah ) membuatkan susah untuk menyokong berat badan.

Tulang tebal dan kuat semasa remaja. Pada sekitar umur 35 tahun, lebih banyak tisu tulang yang hilang daripada yang diganti. Ini menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah. Orang yang kerap melakukan senaman semasa muda, dan masih aktif semasa berumur, kurang risiko mendapat osteoporosis, kerana tulang masih kuat.

Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki. Ini disebabkan penurunan hormon oestrogen selepas menopos.



Komplikasi

Osteoporosis menyebabkan kurang ketinggian badan, akibat kepatahan tulang belakang (spinal ). Ini bermakna tulang belakang tidak lagi mampu untuk menyokong berat badan, dan menyebabkan bentuk badan yang sedikit membongkok . Kebiasaannya kemalangan kecil boleh menyebabkan patah atau rentak di pergelangan tangan , lengan, leher atau tulang pinggul.

Sesetengah orang menjadi tidak berupaya kesan daripada tulang yang lemah. Penggantian semula tulang pinggul selalunya diperlukan sekiranya ia patah, dan ini akan menyebabkan pesakit tidak mampu berjalan sendiri.


Sunday, 4 December 2011

Asid Folik : Apakah Kesannya Kepada Ibu Hamil

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.



Kenapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.


Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

•bayam, 1 cawan
•11 kubis brussels
•kacang bendi, setengah cawan
•kacang black-eyed beans,
4 sudu makan
•asparagus, setengah cawan
•emping bran, 7 sudu makan
•lentil, setengah cawan
•germa gandum, 25g / 1 aun
•hati, 1 keping
•betik sederhana besar



Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan

•brokoli kukus, 2 pucuk
•kacang merah, setengah cawan
•buah oren saiz besar
•jagung saiz besar, 1
•nasi putih, setengah cawan
•biji bunga matahari, 1 aun
•oat, setengah cawan



Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.



TIPS

Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.



Bagaimana vitamin Shaklee dapat membantu saya?

Di Euphoria Trial Pack, kami menawarkan set kehamilan yang merangkumi zat vitamin yang diperlukan oleh anda sepanjang kehamilan.



Set Ibu Hamil I(a) – 1st trimester

30’s Multivitamin@vitales (lengkap dengan iron)
30’s B Complex (lengkap dengan asid folik)
30’s Vitamin C 500mg sustain release
120’s Ostematrix@Calsium




Set Ibu Hamil I(b) – 2nd & 3rd trimester

30’s Multivitamin@vitales (lengkap dengan iron)
30’s B Complex (lengkap dengan asid folik)
30’s Vitamin C 500mg sustain release
30’s OmegaGuard (kaya dengan DHA)
120’s Ostematrix@Calsium




Apakah kelebihan Jika Saya Mengambil Set Ini?

Kandungan folate (dlm bentuk asid folik) didalam vitalea adalah 200mcg dan di dalam B complex adalah 200mcg. Jadi ianya mencukupi keperluan asid folik untuk kehamilan anda.

Anda juga mendapat vitamin C yang penting dalam membantu penyerapan iron ( dalam vitalea), di mana kepentingan iron adalah ia membantu untuk menyeimbangkan HB anda.

Selain itu, kehadiran kalsium penting untuk pembentukan tulang dan DHA pula penting untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan.



Kenapa Kami Menyarankan Pengambilan ESP ketika hamil?



ESP sgt penting untuk :

ü Membina dan memperbaharui sel2 tisu, hormone dan enzim di dalam tubuh.


ü Sangat diperlukan oleh wanita mengandung dan menyusukan anak.

ü Penting untuk pembentukan rambut, kuku dan kulit.

ü Protien yg brkualiti sgt membantu pertumbuhan yg baik. Ianya juga merupakan kunci bagi melawan penyakit.

ü ESP juga memberi ibu tenaga khususnya kepada ibu-ibu yang mengalami ‘morning sickness’ yang teruk.


ü Ia juga menjaga dan mengelakkan janin menjadi cacat.

ü Protein juga membantu membkalkan asid amino yang bertindak membentuk organ dan otot bayi.

ü Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.

ü Keperluan protein ini semakin penting apabila memasuki trimester ke 3.


Fikirkanlah yang terbaik demi kesihatan anda dan demi kesihatan kandungan anda…
 
Salam Sayang,
Ummi OmarAmeer

* sila rujuk borang pesanan untuk harga

Thursday, 1 December 2011

Budayakan Penyusuan Bayi Dengan Susu Badan

Saya baru sahaja menerbitkan posting saya beberapa hari lepas berkenaan dengan isu kenapa saya sangat obses dalam penyusuan dan bagaimana Al-Quran telah mengajar dan menyarankan kita supaya menyusukan bayi selama 2 tahun..tup..tup paper hari ini telah menerbitkan tentang pembudayaan penyusuan susu badan kepada bayi oleh Persatuan Pemakanan Malaysia yang di pengerusikan oleh Dr Tee E Siong, seorang non muslim berbangsa cina.

Akhbar Berita Harian  1 Dis 2011



Jadi , apa ceritanya? Jom kita baca…



Pakar pemakanan menyifatkan usia 2 tahun pertama bayi adalah tempoh kritikal kerana kualiti nutrien yg diberikan bakal menentukan pertumbuhan dan pembesaran berkekalan sepanjang hayatnya. Dlm tempoh itu, bayi harus diberikan susu ibu secara eksklusif untuk 6 bulan pertama sebaik sahaja dilahirkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengesahkan kolostrum, iaitu susu ibu berwarna kuning dan lekit yg dihasilkan pd fasa akhir kehamilan adalah bekalan makanan terbaik untuk bayi yg baru dilahirkan.

Justeru, susu hendaklah dimulakan pd jam pertama selepas bayi dilahirkan. Bagaimanapun, selepas 6 bulan, penyusuan badan harus diteruskan bersama makanan pelengkapnya yg sesuai sehingga anak berusia 2 tahun.

Susuibu mengandungi semua nutrien yg diperlukan dan ia mempunyai bahan yg tidak ada dlm susu formula bagi membantu mencerna nutrient dengan lebih baik. Nutrien diperlukan dlm pemakanan lengkap untuk bayi ialah protein yg mudah hadam dan tidak menyebabkan alahan.

Susu yg mengandungi sejenis enzim dipanggil lipase membantu bayi menghadamkan lemak dengan baik. Laktosa pula sebagai karbohidrat utama dalam susu ibu membantu penyerapan kalsium. Ia membekalkan tenaga untuk tumbesaran otak dan mencegah pembiakan bakteria berbahaya dlm susu bayi.

Zat besi pula diperlukan bagi mengurangkan risiko anemia 6 hingga 8 bulan pertama selepas kelahiran dan kandungan bahan istimewa itu membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

Sungguhpun begitu banyak manfaat pd bayi , namun bilangan ibu di Malaysia yg melakukan tidak begitu memuaskan. Kajian mendapati bilangan wanita yg memberikan susu ibu kepada bayi untuk 4 bulan pertama berkurangan sebyk 9.7%. Malah, Malaysia antara Negara Asia Tenggara yg paling rendah dari segi penyusuan ibu secara eksklusif.

Saya merasakan antara sebab yg menyebabkan ramai ibu-ibu tidak menyusukan bayi mereka secara eksklusif adalah kerana mereka merasakan cara penjagaan susu ibu yg diperah lebih rumit dan cerewet berbanding nak handle susu formula. Ada juga antara ibu-ibu yg merasakan berat untuk memperuntukkan waktu untuk memerah susuibu sebagai persediaan stok simpanan yg akan diperlukan oleh bayi sekiranya ibu-ibu sudah mula bekerja, berkursus, atau terpaksa meninggalkan bayi mereka seharian. Ada juga yg merasakan bayi yang diberi susu formula lebih sihat dari bayi yg diberi susu ibu. Ada juga yg mahu menyusukan bayi secara eksklusif tetapi oleh kerana mereka dikelilingi oleh persekitaran yg negative, yg tidak menyokong kepada penyususan susuibu , menyebabkan mereka berputus asa dan terkandas ditengah jalan. Mind set-mind set sebeginilah antara faktor yg menyebabkan penyusuan susu secara eksklusif dirasakan menjadi satu beban dan seterusnya memilih susu formula.

Justeru itu, saya rasa kesedaran perlu ditingkatkan lagi dikalangan ibu-ibu. Masyarakat perlu percaya bahawa memberi makanan dan menyusukan bayi adalah amalan terbaik untuk tumbesaran mereka. Menerusi penyusuan itu dapat menjalin ikatan antara ibu dengan anak dan menyediakan asas yg kukuh bagi amalan pemakanan sihat.

Semoga pembacaan ini mencetuskan semangat kepada anda untuk sama-sama memberi penyusuan esklusif kepada anak-anak anda nanti.

Semoga Berjaya!

Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer