Friday 13 January 2012

1316 0z Dalam Masa 55 Hari!

Wah! Teruja tak?

Bagi ibu-ibu yang belum pernah memberikan penyusuan penuh susu ibu kepada anak-anaknya, ingin saya kongsikan di sini bahawa memberikan penyusuan  penuh susuibu kepada anak-anak kita bukanlah suatu yang amat rumit dan bukan juga suatu pekerjaan yang sangat menyusahkan. Sekiranya niat kita telah bulat, kita hanya perlu tahu beberapa teknik dan kaedah penyusuan. Sekiranya kita ada 2 elemen besar ini saya rasa ibu-ibu akan berjaya dalam penyusuan.

Kenapa niat yang bulat itu penting?

Ini adalah kerana sekiranya si ibu sudah bertekad yang dia akan memberikan penyusuan kpd anaknya, apa sahaja cabaran yang mendatang , si ibu tidak akan mudah berputus asa, kecewa atau pun mudah mengalah. Apabila minda kita sentiasa positif, perjalanan penyusuan akan lebih mudah. 

Oleh itu persediaan awal itu penting. Sekiranya si ibu telah membuat persediaan awal, si ibu tidak akan stress sekiranya ada hari2 susu ibu merudum. Akan ada masa-masa sukar dalam penyusuan, namun semuanya akan dapat dihadapi sekiranya kita sudah terbiasa.

Bak kata pepatah la, alah bisa tegal biasa!

Jom baca , apa kata Shima Samat tentang ini...





Salam sayang,

Ummi OmarAmeer

Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.
 
Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual pam dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.

No comments:

Post a Comment