Saturday, 19 November 2011

Berapa Banyakkah Keperluan Air Untuk Badan Anda? Cuba kira!


Memang ramai yang mengamalkan diet untuk kelihatan lansing, ada juga yang dah berjaya, tapi "apa yang berlaku"??? Badan jadi tak seimbang, ada yang terlampau kurus dan yang paling tak best, kalau dah berhenti diet berat badan naik balik.

Jadi untuk seimbangkan berat badan sekaligus dapat bentuk badan yang ideal, anda memerlukan air yang cukup. Air boleh meningkatkan metabolisme dalam badan seterusnya membantu dalam proses pembakaran kalori, sebab itu boleh kurus.
 
Berapa Banyak Kita Kena Minum Air?      

Hah, soalan yang bagus! Senang jer...ikutilah formula eksklusif seperti dibawah;

Formulanya:

1) Jumlah air kosong yang perlu diminum dalam sehari = (40 X berat badan anda)+ 500ml

Contoh:
Berat badan saya ialah 80 (bukan berat sebenar yerrr..ehem..ehem..)

 (40 X 80) + 500 =3700ml
Bermakna saya perlu minum 3.7 liter air kosong dalam sehari

2) Minum air kosong sekali ganda dengan air manis yang diminum

Contoh:
Kalau anda minum teh tarik segelas, jadi anda kena tambah segelas lagi air kosong untuk seimbangkan berat badan, kiranya neutralkan balik.

Jika anda amalkan, insya Allah anda akan dapati;

1) Kurang rasa lapar, yang paling penting selera makan pun berkurang, walaupun ayam golek depan mata

2)Buah pinggang dapat air yang cukup untuk proses pembakaran gumpalan lemak (penting nii!!)

3)Berat badan jadi seimbang, tidak terlalu kurus dan tidak telalu gemuk.
sumber: ceritera ilmu

Suka juga untuk saya peringatkan yer...bagi ibu-ibu yang menyusukan anak..anda semua kena lebihkan lagi air dari kiraan tadi. Ini adalah kerana sebahagian air yg anda consume tu digunakan untuk generate susu...semakin kerap anda menyusu atau anda memerah susu untuk bayi anda, anda kena tambahkan lagi consume air sebagai gantian.
Jadi tak payah la bersusah-susah buang duit pergi ke salon yg mahal2 untuk jalani proses buang lemak yg belum tentu selamat untuk badan kita ni...Amalkan pemakanan vitamin yang sesuai dan minum air secara ideal. Anda akan dapati anda akan KEKAL SIHAT dan KEKAL LANGSING.

...dan tentunya BONUS untuk ibu-ibu menyusu kerana ANDA AKAN TETAP AKAN LANGSING!

Ingin tahu apakah pemakanan tambahan yg sesuai untuk anda kekal sihat walaupun menjalani program diet untuk kelangsingan, boleh dapatkan Konsultansi dari saya secara PERCUMA.

CUBA KIRA BERAPAKAH KEPERLUAN AIR ANDA?

Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer

Friday, 18 November 2011

Hari Diabetes Sedunia 2011

Hari Diabetes Sedunia adalah pada 14 November 2011 baru-baru ini. Seperti yg kita tahu diabetes adalah antara penyakit yg digeruni kerana kesannya kpd kehidupan amat menakutkan. Bagi penghidap diabetes, mereka mungkin berasa tertekan dan buntu kerana terpaksa mengawal pengambilan makanan akibat gula berlebihan dalam badan.

Siapakah Yang Berisiko Menghadapi Diabetes Ini?





Oleh itu, sebelum kita terkena penyakit ini , seelok-eloknya kita mencegahnya dengan mengamalkan cara pemakanan yg sihat dan berkualiti. Kenapa mesti sihat dan berkualiti? Sebab walaupun makan makanan yg tanpa lemak yg tinggi atau karbohidrat yg tinggi (yg mana kita consider pemakanan yg sihat) tapi kalau  zat atau nutrisinya tidak cukup atau rosak pada peringkat pemprosesan , ia tidak akan membantu kepada pembinaan kesihatan tubuh badan kita. Oleh sebab itu saya tekankan makan secara sihat dan berkualiti.

Bagi pengidap diabetes, kenyataannya boleh menikmati makanan seperti orang kebanyakkan namun mereka ini perlu mempunyai rutin pemakanan yg betul setiap hari bagi menjamin mereka memperoleh kehidupan yg sihat.

Apakah Makanan Tambahan Yang Dapat Membantu Pesakit Diabetes?

Antara pemakanan tambahan yang boleh membantu pesakit diabetes adalah seperti berikut:

B Complex
- paling penting kerana ia dilibatkan secara rapat dengan metabolisme gula dan pembebasan tenaga dan boleh meningkatkan penggunaan glukosa

Zinc
- antara yg paling penting diambil juga kerana insulin mengandungi zinc yg paling tinggi. Zinc banyak hilang ketika kita kencing dan ianya perlu diganti. Zinc juga membantu penyembuhan luka, ulser kulit, luka pembedahan dan sgt membantu dalam sistem pengimunan badan.

Fiber
- Terdapat 2 jenis fiber iaitu fiber jenis soluble (larut air) dan jenis insolubble. Fiber soluble adalah senjata paling baik bagi pengidap diabetes. Ia berfungsi mencegah perubahan paras gula darah secara mendadak dan mengurangkan kolestrol secara total. Sasaran jenis soluble kepada kolestrol jahat (LDL) manakala kolestrol baik (HDL) tidak diganggu. Fiber insoluble pula menolong bagi orang yg diabetes mengatasi sembelit.

Vitamin C
- Penyakit diabetes kerap diserang stress. Oleh itu vitamin C dipupuskan pd kadar yg amat tinggi, jadi ia perlu digantikan. Selain itu ia diperlukan untuk memperbaiki sistem imunisasi badan, menguatkan kapilari dan saluran darah agar saluran darah tidak mudah menbocorkan darah dalam tisu. Seprti yg kita sedia maklum vitamin C bagus dlm merawat selsema.

Garlic
-Satu lagi vitamin yg penting adalah Garlic yg mana ia dpt mengurangkan paras darah bagi kolestrol. Ia juga membantu menipiskan darah dan menyempurnakan sistem pengimunan. Ianya dianggap terbaik sebab pesakit cenderung dilanda serangan bakteria berbanding orang normal.

Calsium / Magnesium
- Memainkan fungsi fundamental dlm metabolisme karbohidrat, serta memainkan peranan khusus dlm tindakan insulin yg efisien. Paras magnesium yg rendah merupakan faktor utama dlm pengidap penyakit diabetes serta penyakit jantung.

EPA
- Eicosapentaenoic atau nama scientifiknya Omega 3.
- Mengurangkan paras triglycerides (lemak)
- Mengurangkan paras kolestrol
- Mengimbangkan tekanan darah
- Mengurangkan risiko berlakunya darah beku
- Mengurangkan 'platelet' yg melekit serta kepekatan darah
- Keistimewaan EPA adalah ia tidak menghasilkan kesan sampingan yg sering dikaitkan dgn Aspirin dan Steriods.

Lecitin
- Nature's Emulsifier yg membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E,K, Beta Caretone.
- Paling utama untuk proses metabolisme, kolestrol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
- lecitin dapat memecah serta mencairkan lemak terutam kolestrol.
- ia merendahkan total serum klestrol dan meninggikan kolestrol baik (HDL)
- Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yg tersendat di pembuluh darah.

Vitamin E
- Membantu masalah risiko tinggi kardiovaskular
- membantu arteri tersumbat
- melebarkan saluran darah
- melegakan beberapa bentuk neuropati - rasa kebas pd kaki.
- Mengurangkan keperluan insulin dlm 30 % pesakit diabetes.
- Meningkatkan bekalan darah kpd tisu.
-Menbantu penyembuhan ulser.


Apa kata Pesakit Diabetes Setelah Mencuba Pengambilan Vitamin Ini??

Saya cuba kongsikan kepada anda pengalaman pesakit diabetes ini merawat penyakit mereka menggunakan vitamin Shaklee. Boleh baca di SINI

"....memang benar dari suara, ibu dpt menyelami hati dan keaddan pesakit itu. Ibu percaya getaran suara pesakit itu mempunyai maksud yg sangat tersirat. Alhamdulillah, beliau sgt bahagia..lebih bahagia apabila ayah mertua beliau yg dulu mempunyai kencing manis dgn bacaan belasan digit tp kini hanya 6.1 dengan supplement Shaklee yg ibu suggest khas untuk orang kencing manis..."

Dan lagi  di SINI

"...alhamdulillah pagi ini, ibu diizinkan bertemu dgn ustz mus di kedai makan Ikhwan yg dahulunya dikenali sebagai kedai makan Mukmin. Memandangkan ibu pun memang berhajat hendak membeli roti canai pagi ini maka sempatlah ibu menyapa ustz mus yg kebetulan sedang membungkus roti canai bagi mereka yg tapau. Ustz mus mengatakan kakinya yg berlubang sudah beransur baik, alhamdulillah. Kandungan gula dalam darahnya yg dahulu bacaannya 20 dan  keatas kini semakin berkurang kepada 11, alhamdulillah. Berita ini menggembirakan ibu dan abah kerana kami berdua yg mencadangkan ustz us mencuba shaklee sbg rawatan unt mengubat kakinya yg berlubang itu....."


Ya, mencegah satu penyakit itu lebih baik dari merawatnya, tetapi sekiranya kita sudah terkena bukan bermakna dunia ini telah berakhir..kita kena yakin pada hakikat di mana nabi telah berpesan bahawa setiap penyakit ADA UBATNYA kecuali MATI...

maka, TIDAK SALAHKAN UNTUK KITA BERIKHTIAR....?

Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga, sanak saudara , sahabat handai, kawan kenalan yang merupakan pesakit diabetes, cubalah rawatan alternatif ini...dengan izin Allah ianya mungkin dapat membantu.

Semua pengambilan vitamin yg saya senaraikan di atas ADALAH MENGIKUT KEPERLUAN DAN TAHAP PESAKIT. BUKAN BOLEH DIAMBIL SEWENANG-WENANGNYA.

Konsultansi akan diberikan secara PERCUMA.


Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer


Thursday, 17 November 2011

Tips Memilih Minyak Wangi

Memandangkan bulan ni bulan kecantikkan , saya nak kongsi salah satu cabang kecantikan jugak...iaitu minyak wangi. Kita ni kalau kulit cantik, gebu tapi badan bau buat apa kan...

Rasulullah S.A.W sendiri pun memang suka pada bau bauan...tp pemakaian bau-bauan wangi ni mestilah mengikut garis panduan syariah Islam la yer...

Macamana nak memilih minyak wangi..?

  • ketahui fungsi minyak wangi iaitu daripada jenis Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette (semburan).
  • Eau de Parfum lebih tahan lama berbanding Eau de Toilette
  • Bau haruman pd botol tidak semestinya sama selepas anda memakainya. Sebaliknya, sembur haruman pada kertas atau pergelangan tangan untuk mendapatkan pengesahan.
  • Biarkan beberapa minit untuk mendapatkan bau sebenar meresap lalu dipastikan serasi atau tidak.
  • Sembur minyak wangi pd pergelangan tangan, bahagian nadi dan leher untuk memastikan haruman tahan lama dan merebak.
  • Tidak semestinya haruman yg dipakai org lain sama kesannya dengan anda kerana faktor biologi dan hormon badan manusia.
  • Hidu biji kopi andai anda ingin segera menghilangkan bau haruman dan mencuba haruman lain
  • Ada minyak wangi menjanjikan haruman berkekalan sehingga 8 jam apbl disembur. Secara purata, kesan bau haruman mampu bertahan 4 jam.

Ibu-ibu yg sedang mengandung pun jangan abaikan pemakaian bau-bauan yg tidak keterlaluan. Ini kerana ada sesetengah ibu ibu hamil mengeluarkan hormon badan yg kurang enak. Kadang2 dia sendiri tak perasan yg badan berbau, ini adalah kerana ketika hamil hormon dalam badan berubah.

Untuk ibu2 lain pun walaupun anda ni tak bekerja...maklumlah duk rumah je kan..tak bercampur orang lain...kena jaga gak la..takkan nk biarkan badan bau ikan goreng jerrr..suami nk tegur berbau takut kecik hati lak...

Jadi, ibu2 pastikan kebersihan diri dijaga yer..




Salam Sayang,


Ummi OmarAmeer

Wednesday, 16 November 2011

Secret Recipe Vitamin E

Salam semua..

Dalam minggu ni havoc dikalangan group Euphoria kami tentang kejayaan salah seorang rakan kami yang berjaya merawat suami beliau menggunakan produk Shaklee. Setahu saya chicken pox ni kena masa budak2 jer.. rupanya orang2 yg dah dewasa pun boleh dapat penyakit ni…termasuklah suami Fai ni…

Apa resepi kejayaan yg dia telah lakukan bagi merawat suami tercinta yg telah mendapat chicken pox ni? Jom mari kita baca kisah yg menyayat hati ini..boleh klik blog Fai di sini
“…Bulan July lepas, hubby kena chicken pox yang agak teruk. Habis satu muka dia penuh dengan parut2 chicken pox tu. Fai pn apa lagi, bila hubby baik jer dari chicken pox... Fai terus sapukan minyak vitamin E kat tempat2 parut di kawasan muka hubby. Memang sapu sungguh2 la sebab nk bagi parut2 tu cepat pudar. Hihi... Bila parut tu dah mula pudar, fai hanya sapukan vitamin E 2-3kali seminggu jer. Tapi yang penting Fai memang tak pernah skip bagi hubby basic vitamin (optimum set). Alhamdulillah... Setelah lebih kurang 2-3 bulan, parut-parut kat muka hubby semakin pudar dan berkurang... Syukur sangat..."
Anda teruja untuk melihat bagaimana proses pemulihan berlaku? Jom kita tgk gambar ini..

Apa macam? Sungguh menyayat hati,kan? Kasih seorang isteri merawat si suami..sanggup buat PUPUR MUKA GUNA VITAMIN E TUUU…

Kenapa tindakbalas vitamin E ini berkesan pada kulit?
Ini kerana antara fungsi vitamin E ini adalah dia dapat mengurangkan fatty acid daripada “oxidation”. Dengan demikian ia boleh meningkatkan jumlah oxygen kepada tisu-tisu.
Selain itu, ciri2 ANTIOKSIDAN yang ada pada vitamin E membantu mencegah kerosakan sel dan amat baik dalam membantu mempercepatkan proses baik pulih luka.
DAN SUDAH SEMESTINYA SANGAT FAMOUS DIKALANGAN ORANG YG MEENGGUNAKANNYA UNTUK MENDAPATKAN KULIT CANTIK!
Kenapa Vitamin E Shaklee ISTIMEWA?
Kelebihan vitamin E Shaklee kerana ia mengandungi mineral SELENIUM yg menyokong aktiviti vitamin E berfungsi sebagai sebahagian daripada komponen glutation peroksida iaitu sejenis enzim drp keluarga enzim antioksidan.
Cuba dulu baru tahu…
Jika anda inginkan produk yg HEBAT ini, bolehlah dapatkan dari saya sempena PROMOSI BULAN KECANTIKAN YANG MASIH BERLANGSUNG INI!

