Monday, 5 December 2011

Kenapa Anda Perlu Mengambil Vitamin?


 
Kita sering terdedah kepada pencemaran alam sekitar






Badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien





    Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar dengan bahan kimia






    Mengamal gaya hidup tidak sihat







    Kebanyakkan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa





    Kehilangan nutrien dalam makanan disebabkan oleh gaya masakan






    Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan



     
    Saya percaya tentu ada salah satu daripada faktor di atas memberi kesan kepada cara pemakanan harian anda. Oleh kerana itu, sekiranya anda tidak mampu untuk mengelakkannya adalah penting untuk anda mengamalkan vitamin supaya zat keperluan tubuh anda mencukupi untuk anda kekal sihat. 


    Fikir-fikirkanlah...


    Salam Sayang,
    Ummi OmarAmeer


    

    Sunday, 4 December 2011

    Asid Folik : Apakah Kesannya Kepada Ibu Hamil

    Apakah asid folik?

    Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.



    Kenapakah saya perlukan asid folik?

    Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

    Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

    Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.


    Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

    Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

    Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

    Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

    Apakah sumber makanan yang terbaik?

    Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:

    Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

    •bayam, 1 cawan
    •11 kubis brussels
    •kacang bendi, setengah cawan
    •kacang black-eyed beans,
    4 sudu makan
    •asparagus, setengah cawan
    •emping bran, 7 sudu makan
    •lentil, setengah cawan
    •germa gandum, 25g / 1 aun
    •hati, 1 keping
    •betik sederhana besar



    Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan

    •brokoli kukus, 2 pucuk
    •kacang merah, setengah cawan
    •buah oren saiz besar
    •jagung saiz besar, 1
    •nasi putih, setengah cawan
    •biji bunga matahari, 1 aun
    •oat, setengah cawan



    Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.



    TIPS

    Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.



    Bagaimana vitamin Shaklee dapat membantu saya?

    Di Euphoria Trial Pack, kami menawarkan set kehamilan yang merangkumi zat vitamin yang diperlukan oleh anda sepanjang kehamilan.



    Set Ibu Hamil I(a) – 1st trimester

    30’s Multivitamin@vitales (lengkap dengan iron)
    30’s B Complex (lengkap dengan asid folik)
    30’s Vitamin C 500mg sustain release
    120’s Ostematrix@Calsium




    Set Ibu Hamil I(b) – 2nd & 3rd trimester

    30’s Multivitamin@vitales (lengkap dengan iron)
    30’s B Complex (lengkap dengan asid folik)
    30’s Vitamin C 500mg sustain release
    30’s OmegaGuard (kaya dengan DHA)
    120’s Ostematrix@Calsium




    Apakah kelebihan Jika Saya Mengambil Set Ini?

    Kandungan folate (dlm bentuk asid folik) didalam vitalea adalah 200mcg dan di dalam B complex adalah 200mcg. Jadi ianya mencukupi keperluan asid folik untuk kehamilan anda.

    Anda juga mendapat vitamin C yang penting dalam membantu penyerapan iron ( dalam vitalea), di mana kepentingan iron adalah ia membantu untuk menyeimbangkan HB anda.

    Selain itu, kehadiran kalsium penting untuk pembentukan tulang dan DHA pula penting untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan.



    Kenapa Kami Menyarankan Pengambilan ESP ketika hamil?



    ESP sgt penting untuk :

    ü Membina dan memperbaharui sel2 tisu, hormone dan enzim di dalam tubuh.


    ü Sangat diperlukan oleh wanita mengandung dan menyusukan anak.

    ü Penting untuk pembentukan rambut, kuku dan kulit.

    ü Protien yg brkualiti sgt membantu pertumbuhan yg baik. Ianya juga merupakan kunci bagi melawan penyakit.

    ü ESP juga memberi ibu tenaga khususnya kepada ibu-ibu yang mengalami ‘morning sickness’ yang teruk.


    ü Ia juga menjaga dan mengelakkan janin menjadi cacat.

    ü Protein juga membantu membkalkan asid amino yang bertindak membentuk organ dan otot bayi.

    ü Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.

    ü Keperluan protein ini semakin penting apabila memasuki trimester ke 3.


    Fikirkanlah yang terbaik demi kesihatan anda dan demi kesihatan kandungan anda…
     
    Salam Sayang,
    Ummi OmarAmeer

    * sila rujuk borang pesanan untuk harga

    Saturday, 3 December 2011

    Tips Persediaan Dalam Penyusuan

    Beberapa tips persediaan yang perlu ibu-ibu tahu sebelum menjayakan penyusuan.


    1.   Breast pump

    Terdapat pelbagai pilihan breast pump di pasaran. Ada yang murah dan ada juga yang mencecah ribuan ringgit. Ada yang berfungsi secara manual, bateri dan/atau elektrik. Ada pula yang hanya boleh mengepam sebelah payudara dalam satu masa dan ada juga yang boleh melakukannya kedua-dua belah payudara sekali dalam satu masa.

    Pemilihan breast pump adalah mengikut citarasa dan kesesuaian ibu-ibu. Sepanjang saya menyusukan anak ke 2 saya, saya menggunakan Brand Medela Free Style (bateri & elektrik) dan Medela Harmony (Manual).

      

    2.   Bekas penyimpanan susu perahan



    Susu perahan / EBM (express breast milk) boleh disimpan didalam bekas simpanan seperti berikut:



    ·        Bekas plastic atau botol susu bebas BPA (Bispenol-A).

    ·        Breast milk storage liners yg memang dikhususkan untuk penyimpanan perahan susu ibu.

    ·        Bekas dadih-ianya hanya boleh digunaan sebanyak 3 kali sebelum dibuang.

    Tips :

    Ibu-Ibu hendaklah memastikan bekas penyimpanan yang hendak diguna dibersih, disteril, dan dikeringkan terlebih dahulu.



    3.   Melabel EBM

    Perahan susu ibu yang disimpan di dalam bekas haruslah dilabel sebelum di simpan di dalam freezer. Label setiap bekas mesti mempunyai butiran seperti berikut :

    ü Tarikh perahan (guna susu yg terdahulu)

    ü Waktu perahan (guna susu yg terdahulu)

    ü Kuantiti susu yg diperah

    ü Nama bayi (penting dilabelkan sekiranya bayi diletakkan di nurseri/pengasuh/pusat jagaan harian.
     

    Tips :

    Berapa oz untuk satu bekas penyimpanan bergantung  kepada berapa banyak bayi minum untuk satu sesi. Kebiasaannya, kita galakkan menyimpan secara 2-3 oz untuk satu bekas penyimpanan. Jadi, apabila telah dicair/atau dipanaskan, tidak akan membazir untuk baki yang tidak diminum.



    4.   Tempat Penyimpanan EBM


    Pada suhu bilik

    Jika bilik tidak ber air cond (25ºC - 35ºC), disarankan tidak melebihi dari 4 jam.

    Jika bilik ber air cond (15ºC - 25ºC), boleh sampai 6-8 jam.


    Fridge/Freezer
     
    Peti sejuk 1 pintu
    Peti sejuk 2 pintu
    Deep freezer
    Bahagian beku
    2 minggu
    Bahagian beku
    (-18ºC hingga -20ºC) 3 bulan
    Pembeku/deep freezer
    (-20ºC)
    tahan 6 bulan

    Pintu bawah
    (0-4ºC)
    Sebelum dibekukan  3 hingga 7 hari
    Selepas dibekukan  24 jam




    Bekas penyejuk
    Cooler bag/box
    (0-4ºC)
     tahan selama 12-24 jam


    Tips :

    ·        Susu yg dicairkan tidak boleh dibekukan semula.

    ·        Susu yg dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula.

    ·        Untuk memanaskan susu yang telah dicairkan di dalam peti sejuk, hendaklah menggunakan warmer atau air suam. TIDAK BOLEH dipanaskan di dalam microwave atau air yang sedang mendidih.

    ·        Susu yang telah dipanaskan, boleh tahan selama lebih kurang 1 ke 2 jam.



    5.   Cara penyimpanan

    Cara penyimpanan susu perahan adalah seperti berikut:


    Di pejabat

    ·       Simpan susu yg diperah dibahagian bawah peti sejuk bukan di bahagian beku.

    ·       Ini adalah bertujuan untuk memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan. (susu ibu yg dibekukan jauh lebih baik lagi dari susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi.
     
    ·       Jika tiada kemudahan peti sejuk di pejabat, anda bolehlah menyimpannya di dalam cooler bag yang berisi pek ais.



    Di rumah

    ·       Simpan sebanyak mungkin susu perahan di bahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.

    ·       Ini adalah kerana susu perahan yg disimpan di bahagian bawah peti sejuk akan digunakan sebagai bekalan oleh bayi untuk kegunaan hari esok. Oleh itu bayi akan mendapat fresh EBM.

    ·       Manakala susu perahan yg disimpan di bahagian beku akan menjadi stok simpanan susu ibu.

     Contohnya,

    Andai kata 1 hari bayi anda minum sebanyak 4 botol susu. Jika sehari anda Berjaya memerah sebanyak 4 botol susu ibu semasa bekerja, apabila sampai di rumah , simpan 3 botol susu perahan tadi di bahagian bawah peti sejuk dan baki 1 botol di bahagian beku untuk simpanan stok. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM simpanan stok yg bertarikh paling lama dan letakkan di bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan bagi kegunaan esok hari. Dengan cara ini anda masih lagi dapat memberikan fresh breast milk (nisbah 3 : 1 iaitu 3 botol fresh milk kepada 1 botol susu dibeku) kepada bayi anda walaupun anda bekerja.



    Peringatan!

    ü Jangan simpan susu perahan dibahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk).

    Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam peti sejuk tersebut kerana suhunya lebih stabil.



    ü Jangan penuhkan bekas susu perahan sehingga mencecah kepada penutupnya.

    Tinggalkan sedikit ruang bagi membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.



    Sekian dahulu untuk waktu ini..
     

    Salam Sayang,
    Ummi OmarAmeer

    Thursday, 1 December 2011

    Budayakan Penyusuan Bayi Dengan Susu Badan

    Saya baru sahaja menerbitkan posting saya beberapa hari lepas berkenaan dengan isu kenapa saya sangat obses dalam penyusuan dan bagaimana Al-Quran telah mengajar dan menyarankan kita supaya menyusukan bayi selama 2 tahun..tup..tup paper hari ini telah menerbitkan tentang pembudayaan penyusuan susu badan kepada bayi oleh Persatuan Pemakanan Malaysia yang di pengerusikan oleh Dr Tee E Siong, seorang non muslim berbangsa cina.

    Akhbar Berita Harian  1 Dis 2011



    Jadi , apa ceritanya? Jom kita baca…



    Pakar pemakanan menyifatkan usia 2 tahun pertama bayi adalah tempoh kritikal kerana kualiti nutrien yg diberikan bakal menentukan pertumbuhan dan pembesaran berkekalan sepanjang hayatnya. Dlm tempoh itu, bayi harus diberikan susu ibu secara eksklusif untuk 6 bulan pertama sebaik sahaja dilahirkan.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengesahkan kolostrum, iaitu susu ibu berwarna kuning dan lekit yg dihasilkan pd fasa akhir kehamilan adalah bekalan makanan terbaik untuk bayi yg baru dilahirkan.

    Justeru, susu hendaklah dimulakan pd jam pertama selepas bayi dilahirkan. Bagaimanapun, selepas 6 bulan, penyusuan badan harus diteruskan bersama makanan pelengkapnya yg sesuai sehingga anak berusia 2 tahun.

    Susuibu mengandungi semua nutrien yg diperlukan dan ia mempunyai bahan yg tidak ada dlm susu formula bagi membantu mencerna nutrient dengan lebih baik. Nutrien diperlukan dlm pemakanan lengkap untuk bayi ialah protein yg mudah hadam dan tidak menyebabkan alahan.

    Susu yg mengandungi sejenis enzim dipanggil lipase membantu bayi menghadamkan lemak dengan baik. Laktosa pula sebagai karbohidrat utama dalam susu ibu membantu penyerapan kalsium. Ia membekalkan tenaga untuk tumbesaran otak dan mencegah pembiakan bakteria berbahaya dlm susu bayi.

    Zat besi pula diperlukan bagi mengurangkan risiko anemia 6 hingga 8 bulan pertama selepas kelahiran dan kandungan bahan istimewa itu membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

    Sungguhpun begitu banyak manfaat pd bayi , namun bilangan ibu di Malaysia yg melakukan tidak begitu memuaskan. Kajian mendapati bilangan wanita yg memberikan susu ibu kepada bayi untuk 4 bulan pertama berkurangan sebyk 9.7%. Malah, Malaysia antara Negara Asia Tenggara yg paling rendah dari segi penyusuan ibu secara eksklusif.

    Saya merasakan antara sebab yg menyebabkan ramai ibu-ibu tidak menyusukan bayi mereka secara eksklusif adalah kerana mereka merasakan cara penjagaan susu ibu yg diperah lebih rumit dan cerewet berbanding nak handle susu formula. Ada juga antara ibu-ibu yg merasakan berat untuk memperuntukkan waktu untuk memerah susuibu sebagai persediaan stok simpanan yg akan diperlukan oleh bayi sekiranya ibu-ibu sudah mula bekerja, berkursus, atau terpaksa meninggalkan bayi mereka seharian. Ada juga yg merasakan bayi yang diberi susu formula lebih sihat dari bayi yg diberi susu ibu. Ada juga yg mahu menyusukan bayi secara eksklusif tetapi oleh kerana mereka dikelilingi oleh persekitaran yg negative, yg tidak menyokong kepada penyususan susuibu , menyebabkan mereka berputus asa dan terkandas ditengah jalan. Mind set-mind set sebeginilah antara faktor yg menyebabkan penyusuan susu secara eksklusif dirasakan menjadi satu beban dan seterusnya memilih susu formula.

    Justeru itu, saya rasa kesedaran perlu ditingkatkan lagi dikalangan ibu-ibu. Masyarakat perlu percaya bahawa memberi makanan dan menyusukan bayi adalah amalan terbaik untuk tumbesaran mereka. Menerusi penyusuan itu dapat menjalin ikatan antara ibu dengan anak dan menyediakan asas yg kukuh bagi amalan pemakanan sihat.

    Semoga pembacaan ini mencetuskan semangat kepada anda untuk sama-sama memberi penyusuan esklusif kepada anak-anak anda nanti.

    Semoga Berjaya!

    Salam Sayang,

    Ummi OmarAmeer