Tuesday 18 October 2011

Selamat Datang Ke Dunia Blogger!

Alhamdulillah…tentunya 17hb Oktober 2011 adalah tarikh keramat bagi ummi untuk memasukki dunia blogger…

Sejarah hidup ummi tidak pernah mendapat pelajaran secara formal dalam penggunaan IT…tak pernah ambil kelas komputer pun… Pernah mula-mula  masuk keje,  supervisor minta taip surat dalam komputer dan minta ‘save’ kan surat tu…al maklumlah tak penah penah pun pegang komputer..bila orang suruh ‘save’ kita faham istilah ‘tolong’… ‘nak tolong apa?’…dalam hati ummi…butanya tentang komputer ketika itu..

Namun ummi tak kisahlah…belajar belajar guna firasat sendiri…sampai lah sekarang ni…kira bolehlah setakat nak guna applikasi Microsoft  yang biasa-biasa tu…

Blog sendiri? Uiiiihhh…hebatnya..untuk diri sendirilah..walaupun orang lain dah ke langit biru tapi bagi ummi ada blog sendiri pun dah cukup kembang hidung…

Moga disinilah bermulanya pengembarangan dunia lautan ilmu yang sebenar….

No comments:

Post a Comment