Saturday 12 November 2011

Vitamin?! ieeeee…Tak Naklah..Saya Takut Gemuk!

Satu hari saya seorang customer saya sms saya menanyakan kenapa selepas dia mengambil vitamin dia menjadi kerap lapar. Dan dia mula bimbang yang dia akan menjadi gemuk kerana dia sudah semakin kerap makan. Customer saya ni mengambil vitalea, B complex, vitamin C dan Kalsium.

Untuk pengetahuan anda semua, pengambilan B complex boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glucose untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.

Hakikatnya vitamin B adalah vitamin yg dikenali sebagai vitamin ‘starter plug’ yg menukarkan gula menjadi tenaga. Kekurangan Vitamin B ini akan menyebabkan makanan tidak ditukarkan sepenuhnya menjadi tenaga, maka risiko kencing manis, jantung tersumbat mahupun risiko kegemukkan mudah berlaku. Itulah sebabnya mereka yg mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga.

Walau bagaimanapun ada sesetengah individu yang tidak dapat mengawal nafsu makannya. Rasa jer lapar dia akan terus makan..makan ..dan makan…dan makanan yg diambil pula TINGGI dengan KARBOHIDRAT dan KAYA dengan LEMAK!

Jadi betulkah pengambilan vitamin B ini anda akan jadi gemuk?? Oh, sudah tentunya TIDAK! Bahkan Vitamin B menggalakan pembakaran karbohidrat, lemak dan protein menyebabkan ianya digunakan dalam pengurusan penurunan berat badan.

Sebab itulah pengambilan B complex sangat popular dikalangan ibu2 yang bekerja kerana mereka perlukan badan mereka maintain cergas. Kalau badan asyik letih ajer, macamana nak uruskan rumahtangga , anak-anak, nak layan suami lagi…Suami mana yg tahan kalau balik jer dari tempat keje isteri layu, kuyu, letih dan lesu…Jangan sampai suami beralih arah kepada orang lain barulah kita terkocoh-kocoh cari vitamin tu vitamin ni, semua benda kita nak telan…

Jadi untuk anda yg mengambil vitamin..jangan bimbang…pastikan anda mengambil 3 meal dengan masa yg teratur. Jika terasa lapar diantara waktu tersebut, cubalah makan buah-buhan atau makanan yg kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan. Anda juga boleh amalkan makan buah kurma atau kunyah kismis yg baik yg sudah diketahui baik untuk kesihatan. Dan jangan lupa juga minum banyak air untuk membuang toksik dalam badan, untuk pencernaan dan melancarkan pengaliran darah.

Selamat Mencuba!






Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer




No comments:

Post a Comment