Thursday 1 December 2011

Budayakan Penyusuan Bayi Dengan Susu Badan

Saya baru sahaja menerbitkan posting saya beberapa hari lepas berkenaan dengan isu kenapa saya sangat obses dalam penyusuan dan bagaimana Al-Quran telah mengajar dan menyarankan kita supaya menyusukan bayi selama 2 tahun..tup..tup paper hari ini telah menerbitkan tentang pembudayaan penyusuan susu badan kepada bayi oleh Persatuan Pemakanan Malaysia yang di pengerusikan oleh Dr Tee E Siong, seorang non muslim berbangsa cina.

Akhbar Berita Harian  1 Dis 2011



Jadi , apa ceritanya? Jom kita baca…



Pakar pemakanan menyifatkan usia 2 tahun pertama bayi adalah tempoh kritikal kerana kualiti nutrien yg diberikan bakal menentukan pertumbuhan dan pembesaran berkekalan sepanjang hayatnya. Dlm tempoh itu, bayi harus diberikan susu ibu secara eksklusif untuk 6 bulan pertama sebaik sahaja dilahirkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengesahkan kolostrum, iaitu susu ibu berwarna kuning dan lekit yg dihasilkan pd fasa akhir kehamilan adalah bekalan makanan terbaik untuk bayi yg baru dilahirkan.

Justeru, susu hendaklah dimulakan pd jam pertama selepas bayi dilahirkan. Bagaimanapun, selepas 6 bulan, penyusuan badan harus diteruskan bersama makanan pelengkapnya yg sesuai sehingga anak berusia 2 tahun.

Susuibu mengandungi semua nutrien yg diperlukan dan ia mempunyai bahan yg tidak ada dlm susu formula bagi membantu mencerna nutrient dengan lebih baik. Nutrien diperlukan dlm pemakanan lengkap untuk bayi ialah protein yg mudah hadam dan tidak menyebabkan alahan.

Susu yg mengandungi sejenis enzim dipanggil lipase membantu bayi menghadamkan lemak dengan baik. Laktosa pula sebagai karbohidrat utama dalam susu ibu membantu penyerapan kalsium. Ia membekalkan tenaga untuk tumbesaran otak dan mencegah pembiakan bakteria berbahaya dlm susu bayi.

Zat besi pula diperlukan bagi mengurangkan risiko anemia 6 hingga 8 bulan pertama selepas kelahiran dan kandungan bahan istimewa itu membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

Sungguhpun begitu banyak manfaat pd bayi , namun bilangan ibu di Malaysia yg melakukan tidak begitu memuaskan. Kajian mendapati bilangan wanita yg memberikan susu ibu kepada bayi untuk 4 bulan pertama berkurangan sebyk 9.7%. Malah, Malaysia antara Negara Asia Tenggara yg paling rendah dari segi penyusuan ibu secara eksklusif.

Saya merasakan antara sebab yg menyebabkan ramai ibu-ibu tidak menyusukan bayi mereka secara eksklusif adalah kerana mereka merasakan cara penjagaan susu ibu yg diperah lebih rumit dan cerewet berbanding nak handle susu formula. Ada juga antara ibu-ibu yg merasakan berat untuk memperuntukkan waktu untuk memerah susuibu sebagai persediaan stok simpanan yg akan diperlukan oleh bayi sekiranya ibu-ibu sudah mula bekerja, berkursus, atau terpaksa meninggalkan bayi mereka seharian. Ada juga yg merasakan bayi yang diberi susu formula lebih sihat dari bayi yg diberi susu ibu. Ada juga yg mahu menyusukan bayi secara eksklusif tetapi oleh kerana mereka dikelilingi oleh persekitaran yg negative, yg tidak menyokong kepada penyususan susuibu , menyebabkan mereka berputus asa dan terkandas ditengah jalan. Mind set-mind set sebeginilah antara faktor yg menyebabkan penyusuan susu secara eksklusif dirasakan menjadi satu beban dan seterusnya memilih susu formula.

Justeru itu, saya rasa kesedaran perlu ditingkatkan lagi dikalangan ibu-ibu. Masyarakat perlu percaya bahawa memberi makanan dan menyusukan bayi adalah amalan terbaik untuk tumbesaran mereka. Menerusi penyusuan itu dapat menjalin ikatan antara ibu dengan anak dan menyediakan asas yg kukuh bagi amalan pemakanan sihat.

Semoga pembacaan ini mencetuskan semangat kepada anda untuk sama-sama memberi penyusuan esklusif kepada anak-anak anda nanti.

Semoga Berjaya!

Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer

No comments:

Post a Comment