Wednesday 19 October 2011

Bagaimana Hendak Menjayakan Penyusuan Selama 2 Tahun ?

Bagaimana menjayakan penyusuan 2 tahun?

 Alhamdulillah dengan izin ALLAH ummi mampu menyusukan anak ke 2, Ameer Rayyan selama 17 bulan. Sebenarnya target ummi adalah 24 bulan (2 tahun). Syukur kerana mampu menyusukan anak ummi hampir mencecah 2 tahun tidak lama lagi.

Bagaimana nak pastikan perjalanan 2 tahun penyusuan dapat dipenuhi? Bagaimana nak lakukan tanpa tekanan?

Tetapkan Matlamat Jangka Pendek

Ummi mulakan journey penyusuan dengan meletakkan target selama 6 bulan yang pertama. Maka ummi akan pastikan ianya tercapai. Selepas dah 6 bulan, rasa sayang nak stop ....teruskan lagi sampai umur 12 bulan. Ia berlarutan sehingga la umur anak ummi ini melebihi 1 tahun.


Matlamat Jangka Panjang 

Ianya akan hadir dengan sendiri apabila ummi merasakan betapa untungnya memberi susuibu berbanding susu formula. Terutama melihat anak sulung ummi, Omar Ramadhan sering demam dan sakit yang bergilir gantinya. Masa membesarkan anak sulung , ummi tidak terdedah dengan ilmu penyusuan secukupnya…(masa tu tau beranak jerrr..jahil sungguh diriku..huhuhuh).

Tapi masa nak dapat anak ke 2..memandangkan ummi memang sedia maklum dengan kebaikkan susibu dan ditambah lagi dengan agama Islam kita yang menggalakkan kita supaya menyusukan anak sehingga umur 2 tahun.. maka ummi telah memasangkan niat murni ini semasa mengandung lagi…walaupun seperti orang buta kehilangan tongkat pada mulanya….jatuh bangun…alhamdulillah ummi telah berada pada tahap ini sekarang…sesungguhnya pengorbanan seorang ibu besar nilainya di sisi Allah…setiap titik susu yang masuk ke dalam badan anak kita Allah telah menjanjikan pahala….

Alhamdulillah anak ummi yang ke 2 ini jarang sakit. Jika demam, selsema atau batuk pun tidak berlarutan. 2 tahun itu sebenarnya sekejap sahaja ditambah apabila anak mula makan. Maka susuibu bukanlah makanan utama seperti pada 6 bulan pertama kelahiran anak.


Adakah MALAS akan melanda?

Tidak dinafikan kita mempunyai mood yang adakala tidak seimbang. Terutama jika terlalu banyak kerja pejabat atau pun apabila si ibu melalui keletihan tahap melampau, sifat malas akan menyinggah. Namun jika MATLAMAT kita jelas, penyakit ini tidak akan berlarutan sebenarnya. Dalam penulisan sebuah buku  : Malas hanya akan wujud jika individu itu tidak nampak dengan jelas matlamat hidupnya. Ummi juga manusia biasa yang melalui ujian ini, namun ummi akan sentiasa kasihan jika penyusuan susuibu itu terhenti sedangkan segalanya ada dalam mind set. Jika hati mahu, insyaALLAH  jalan terbuka luas.


Mengapa ummi bersungguh menyusukan anak ummi?

Secara peribadi, ummi mendapati bahawa susuibu itu adalah satu kesinambungan yang menyambungkan pengaliran darah dari ibu kepada si anak. Susuibu inilah yang akan berterusan membentuk hati anak. Orang zaman dulu lain, zaman mak ummi dulu...susuibu dan kepentingannya tidak disebarkan seperti sekarang. Malah zaman turut berubah. Banyak anasir jahat pada zaman ini yang berleluasa. Ummi meletakkan harapan agar melalui menyusu ibu hati yang terbentuk dalam diri anak ummi adalah hati tawaduk dan yang mudah dibentuk dengan doa dan iringan zikir selama menyusukan mereka. Ummi berdoa semoga dengan penyusuan ini anak ummi menjadi anak yang baik dan mudah dibentuk. Sebagai seorang ibu pastinya mahu melihat anaknya berjaya di dunia dan akhirat.

 Ummi sangat menggalakkan bagi ibu2 diluar sana yang tidak mampu menyusukan anak sepenuhnya dengan susuibu dan mungkin terpaksa mencampurkan dengan susu formula....tak pe, teruskan sekurang2nya anak kita masih minum susuibu. Memang benar bukan semua mampu menyusukan anaknya dengan susuibu sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya tidak terus menerus mengalah...memadailah menyusukan pada malam hari selepas pulang dari kerja.

Sekarang ini semakin ramai ibu-ibu telah menyedari kepentingan susuibu…dah ramai yang telah membuktikan yang mereka telah berjaya….walaupun buat bukan untuk dicanang kepada orang lain tapi buatlah demi anak-anak kita…tiada harta yang lebih bernilai bagi ibubapa selain anak-anak…doa anak-anak soleh hingga ke syurga!

Ukhwah fillah, 

Ummi OmarAmeer

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang penyusuan bolehlah email ummi di : hanyasusuibu@gmail.com atau sms di 0199273454 

No comments:

Post a Comment