Thursday 17 November 2011

Tips Memilih Minyak Wangi

Memandangkan bulan ni bulan kecantikkan , saya nak kongsi salah satu cabang kecantikan jugak...iaitu minyak wangi. Kita ni kalau kulit cantik, gebu tapi badan bau buat apa kan...

Rasulullah S.A.W sendiri pun memang suka pada bau bauan...tp pemakaian bau-bauan wangi ni mestilah mengikut garis panduan syariah Islam la yer...

Macamana nak memilih minyak wangi..?

  • ketahui fungsi minyak wangi iaitu daripada jenis Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette (semburan).
  • Eau de Parfum lebih tahan lama berbanding Eau de Toilette
  • Bau haruman pd botol tidak semestinya sama selepas anda memakainya. Sebaliknya, sembur haruman pada kertas atau pergelangan tangan untuk mendapatkan pengesahan.
  • Biarkan beberapa minit untuk mendapatkan bau sebenar meresap lalu dipastikan serasi atau tidak.
  • Sembur minyak wangi pd pergelangan tangan, bahagian nadi dan leher untuk memastikan haruman tahan lama dan merebak.
  • Tidak semestinya haruman yg dipakai org lain sama kesannya dengan anda kerana faktor biologi dan hormon badan manusia.
  • Hidu biji kopi andai anda ingin segera menghilangkan bau haruman dan mencuba haruman lain
  • Ada minyak wangi menjanjikan haruman berkekalan sehingga 8 jam apbl disembur. Secara purata, kesan bau haruman mampu bertahan 4 jam.

Ibu-ibu yg sedang mengandung pun jangan abaikan pemakaian bau-bauan yg tidak keterlaluan. Ini kerana ada sesetengah ibu ibu hamil mengeluarkan hormon badan yg kurang enak. Kadang2 dia sendiri tak perasan yg badan berbau, ini adalah kerana ketika hamil hormon dalam badan berubah.

Untuk ibu2 lain pun walaupun anda ni tak bekerja...maklumlah duk rumah je kan..tak bercampur orang lain...kena jaga gak la..takkan nk biarkan badan bau ikan goreng jerrr..suami nk tegur berbau takut kecik hati lak...

Jadi, ibu2 pastikan kebersihan diri dijaga yer..




Salam Sayang,


Ummi OmarAmeer

No comments:

Post a Comment