Thursday 8 December 2011

Osteoporosis : Reput Seawal Usia 30 an!


Apakah Osteoporosis?

Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.


Bagaimana Ia Boleh Berlaku?

Ia berlaku apabila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.

Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik.  

Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.


Tanda dan Gejala

Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul. Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan.

Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.

Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan; bagi setengah warga usia emas mereka tidak boleh hidup berikut kecederaan. Sesetengah warga emas tidak boleh hidup berdikari jika mengalami kecederaan.

Bongkok yang biasa berlaku di kalangan warga usia emas adalah satu gejala osteoporosis. Ia berlaku apabila tulang vertebra patah ( atau pecah ) membuatkan susah untuk menyokong berat badan.

Tulang tebal dan kuat semasa remaja. Pada sekitar umur 35 tahun, lebih banyak tisu tulang yang hilang daripada yang diganti. Ini menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah. Orang yang kerap melakukan senaman semasa muda, dan masih aktif semasa berumur, kurang risiko mendapat osteoporosis, kerana tulang masih kuat.

Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki. Ini disebabkan penurunan hormon oestrogen selepas menopos.



Komplikasi

Osteoporosis menyebabkan kurang ketinggian badan, akibat kepatahan tulang belakang (spinal ). Ini bermakna tulang belakang tidak lagi mampu untuk menyokong berat badan, dan menyebabkan bentuk badan yang sedikit membongkok . Kebiasaannya kemalangan kecil boleh menyebabkan patah atau rentak di pergelangan tangan , lengan, leher atau tulang pinggul.

Sesetengah orang menjadi tidak berupaya kesan daripada tulang yang lemah. Penggantian semula tulang pinggul selalunya diperlukan sekiranya ia patah, dan ini akan menyebabkan pesakit tidak mampu berjalan sendiri.



Menakutkan, kan? Di Malaysia , tahap kesedaran tentang penyakit Osteoporosis amat rendah. Sebab itulah ramai di kalangan kita tidak mengendahkan pengambilan kalsium. Memang manusia ni macam tu lah kan...biasanya bila dah terkena baru lah nak mencari ubatnya. Ataupun kita fikir, penyakit ni dialami oleh orang tua jer..."aku lambat lagi nak tua...",
Mungkin itulah persepsi kita. Tuan puan, adik kakak,....tulang ni kalau tak makan kalsium hari ni bukannya terus reput hari ni..ianya makan masa. Masa ni memang la kita rasa tulang kita kuat lagi..tapi cuba bayangkan 10 tahun dari sekarang, 20 tahun dari sekarang...?
Sebab tulah mengambilan kalsium ni kena ambik masa kita muda lagi..supaya nanti tulang akan kekal kuat apabila usia kita bertambah dan ingat yer..jumlah keperluan kalsium dewasa adalah sebanyak 1000mg sehari.
Sekiranya anda mengambil Ostematrix, anda kena ambik 4 biji kerana satu biji bersamaan dengan 250 mg sahaja. Kalau nak harap minum susu sahaja , of course belum mencukupi.

Mari kita baca sama2 fakta berkenaan Ostematrix Shaklee ni;

Komprehensif, Terbukti Secara Klinikal dan Mudah Ditelan

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:

OsteMatrix Membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Kaplet bersalut yang mudah ditelan
  • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.
Hah, sapa-sapa yang rasa umur dia nak mencecah 30 an atau dah melebihi 30 an tapi belum ambik kalsium lagi tu, bolehlah rasanya start ambik kalsium mulai sekarang SEBELUM TERLAMBAT...


Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer

No comments:

Post a Comment