Thursday 5 January 2012

Ingin Kulit Cantik....?


Semalam semasa saya lunch di satu kedai makan di wakaf che yeh, ada seorang wanita yg berbual bual dengan temannya di sebelah meja saya. Dia bercerita tentang dia telah mencuba satu jenama produk kecantikkan kulit dan kesan dari pemakaian produk itu, 4 hari dia tak keluar rumah sebab produk itu menyebabkan kulitnya menjadi menggelupas dan terasa pedih. Saya yang duduk berdekatan dengannya hanya mampu mendengar sahaja dia khusyuk bercerita.


Sambil-sambil menjamu selera, saya terfikir kenapa bila sebut pasal kecantikkan kulit wajah, kenapa orang lebih berminat untuk merawat kulit secara luaran sahaja...bagi saya merawat kulit muka mestilah dari dalam dan luaran juga. Tapi rawatan secara dalaman perlu lebih diberi perhatian. Kenapa? Kerana muka kita kan terdiri dari sel-sel. Sekiranya muka kita penuh jerawat atau bermasalah tandanya sel-sel kulit muka kita tidak sihat. Sel-sel yang tidak sihat inilah yang menjadikan kulit muka kita ada masalah. Jadi sel-sel inilah yang kena dirawat dahulu.


Sel tidak sihat adalah disebabkan tidak mendapat cukup nutrisi. Jadi untuk mendapatkan kulit sihat kita hendaklah memastikan diet pemakanan kita cukup dengan zat dan nutrisi. Nutrisi dan zat yang baik untuk kulit adalah seperti Vitamin C , Vitamin E , Protein dan lain-lain. Penyerapan vitamin dan protein yang cukup menyebabkan sel-sel akan hidup dengan sihat. Apabila sel hidup dengan sihat tentunya menghasilkan kulit yang cantik, kan? 


Sekiranya kita tidak dapat menyediakan keperluan zat yang seimbang setiap hari, contohnya hidangan buah setiap hari bagi mendapat vitamin C, maka pengambilan supplemen sangat membantu dalam mengisi kekurangan zat tersebut dalam diet pemakanan harian kita.


Jadi tak salah kalau kita nak membuat rawatan kulit luaran tapi kalau mendatangkan kesakitan pada diri sendiri, berbaloikah? Silap silap haribulan kulit muka menjadi semakin teruk. Kecantikkan dalaman lebih kekal lama sebenarnya. Jadi fikir-fikirkanlah....

Salam sayang,
Ummi OmarAmeer
Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.

Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.

No comments:

Post a Comment