Wednesday 19 October 2011

Kenapa Ibu-Ibu Memerlukan Pemakanan Tambahan Demi Menjayakan Penyusuan…?

Ummi bersyukur kerana Allah memberikan hidayah kepada ummi ketika masih diperingkat awal..maksudnya, walaupun ummi gagal menyusukan susuibu sepenuhnya pada Omar Ramadhan (hanya selama 3 bulan) tapi ummi cukup awal membuat persediaan untuk anak ke 2 ummi , Ameer Rayyan..
Ummi sudah membuat pembacaan tentang penyusuan semasa Ameer dalam perut ummi lagi..dan ummi suka untuk berkongsi setiap pengajaran yang pernah ummi tempuhi sepanjang perjalanan ini…
Bagi ibu2 yang baru hendak belajar menyusukan anak mereka , ada sesuatu untuk kita semua baca dan dinilai dengan akal fikiran kita ;

" Seorang ibu itu dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh anak susuannya melalui susuibu walaupun si ibu itu hanya mengamalkan makanan harian utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Ini kerana semua makanan yang diambil oleh si ibu tadi akan dikhususkan untuk menghasilkan susuibu manakala nutrien akan diserap melalui badan si ibu itu sendiri dalam penghasilan susuibu."


Walau bagaimanapun perlu diingatkan bahawa si ibu tadi diwajib memastikan pengambilan makanan harian seimbang yang mereka makan itu perlunya kehadiran zat2 penting seperti zat besi, protien, vitamin C, Vitamin B , kalsium serta banyak lagi dalam makanan yang diambil.

Soalannya, ibu-ibu pastikah setiap meals yang ibu-ibu ambil mencakupi atau mencukupi untuk semua zat2 seperti di atas??

Oleh itu, jika si ibu tidak mengambil makanan yang seimbang, kebarangkalian bagi si ibu tadi mendapat kesan yang berikut:

1. Mudah keletihan.. awal tidur tetapi masih susah untuk bangkit dari tidur.

2. Mood yang tidak stabil (mood swing).Mudah marah dan sensitif.

3. Muka kelihatan pucat.

4. Mudah rasa nak pitam atau pening kepala.

5. Kulit wajah yang kusam.

6. Wajah nampak tua dari umur sebenar.

7. Keinginan seks yang menurun.

8. Sakit2 sendi dan tulang belakang. Kaki mudah rasa bisa dan sesemut atau nama lainnya kebas2.

9. Sakit gigi.


Kita perlu tahu mengapakah simpton2 di atas boleh berlaku? Ini kerana zat yang diperolehi dari pengambilan makanan harian lebih tertumpu untuk penghasilan susuibu.
Jika si ibu tidak mengambil makanan tenusu seperti susu dalam meal harian, maka kalsium dalam badan ibu itu sendiri akan diserap bagi disalurkan kepada si anak tadi untuk keperluan pembesaran tulang, gigi dan pembentukan darah. Begitu juga dengan pembesaran anak yang memerlukan zat besi, semua vitamin Bdan vitamin2 lain. Jika si ibu tadi kurang mengambil makanan yang mengandungi zat ini maka ianya akan diserap melalui zat yang sedia ada dalam badan ibu.

Apabila si ibu tadi tidak dapat menggantikan semula zat yang diserap untuk penghasilan susu si kecil tadi maka ia akan mengganggu kesihatan itu dalam jangka panjang dan lahirlah simpton2 di atas seperti dinyatakan.

Apabila simpton2 di atas ini berlarutan , ia akan sedikit sebanyak akan mengganggu kesihatan optimum si ibu. Jika si ibu mengalami gangguan kesihatan maka penghasilan susu akan sedikit terjejas.

Ada sesetengah doctor yang pro breastfeeding...akan menggalakkan si ibu mengambil supplement untuk mengatasi masalah di atas dari berlarutan. Namun ada sesetengah golongan profesional pastinya terikat dengan polisi kerjaya mereka iaitu tidak boleh merekomenkan pesakit dengan mana2 brand supplement yang ada di pasaran. Maka vitamin diberi secara percuma oleh klinik kerajaan. Golongan ini hanya akan menyarankan ibu2 yang menyusukan anaknya untuk mengambil vitamin bagi mengisi kekosongan yang terdapat di dalam tubuh si ibu.

Sebenarnya supplement boleh didapati dari klinik kerajaan secara percuma. Sebab itu ibu mengandung akan dibekalkan dengan obimin iaitu ferum yang diperlukan untuk membina sel darah merah. Mengapakah hanya ibu2 yang mengandung sahaja yang ditekankan untuk mengambil vitamin?

Sebenarnya ini kerana doctor dipertanggungjawabkan agar si ibu tadi tidak mati semasa melahirkan anak akibat kehilangan darah yang banyak semasa melahirkan.

Namun setelah melahirkan anak ,penyusuan susuibu tidak ditekankan kerana kita disogok dengan banyak susu formula yang ada dalam pasaran. Sedangkan apabila kita menyusu anak, term fully breastfeed sendiri sudah memberi maksud makanan si anak bergantung sepenuhnya dari tubuh si ibu.
MAKA JIKA KEKURANGAN ZAT2 LA YANG MENYEBABKAN SIMPTON DI ATAS WUJUD.

Semoga para ibu sedar dan faham kenapa pemakanan tambahan amat diperlukan untuk penyusuan.  Jika para ibu rasa keperluan zat makanan telah lengkap melalui pengambilan meal harian, Alhamdulillah…. namun jangan sesekali kita samakan orang lain dengan kita. Ummi sendiri tidak mampu untuk memakan ulam setiap hari, begitu juga dengan buah2an...susu? hehehe. Tu belum bercakap soal chemical dalam makanan lagi tu.. semua itu menghakis zat2 dalam makanan yang kita makan.
Maka pemakanan tambahan perlu bagi ummi untuk terus sihat dan anak ummi dapat minum susu yang penuh dengan nutrisi…

Ukhwah fillah, 
Ummi OmarAmeer

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang penyusuan bolehlah email ummi di : hanyasusuibu@gmail.com atau sms di 0199273454 



No comments:

Post a Comment