Wednesday 4 January 2012

Alahan Pemakanan

Alahan pemakanan adalah kesan tindakbalas yg memudaratkan kesihatan akibat kelemahan sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan. Ia kerap berlaku dikalangan kanak-kanak dan secara amnya, 2% daripada kanak-kanak dikesan mengalami alahan pemakanan. Kebanyakkan masalah alahan di kalangan kanak-kanak dapat dikesan pada usia muda seawal umur 3 tahun. Bagi orang dewasa, lazimnya hanya 1% yg terjejas dengan masalah alahan pemakanan daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. (Kementerian Kesihatan Malaysia)

Antara makanan yang biasanya menyebabkan alahan merangkumi:
  • Susu lembu
  • Makanan laut seperti udang dan ketam
  • Telur
  • Kacang soya
  • Gandum
  • Kacang tanah
  • Kekacang
  • Jagung
  • Sesetengah bahan pewarna dan bahan perasa.

Bilakah seseorang itu disyaki mengalami alahan makanan?

Tanda-tanda dan gejala alahan makanan termasuklah:
  1. Termengah-mengah dan sukar untuk bernafas
  2. Ruam pada kulit termasuklah gatal-gatal kulit (tompok-tompok gatal)
  3. Rasa loya, muntah, sakit perut, dan cirit birit.
  4. Anafilasis iaitu reaksi teruk yg berhubung dgn kesukaran bernafas, bengkak dlm mulut dan kerongkong, penurunan tekanan darah yg boleh biasanya boleh berlaku dgn cepat setelah mengambil makanan dlm jangkamasa beberapa minit sahaja. Gejala yg sama boleh berlaku dalam alahan penyakit yang lain, maka pemeriksaan doctor perlu dilakukan untuk membuat diagnosis yg tepat.

Antara langkah-langkah untuk merawat alahan makanan termasuk:


Mendapat rawatan perubatan kecemasan dgn segera. Kebiasaanya antihistamine, bronchodilators, steroid, bukaan laluan pernafasan dan cecair intravascular adalah diperlukan dlm rawatan alahan pemakanan.

Apakah Strategi Pencegahan?


1. Menggalakkan penyusuan susu ibu sepenuhnya sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan. Ini terutamanya penting bagi mereka yang tergolong dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan pemakanan. Susu ibu adalah nutrient yg terbaik bagi bayi untuk meningkatkan daya tahan tubuh dari sebarang alahan.
2. Membaca label dan berhati-hati dengan kandungan bahan-bahan yang bersembunyi dlm produk makanan yg mungkin tidak dinyatakan pada label makanan.
3. Elakkan makanan laut seperti udang dan ketam yang boleh mengakibatkan tindak balas silang.
4. Pihak guru hendaklah dimaklumkan tentang pelajar-pelajar yang mempunyai masalah alahan supaya pelan tindakan boleh disediakan.
Omar Ramadhan, anak saya yang pertama adalah kanak2 yang mengalami masalah alahan. Pada awal kelahiran, kulitnya merah dan menggelupas. Bila refer kepada doctor, doctor mengesahkan anak saya itu mengalami eczema. Bila dia besar sikit dan boleh makan solid food, saya banyak buat test ke atasnya nak tahu makanan apa yang dia boleh makan dan apa yang tidak boleh. Apabila umurnya meningkat saya mendapat tahu makanan yang dia paling alah adalah telur. Seafood saya tak pernah cuba bagi sebab commonnya orang yg alah pada makanan tentunya seafood adalah perkara pertama yg perlu dielakkan.
Omar Ramadhan dan Ameer Rayyan
Omar Ramadhan ni seriusnya keadaan alahannya pada telur, sekiranya dia makan sesuatu yg ada contain telur dlm makanan tersebut automatic tubuhnya tidak menerima dan menolaknya keluar dari tubuhnya. Dan kebiasaanya, dia akan muntah. Kek adalah contoh makanan yang tidak boleh diterima oleh tubuhnya.
Berkaitan dengan kulitnya yang merah dan menggelupas dahulu…semakin meningkat umur, kulitnya semakin baik tapi kadang2 ada jugak kegatalan pada kulitnya datang kembali tapi tidak seteruk dahulu. Saya cuma pastikan kulit dia sentiasa lembab dengan menyapu krim, minyak atau losyen.
Jadi bila saya mengandung anak yang ke 2, saya berazam untuk menyusukan sepenuhnya anak saya dengan susu badan kerana saya tahu susu ibu memang mengandungi antibody yang kuat sesuai dengan keperluan bayi.
Dan Alhamdulillah berkat kesabaran dan ketabahan mengepam susu sebagai bekalan untuknya kerana saya berkerja di pejabat, Ameer Rayyan, anak saya yg ke 2 ini tiada langsung mengalami alahan kulit mahupun alahan pemakanan. Telur pun dia boleh makan. Bulan 5 tahun ini genaplah umur anak saya 2 tahun dan saya masih memberi susu ibu kepadanya. Alhamdulillah…
Salam sayang,
Ummi OmarAmeer
Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.
Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMAjadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.

No comments:

Post a Comment