Salam Sayang,
Ummi OmarAmeer


Sunday, 13 November 2011

Apa Kata Pengguna Tentang NUTRIFERON...

Sekarang ni musim orang demam agaknya. Ramai yang demam, batuk-batuk, selsema dan macam-macam lagi. 

Dalam posting yang lepas saya telah menerangkan tentang NUTRIFERON dan apakah yang ISTIMEWA tentangnya. Jadi hari ini saya bawakan pegalaman seorang ibu yang menggunakan Vitamin C dan Nutriferon sebagai rawatan alternatif bila dijangkiti demam dan selsema.

Jom saya kongsikan ;





Entry ke 2 ni saya petik testimoni dari cik pau tentang kesan nutriferon ke atas ibu beliau...link ke entry beliau di sini

"...kali ini saya nak share tentang kesan penggunaan nutriferon untuk merawat batuk dan demam berpanjangan yang dihidapi oleh ibunda saya.minggu lalu, seminggu saya bercuti di selatan. 3 hari di skudai rumah bonda dan 3 hari di muar rumah mertua. kami bergegas pulang ke skudai memandangkan bonda dah seminggu demam dan batuk. takut melarat2 sebab katanya pergi klinik doktor takde jadi nurse cuma bagi ikut latest history dalam rekod bonda. risau juga bagi salah ubat. dah ler tu duduk rumah sorang2 jer tadek saper yang pantau.
sampai rumah, mmg badan bonda panas dan batuk2 tak berenti. sudah seminggu berbaring dan berselimut jer tak larat nak bangun. saya suakan nutriferon yang dilarut dalam air. lepas minum tak lama lepas tu bonda kata rasa mcm segar sikit. tak rasa sejuk2 dah... 3 hari di rumah bonda, saya beri minum nutriferon. hari ke 3 bonda dah sihat sepenuhnya dan dah mula menjamah makanan. sebelum tu mmg tak makan. asyik minum jerk. risau juga takut kena gastrik. alhamdulillah skang nih dah sihat.
nampaknya tak sia2 saya spare nutriferon. nutriferon mesti diambil sehingga pesakit beransur sembuh. saya juga membekalkan vitamin lain untuk bonda iaitu, vitamin C, B complex, alfalfa dan ostematrix. asyik makan ubat darah tinggi jerk... kena la jugak makan vitamin. faham2 jerk laa warga emas nih dah tak lalu nak makan banyak. balik2 roti.. roti... biskut... itu juga yang dia makan. cemana nak dapat vitamin yang seimbang kalau bukan dengan supplement. hope lepas nih bonda istiqamah makan vitamin dan dapat menjaga kesihatan sebaiknya.~

Anda bagaimana? Cuba dulu baru tahu...


Salam Sayang,


Ummi OmarAmeer


 
 

Saturday, 12 November 2011

Vitamin?! ieeeee…Tak Naklah..Saya Takut Gemuk!

Satu hari saya seorang customer saya sms saya menanyakan kenapa selepas dia mengambil vitamin dia menjadi kerap lapar. Dan dia mula bimbang yang dia akan menjadi gemuk kerana dia sudah semakin kerap makan. Customer saya ni mengambil vitalea, B complex, vitamin C dan Kalsium.

Untuk pengetahuan anda semua, pengambilan B complex boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glucose untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.

Hakikatnya vitamin B adalah vitamin yg dikenali sebagai vitamin ‘starter plug’ yg menukarkan gula menjadi tenaga. Kekurangan Vitamin B ini akan menyebabkan makanan tidak ditukarkan sepenuhnya menjadi tenaga, maka risiko kencing manis, jantung tersumbat mahupun risiko kegemukkan mudah berlaku. Itulah sebabnya mereka yg mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga.

