Friday, 6 January 2012

Baru ambik lecithin dalam 10 hari..lemak dah kurang...

Kenapa pengambilan lecithin boleh mengurangkan kolestrol dan berat badan?

Antara khasiat lecithin yang paling utama adalah membantu proses metabolisma badan. Lecithin juga berfungsi untuk memecahkan serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Ianya memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh-pembuluh darah. Ia menurunkan total serum kolestrol dan meninggikan kolestrol baik (HDL).

Saya sendiri mengalami masalah perut buncit. Biasalah orang yang mengalami proses bersalin secara ceaserian memang menghadapi masalah macam saya ni. Jadi saya cuba mengambil Lecithin bagi mengatasi masalah saya. Saya telah mencuba Lecithin sejak 5 hari yang lalu..selepas 5 hari, saya merasakan perut saya sedikit kempis dari biasa. Memang tak perasan pada mulanya, tapi bila saya amati ..eh, memang ya lah...walaupun berat saya tak turun tapi ini sudah menjadi satu petanda yang baik!

Saya pun tidak mahu makan produk yang menyebabkan berat badan turun secara cepat dan mendadak kerana saya tahu ianya tidak selamat. Berat badan turun secara berdikit-dikit lebih selamat saya rasa...tu pun cara saya makan kadang-kadang ingat , kadang-kadang tak....insya Allah lepas ni kena konsisten ni....

Kalau anda nak perut kempis, jangan harapkan makan supplemen jerrr....senaman tu perlu jugak...duk mengharap pada supplemen tapi peluh sayang nak keluarkan...

Dengan berpeluhlah toksik dalam badan dapat dikeluarkan dari liang-liang roma kulit dan lapisan lemak dibawah kulit dapat dicairkan. Kalau senaman yang sesuai untuk kempiskan perut adalah senaman seat-up. Saya pun dah start mencubanya...baru sangat jerr lagi...hehehehehe...

Tapi ader geng saya yang mengambil Lecithin Shaklee ni dan dia sekarang ni dalam mood yang gembira...kenapa dia gembira...? Jom baca apa katanya...




Best, kan ? Best jadi slim ni...rasa semangat jer nak pakai baju cantik-cantik...bukan untuk orang lain pun..untuk suami ku jugaaaakkkk...




Salam sayang,
Ummi OmarAmeer
Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.
Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.


Thursday, 5 January 2012

Ingin Kulit Cantik....?


Semalam semasa saya lunch di satu kedai makan di wakaf che yeh, ada seorang wanita yg berbual bual dengan temannya di sebelah meja saya. Dia bercerita tentang dia telah mencuba satu jenama produk kecantikkan kulit dan kesan dari pemakaian produk itu, 4 hari dia tak keluar rumah sebab produk itu menyebabkan kulitnya menjadi menggelupas dan terasa pedih. Saya yang duduk berdekatan dengannya hanya mampu mendengar sahaja dia khusyuk bercerita.


Sambil-sambil menjamu selera, saya terfikir kenapa bila sebut pasal kecantikkan kulit wajah, kenapa orang lebih berminat untuk merawat kulit secara luaran sahaja...bagi saya merawat kulit muka mestilah dari dalam dan luaran juga. Tapi rawatan secara dalaman perlu lebih diberi perhatian. Kenapa? Kerana muka kita kan terdiri dari sel-sel. Sekiranya muka kita penuh jerawat atau bermasalah tandanya sel-sel kulit muka kita tidak sihat. Sel-sel yang tidak sihat inilah yang menjadikan kulit muka kita ada masalah. Jadi sel-sel inilah yang kena dirawat dahulu.


Sel tidak sihat adalah disebabkan tidak mendapat cukup nutrisi. Jadi untuk mendapatkan kulit sihat kita hendaklah memastikan diet pemakanan kita cukup dengan zat dan nutrisi. Nutrisi dan zat yang baik untuk kulit adalah seperti Vitamin C , Vitamin E , Protein dan lain-lain. Penyerapan vitamin dan protein yang cukup menyebabkan sel-sel akan hidup dengan sihat. Apabila sel hidup dengan sihat tentunya menghasilkan kulit yang cantik, kan? 


Sekiranya kita tidak dapat menyediakan keperluan zat yang seimbang setiap hari, contohnya hidangan buah setiap hari bagi mendapat vitamin C, maka pengambilan supplemen sangat membantu dalam mengisi kekurangan zat tersebut dalam diet pemakanan harian kita.


Jadi tak salah kalau kita nak membuat rawatan kulit luaran tapi kalau mendatangkan kesakitan pada diri sendiri, berbaloikah? Silap silap haribulan kulit muka menjadi semakin teruk. Kecantikkan dalaman lebih kekal lama sebenarnya. Jadi fikir-fikirkanlah....

Salam sayang,
Ummi OmarAmeer
Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.

Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.

Wednesday, 4 January 2012

Alahan Pemakanan

Alahan pemakanan adalah kesan tindakbalas yg memudaratkan kesihatan akibat kelemahan sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan. Ia kerap berlaku dikalangan kanak-kanak dan secara amnya, 2% daripada kanak-kanak dikesan mengalami alahan pemakanan. Kebanyakkan masalah alahan di kalangan kanak-kanak dapat dikesan pada usia muda seawal umur 3 tahun. Bagi orang dewasa, lazimnya hanya 1% yg terjejas dengan masalah alahan pemakanan daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. (Kementerian Kesihatan Malaysia)

Antara makanan yang biasanya menyebabkan alahan merangkumi:
  • Susu lembu
  • Makanan laut seperti udang dan ketam
  • Telur
  • Kacang soya
  • Gandum
  • Kacang tanah
  • Kekacang
  • Jagung
  • Sesetengah bahan pewarna dan bahan perasa.

Bilakah seseorang itu disyaki mengalami alahan makanan?

Tanda-tanda dan gejala alahan makanan termasuklah:
  1. Termengah-mengah dan sukar untuk bernafas
  2. Ruam pada kulit termasuklah gatal-gatal kulit (tompok-tompok gatal)
  3. Rasa loya, muntah, sakit perut, dan cirit birit.
  4. Anafilasis iaitu reaksi teruk yg berhubung dgn kesukaran bernafas, bengkak dlm mulut dan kerongkong, penurunan tekanan darah yg boleh biasanya boleh berlaku dgn cepat setelah mengambil makanan dlm jangkamasa beberapa minit sahaja. Gejala yg sama boleh berlaku dalam alahan penyakit yang lain, maka pemeriksaan doctor perlu dilakukan untuk membuat diagnosis yg tepat.

Antara langkah-langkah untuk merawat alahan makanan termasuk:


Mendapat rawatan perubatan kecemasan dgn segera. Kebiasaanya antihistamine, bronchodilators, steroid, bukaan laluan pernafasan dan cecair intravascular adalah diperlukan dlm rawatan alahan pemakanan.

Apakah Strategi Pencegahan?


1. Menggalakkan penyusuan susu ibu sepenuhnya sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan. Ini terutamanya penting bagi mereka yang tergolong dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan pemakanan. Susu ibu adalah nutrient yg terbaik bagi bayi untuk meningkatkan daya tahan tubuh dari sebarang alahan.
2. Membaca label dan berhati-hati dengan kandungan bahan-bahan yang bersembunyi dlm produk makanan yg mungkin tidak dinyatakan pada label makanan.
3. Elakkan makanan laut seperti udang dan ketam yang boleh mengakibatkan tindak balas silang.
4. Pihak guru hendaklah dimaklumkan tentang pelajar-pelajar yang mempunyai masalah alahan supaya pelan tindakan boleh disediakan.
Omar Ramadhan, anak saya yang pertama adalah kanak2 yang mengalami masalah alahan. Pada awal kelahiran, kulitnya merah dan menggelupas. Bila refer kepada doctor, doctor mengesahkan anak saya itu mengalami eczema. Bila dia besar sikit dan boleh makan solid food, saya banyak buat test ke atasnya nak tahu makanan apa yang dia boleh makan dan apa yang tidak boleh. Apabila umurnya meningkat saya mendapat tahu makanan yang dia paling alah adalah telur. Seafood saya tak pernah cuba bagi sebab commonnya orang yg alah pada makanan tentunya seafood adalah perkara pertama yg perlu dielakkan.
Omar Ramadhan dan Ameer Rayyan
Omar Ramadhan ni seriusnya keadaan alahannya pada telur, sekiranya dia makan sesuatu yg ada contain telur dlm makanan tersebut automatic tubuhnya tidak menerima dan menolaknya keluar dari tubuhnya. Dan kebiasaanya, dia akan muntah. Kek adalah contoh makanan yang tidak boleh diterima oleh tubuhnya.
Berkaitan dengan kulitnya yang merah dan menggelupas dahulu…semakin meningkat umur, kulitnya semakin baik tapi kadang2 ada jugak kegatalan pada kulitnya datang kembali tapi tidak seteruk dahulu. Saya cuma pastikan kulit dia sentiasa lembab dengan menyapu krim, minyak atau losyen.
Jadi bila saya mengandung anak yang ke 2, saya berazam untuk menyusukan sepenuhnya anak saya dengan susu badan kerana saya tahu susu ibu memang mengandungi antibody yang kuat sesuai dengan keperluan bayi.
Dan Alhamdulillah berkat kesabaran dan ketabahan mengepam susu sebagai bekalan untuknya kerana saya berkerja di pejabat, Ameer Rayyan, anak saya yg ke 2 ini tiada langsung mengalami alahan kulit mahupun alahan pemakanan. Telur pun dia boleh makan. Bulan 5 tahun ini genaplah umur anak saya 2 tahun dan saya masih memberi susu ibu kepadanya. Alhamdulillah…
Salam sayang,
Ummi OmarAmeer
Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.
Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMAjadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.

Monday, 2 January 2012

Kenapa ESP menjadi TOP BEST SELLER !

Fakta tentang ESP yang perlu anda TAHU

  • Energizing Soy Protein membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • Tahu kan, asas tubuh kita adalah sel. Dari sel ini akan membentuk organ, dan akhirnya membentuk sistem tubuh kita.
  • Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.Selain soya, protein boleh diperolehi daripada daging, ikan dan telur.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.
  • Tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna, perasa dan pemanis.
  • Tidak boleh dibancuh dengan air panas kerana ini akan merosakkan protein


    Apakah Beza ESP (singkatan bagi Energizing Soy Protein) dengan sumber protein lain?

    • Sumber protein lain mempunyai banyak side effect jika diambil dalam kuantiti yang banyak.
    • Contohnya, daging jika diambil dengan kuantiti banyak akan berpotensi menaikkan kolestrol dalam badan kerana kandungan lemaknya.
    • Ikan mengandungi merkuri terutama ikan dari jenis yang besar. Telur juga mengandungi kolesterol yang tinggi jika diambil dengan banyak.



    Apa beza ESP dengan minuman soya jenis lain?
    • Protein adalah zat yang tidak tahan panas, kepanasan akan merosakkan elemen protein.
    • Kebanyakan air soya di pasaran, meskipun yang dibuat sendiri akan melalui proses dimana soya2 ini dimasak dalam suhu tinggi dan ini akan merosakkan kandungan protein di dalamnya.
    • ESP tidak melalui proses tersebut dan kandungan protein di dalamnya terpelihara.



    Siapa yang patut mengambil ESP?
    Dicadangkan kepada semua kerana ia adalah asas pembentukan badan kita. Namun kepada golongan2 di bawah adalah lebih utama untuk mengambil ESP.
    • Mereka yang sentiasa sibuk
    • Mereka yang selalu berasa letih 
    • Ibu mengandung
    •  Ibu yang menyusukan anak
    • Sesuai untuk seisi keluarga

      

    Apakah kebaikan ESP selain membina sel?

    • Membekalkan tenaga
    • Memberikan rasa kenyang
    • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
    • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
    • Membanyakkan susu badan


    Jom kata baca apa yang dikatakan oleh para pengguna tentang ESP








    Salam sayang,

    Ummi OmarAmeer


    Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.

    Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.

    Sunday, 1 January 2012

    Basic H : Organic Super Cleaning Concentrate Yang Disukai Ramai!


     

    Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi

    Basic H Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa.

    Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.


    Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
    • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
    • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
    • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
    • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
    • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan


     
    Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
    • Dinding
    • Permukaan dapur, jubin dan lantai
    • Peralatan
    • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
    • Tingkap dan cermin
    • Perkakas
    • Benda-benda diperbuat daripada kayu
    • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)


    Tahukah Anda?

    Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.



    Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.



    Cara Penggunaan Untuk Kesan Lebih Memuaskan

    Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
    Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
    Periuk, besen dan pinggan mangkuk
    Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air
    Tingkap dan cermin
    Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
    Lantai
    Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
    Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
    Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

     
    Perbezaan Shaklee

    Selamat
    • Tidak bertoksik
    • Tanpa gas beracun
    • Tanpa bahan kimia berbahaya
    • Tanpa bahan pewangi
    • Lembut pada tangan
    • pH seimbang
    • Tanpa klorin
    Berkesan
    • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
    • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
    • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
    Mesra Alam
    • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
    • Biorosot
    • Tanpa fosfat
    • Bungkusan yang boleh kitar semula
    • Tanpa bahan pewarna
    • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

    Dapatkan Basic H anda pada HARI INI!
     
    Salam sayang,
    Ummi OmarAmeer
     
    Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.
     
    Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.