Saturday 3 December 2011

Tips Persediaan Dalam Penyusuan

Beberapa tips persediaan yang perlu ibu-ibu tahu sebelum menjayakan penyusuan.


1.   Breast pump

Terdapat pelbagai pilihan breast pump di pasaran. Ada yang murah dan ada juga yang mencecah ribuan ringgit. Ada yang berfungsi secara manual, bateri dan/atau elektrik. Ada pula yang hanya boleh mengepam sebelah payudara dalam satu masa dan ada juga yang boleh melakukannya kedua-dua belah payudara sekali dalam satu masa.

Pemilihan breast pump adalah mengikut citarasa dan kesesuaian ibu-ibu. Sepanjang saya menyusukan anak ke 2 saya, saya menggunakan Brand Medela Free Style (bateri & elektrik) dan Medela Harmony (Manual).

  

2.   Bekas penyimpanan susu perahan



Susu perahan / EBM (express breast milk) boleh disimpan didalam bekas simpanan seperti berikut:



·        Bekas plastic atau botol susu bebas BPA (Bispenol-A).

·        Breast milk storage liners yg memang dikhususkan untuk penyimpanan perahan susu ibu.

·        Bekas dadih-ianya hanya boleh digunaan sebanyak 3 kali sebelum dibuang.

Tips :

Ibu-Ibu hendaklah memastikan bekas penyimpanan yang hendak diguna dibersih, disteril, dan dikeringkan terlebih dahulu.



3.   Melabel EBM

Perahan susu ibu yang disimpan di dalam bekas haruslah dilabel sebelum di simpan di dalam freezer. Label setiap bekas mesti mempunyai butiran seperti berikut :

ü Tarikh perahan (guna susu yg terdahulu)

ü Waktu perahan (guna susu yg terdahulu)

ü Kuantiti susu yg diperah

ü Nama bayi (penting dilabelkan sekiranya bayi diletakkan di nurseri/pengasuh/pusat jagaan harian.
 

Tips :

Berapa oz untuk satu bekas penyimpanan bergantung  kepada berapa banyak bayi minum untuk satu sesi. Kebiasaannya, kita galakkan menyimpan secara 2-3 oz untuk satu bekas penyimpanan. Jadi, apabila telah dicair/atau dipanaskan, tidak akan membazir untuk baki yang tidak diminum.



4.   Tempat Penyimpanan EBM


Pada suhu bilik

Jika bilik tidak ber air cond (25ºC - 35ºC), disarankan tidak melebihi dari 4 jam.

Jika bilik ber air cond (15ºC - 25ºC), boleh sampai 6-8 jam.


Fridge/Freezer
 
Peti sejuk 1 pintu
Peti sejuk 2 pintu
Deep freezer
Bahagian beku
2 minggu
Bahagian beku
(-18ºC hingga -20ºC) 3 bulan
Pembeku/deep freezer
(-20ºC)
tahan 6 bulan

Pintu bawah
(0-4ºC)
Sebelum dibekukan  3 hingga 7 hari
Selepas dibekukan  24 jam




Bekas penyejuk
Cooler bag/box
(0-4ºC)
 tahan selama 12-24 jam


Tips :

·        Susu yg dicairkan tidak boleh dibekukan semula.

·        Susu yg dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula.

·        Untuk memanaskan susu yang telah dicairkan di dalam peti sejuk, hendaklah menggunakan warmer atau air suam. TIDAK BOLEH dipanaskan di dalam microwave atau air yang sedang mendidih.

·        Susu yang telah dipanaskan, boleh tahan selama lebih kurang 1 ke 2 jam.



5.   Cara penyimpanan

Cara penyimpanan susu perahan adalah seperti berikut:


Di pejabat

·       Simpan susu yg diperah dibahagian bawah peti sejuk bukan di bahagian beku.

·       Ini adalah bertujuan untuk memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan. (susu ibu yg dibekukan jauh lebih baik lagi dari susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi.
 
·       Jika tiada kemudahan peti sejuk di pejabat, anda bolehlah menyimpannya di dalam cooler bag yang berisi pek ais.



Di rumah

·       Simpan sebanyak mungkin susu perahan di bahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.

·       Ini adalah kerana susu perahan yg disimpan di bahagian bawah peti sejuk akan digunakan sebagai bekalan oleh bayi untuk kegunaan hari esok. Oleh itu bayi akan mendapat fresh EBM.

·       Manakala susu perahan yg disimpan di bahagian beku akan menjadi stok simpanan susu ibu.

 Contohnya,

Andai kata 1 hari bayi anda minum sebanyak 4 botol susu. Jika sehari anda Berjaya memerah sebanyak 4 botol susu ibu semasa bekerja, apabila sampai di rumah , simpan 3 botol susu perahan tadi di bahagian bawah peti sejuk dan baki 1 botol di bahagian beku untuk simpanan stok. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM simpanan stok yg bertarikh paling lama dan letakkan di bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan bagi kegunaan esok hari. Dengan cara ini anda masih lagi dapat memberikan fresh breast milk (nisbah 3 : 1 iaitu 3 botol fresh milk kepada 1 botol susu dibeku) kepada bayi anda walaupun anda bekerja.



Peringatan!

ü Jangan simpan susu perahan dibahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk).

Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam peti sejuk tersebut kerana suhunya lebih stabil.



ü Jangan penuhkan bekas susu perahan sehingga mencecah kepada penutupnya.

Tinggalkan sedikit ruang bagi membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.



Sekian dahulu untuk waktu ini..
 

Salam Sayang,
Ummi OmarAmeer

No comments:

Post a Comment