Walau bagaimanapun ada sesetengah individu yang tidak dapat mengawal nafsu makannya. Rasa jer lapar dia akan terus makan..makan ..dan makan…dan makanan yg diambil pula TINGGI dengan KARBOHIDRAT dan KAYA dengan LEMAK!

Jadi betulkah pengambilan vitamin B ini anda akan jadi gemuk?? Oh, sudah tentunya TIDAK! Bahkan Vitamin B menggalakan pembakaran karbohidrat, lemak dan protein menyebabkan ianya digunakan dalam pengurusan penurunan berat badan.

Sebab itulah pengambilan B complex sangat popular dikalangan ibu2 yang bekerja kerana mereka perlukan badan mereka maintain cergas. Kalau badan asyik letih ajer, macamana nak uruskan rumahtangga , anak-anak, nak layan suami lagi…Suami mana yg tahan kalau balik jer dari tempat keje isteri layu, kuyu, letih dan lesu…Jangan sampai suami beralih arah kepada orang lain barulah kita terkocoh-kocoh cari vitamin tu vitamin ni, semua benda kita nak telan…

Jadi untuk anda yg mengambil vitamin..jangan bimbang…pastikan anda mengambil 3 meal dengan masa yg teratur. Jika terasa lapar diantara waktu tersebut, cubalah makan buah-buhan atau makanan yg kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan. Anda juga boleh amalkan makan buah kurma atau kunyah kismis yg baik yg sudah diketahui baik untuk kesihatan. Dan jangan lupa juga minum banyak air untuk membuang toksik dalam badan, untuk pencernaan dan melancarkan pengaliran darah.

Selamat Mencuba!






Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer




Friday, 11 November 2011

Tips Apa Yg Perlu Anda Buat Sekiranya Anak Jatuh Sakit

Alhamdulillah, tips ini saya belajar dari seorang kenalan dari Miri, Sarawak. Sekiranya anak anda demam atau jatuh sakit cubalah tips berikut :

·         Keluarkan sedikit daripada wang anda untuk disedekahkan dan mesti berniat mohon pada Allah , berkat dari pahala sedekah ini akan menyembuhkan anak anda.



·         Bangun setiap malam dan sapukan minyak telon atau minyak burung unta pada belakang badan anak anda sekitar jam 1 @ 2 pagi…petua dari orang Cina yang membantu untuk kurangkan kahak.



·         Mandikan anak 3 kali sehari bagi memastikan suhu badan anak anda stabil. Kebiasaannya, kita pernah dengar kalau anak demam tak boleh mandikan, kan? Petua mandikan anak 3 kali sehari sangat membantu anak menghembuskan cecair yang tersumbat dalam hidungnya setiap kali lepas mandi. Waktu yg sesuai untuk mandikan anak adalah pada puku 8 pagi, 1 tengahari dan 5 petang. Rupanya, Ibu mertua saya memang mempraktikkan cara ini pada cucu2 dia juga yg sebelum ni memang saya tidak tahu bahawa ianya baik untuk diamalkan.



·         Sapukan minyak telon atau minyak burung unta setiap kali selepas mandi di ubun2, belakang telinga, tapak tangan, tapak kaki, dada, bahagian belakang badan dan betisnya. Vi**s…bukanlah suatu yang disarankan digunapakai walaupun ianya tertulis khas untuk kanak-kanak. Saya baru teringat satu ketika dulu suami saya pernah berkata pada saya supaya jangan amalkan penggunaan Vi**s ini kerana ia tidak bagus untuk anak-anak. Emm..patut laa..



·         Memandangkan saya breasfeed, saya pastikan saya mengambil vitamin C 1 biji pagi dan 1 biji malam dan perlu dipatahkan sebelum makan.



·         Pengambilan ‘immune booster’ Nutriferon juga baik diamalkan.



·         Dan pastikan sekiranya anak anda masih menyusu, bagi susu pada anak anda sekerap yang boleh.



Insya Allah…dengan izin Allah, tips ini diharapkan dapat membantu.



Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer