Wednesday 2 November 2011

Susu protein membantu orang yang mengalami tekanan darah rendah??

‘Orang yang tekanan darahnya adalah rendah, badannya akan cepat letih’ , itulah kata-kata yang saya penah dengar dari doktor..dan ibu saya adalah salah seorang daripadanya.

Masalah yang dihadapi oleh ibu saya memang sudah lama, seumur ingatan saya…sampai satu tahap yang dia terpaksa bersolat sambil duduk kerana tak tahan untuk berdiri lama. Begitu juga kalau hendak mencuci pinggan mangkuk, ibu memang tidak tahan untuk berdiri. Kalau kami sekeluarga merancang untuk keluar makan angin, ibu cepat-cepat menolak, tidak mahu ikut serta, takut balik nanti penat katanya.  Selain itu, seingat saya ibu saya juga sering mengadu pedih ulu hati. Ada orang bahasakan sakit gastrik atau medu.

Saya memang risaukan tentang kesihatan ibu saya selama masa itu. Oleh kerana ibu saya pun tidak begitu mempunyai selera makan , saya fikirkan minum susu adalah perkara terbaik yang boleh berikan tenaga, zat ataupun sekurang-kurangnya dapat meredakan sedikit pedih ulu hatinya. Macam-macam susu yang telah saya belikan kasi ibu makan. Susu brand A, brand B , brand C dan bermacam-macam brand yang ada dipasaran telah saya cuba..tapi keadaan ibu saya tetap macam biasa, tidak berubah.

Selepas saya mendapat anak yang ke 2, antara amalan bagi mengekalkan dan membekalkan  penyusuan penuh berkhasiat kepada anak saya adalah dengan mengambil susu protein ESP Shaklee. Bila saya sudah merasakan kebaikkan susu ini pada anak saya , lalu saya  mengesyorkan pada ibu saya supaya beliau mencuba.  Nak tahu apa yang berlaku?

Selama 2 minggu ibu saya mengambil susu ini secara konsisten, Alhamdulillah…sudah ada perubahan yang dapat saya lihat pada diri ibu. Percaya tak? Dia sudah mampu solat sambil berdiri, boleh pergi ke pasar beli barang-barang basah berjalan kaki dan tanpa ambik sarapan! (yang sebelum ni memang dia tak mampu nak buat walaupun jarak pasar dengan rumah kami hanya 500 meter). Dan ibu tak mengadu pedih hulu hati pun.
Dan yang paling best, siap boleh mengecat rumah dalam BULAN PUASA pulak tu! Jiran-jiran pun perasan yang ibu saya nampak makin sihat  sekarang, tidak pucat macam orang demam seperti dulu.

Saya bersyukur sangat-sangat kerana akhirnya saya telah bertemu pemakanan yang sesuai dengan ibu saya dan ibu sekarang menjalani kehidupan yang sihat seperti orang lain.

Mulai dari itu, saya sudah pastikan stok ESP memang sentiasa ada dalam simpanan saya!




To mom, I luv u so much …I’ll do anything for u…Tiada apa yang dapat membayar balik pengorbananmu pada ku…hanya doaku pada Allah semoga senantiasa dirimu dirahmati dan diberkati…



Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer


No comments:

Post a Comment