Tuesday 29 November 2011

Kenapa Saya Sangat Obses Kepada Penyusuan Penuh (Full Breastfeeding)?

Ada orang penah mengatakan “kenapa perlu susah-susah buat full breastfeeding… nanti dia besar, dia akan makan junk food jugak..”

Saya hanya tersenyum bila mendengar kata-kata mereka. Tidak sedikit pun saya berkecil hati kerana pilihan penyusuan anak-anak adalah ditangan ibu2 sendiri, bukan suatu hukum wajib  di dalam Islam. Namun suka untuk saya kongsikan di sini satu potong ayat Al-Quran dari surah Al-Baqarah yang berbunyi seperti berikut:



“ وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ”



“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”(Surah Al-Baqarah ayat 233)



Ini adalah perintah Allah Ta’ala kpd para ibu yang hendak menyusukan anak sehingga sempurna tempoh itu yakni 2 tahun. Ianya bukan satu suruhan wajib tapi digalakkan kepada ibu2 yg mahu menyusukan bayi mereka.


Soalnya kenapa Allah mengajar kita supaya menyusu selama 24 bulan atau 2 tahun? Bukan 2 bulan , 6 bulan, 12 bulan atau sepanjang berpantang sahaja. Tentu ada sebabnya, kan ? Saya yakin setiap saranan Allah di dalam Al-Quran sudah tentu mempunyai kebaikan tersendiri sehingga kadang-kadang tidak sampai akal manusia untuk memikirkannya.


Contoh paling mudah, dalam Al-Quran Allah suruh kita solat dengan sempurna, kan? Apa maksud sempurna? Sempurna dari sudut cara rukuk, cara sujud, cara iktidal dan sebagainya. Ada tak di dalam Al-Quran disebut dengan terperinci fadilat solat kepada anggota kita, kepada otak kita dan sebagainya? Tak ada,kan?


Suruhan solat adalah pada zaman Nabi Muhammad lagi tapi baru sekarang barulah  para ilmuan kita menemukan hasil dari kajian mereka yang menunjukkan solat itu sebenarnya adalah salah satu bentuk senaman kesihatan dan satu proses pemulihan kepada badan kita. Kajian juga menunjukkan bahawa terdapat sejenis darah yang amat penting untuk kesihatan otak kita hanya akan sampai dikala mana kita bersujud sahaja dan dalam tempoh jangka masa tertentu sahaja. Cuba kita renungkan sekiranya orang2 dahulu tidak beriman pada ayat2 Al-Quran dan perintah Allah tentunya mereka merasakan solat itu sesuatu yang susah dan hanya membuang masa tanpa mereka mengetahui falsafah sebenar tentang solat.


Begitu juga tentang penyusuan. Sepertimana solat, saya yakin tentu ada kelebihan dan hikmah yang besar apabila ianya disebut di dalam Al-Quran, malah diajar lagi kepada kita tempoh masa yg sesuai yang diperlukan untuk penyusuan yg sempurna.
 

Tambahan pula sekarang ini sudah terdapat kajian juga telah menunjukkan kelebihan anak-anak yang diberi minum susuibu dengan sempurna baik dari sudut jasmani mahupun spiritual. Tahukah anda bahawa anak-anak yg menerima susuibu dengan sempurna , tumbesarannya lebih baik dan antibodinya lebih kuat berbanding anak2 yg tidak diberikan susuibu secara sempurna? Tahukah anda anak-anak yg dibesarkan dengan susuibu dari segi spiritualnya, mereka mudah dibentuk, mudah dengar cakap, lebih penyabar, lebih penyayang dan sangat rapat dengan ibu berbanding yang tidak?


Dan saya telah mengalaminya sendiri atas pengalaman saya membesarkan anak-anak saya, di mana, anak sulung saya, saya hanya susukan sehingga umur dia 3 bulan sahaja berbanding adiknya yg kini telah menjalani penyusuan penuh hampir 2 tahun. Dari segi sikap , tingkah laku jauh berbeza…si abang lebih agressif, mudah melenting, mudah merajuk, cepat mengamuk , kurang daya tahan penyakit dan kurang rapat dengan saya walaupun dia telah diberi sepenuh kasih sayang kerana jarak dia dan adiknya 4 tahun. Si adik lebih penyabar, kurang meragam, tahan lasak, tidak mudah sakit atau demam dan sangat rapat dengan saya berbanding abangnya dahulu. ( serta motor skill develop pun cepat, si adik boleh memegang pensil dengan betul seawal 13 bulan berbanding abangnya umur 2 tahun tak boleh lagi pegang pensil dengan betul).


Dari situ saya mula sedar bahawa ketika kita menyusukan anak kita, anak-anak akan berada dekat dengan jantung kita , dari situ kasih sayang seorang ibu akan tumpah kepada anak kerana dekatnya dia dengan kita setiap kali kita menyusukan. Susu hasil dari badan kita adalah susu yang diciptakan Allah untuk manusia sesuai dengan keperluan dan fitrah tubuh manusia itu sendiri bukan sepertimana susu buatan manusia atau susu lembu yg tidak akan sama nilai kejadiannya dengan susu sebenar. Dan tentunya setiap titis susu yang diteguk ada nilai kasih sayang ibu yang tidak mampu dikaji oleh akal fikiran manusia. Hanya ibu-ibu yang mengalaminya sahaja yang akan merasai perasaan ini..


Berbalik kepada soalan diatas tadi saya kira orang yg mengatakan bahawa penyusuan akan menyusahkan kita dan tidak menjamin kesihatan anak-anak bila mereka sudah pandai mengambil junk food , jawapan saya mudah..kalau macam tu mak ayah kita tak perlulah mengasuh kita supaya jadi orang baik sebab nanti besar kita akan berkawan dan bergaul dengan macam-macam orang termasuk orang-orang yang tidak baik akhlak, maka tidakkah nanti anak kita akan akhirnya terpengaruh dan jadi tidak baik juga??


Oleh itu, buat apa suruh anak kita kawan dengan budak tidak berakhlak, ajarlah anak kita supaya memilih kawan yg baik. Macam juga junk food tadi, kenapa nak beri anak kita makan junk food, ajarlah anak kita supaya kenal makanan apa yg baik dan makanan apa yg tidak baik. Anak-anak jika kita sudah asuh dari kecil , Insya Allah mereka akan ikut apa yg telah kita tanamkan dalam diri mereka. Mereka akan kenal dan ingat apa yang boleh apa yang tidak. Soalnya , kita ni ajar ke tak anak kita?


“saya ajar anak saya!” Soal saya berapa kali?


Nak mengajar anak bukan sekadar cakap sekali dua pastu dia tak ikut, kita pun give up…pengajaran dan pembelajaran mesti berterusan dan menuntut penat lelah kita. Sebab itulah, membesarkan anak besar pahalanya kerana ianya menuntut pengorbanan kita.


Kesimpulannya, saya tak memaksa ibu-ibu untuk membuat penyusuan kepada anak mereka, ianya terpulang kepada pilihan hati masing-masing. Sapa cakap menyusu anak senang dan jimat duit? Ianya susah kalau kita tidak ada kesabaran dan kadang2 ianya menuntut kita keluarkan belanja lebih daripada yg kita peruntukkan untuk beli susu tin.


Tetapi kenapa saya lakukan juga? Sebab saya menyusukan anak atas kesedaran saya, atas minat saya, atas rasa inilah salah satu tanggungjawab seorang ibu, saya tak kisah sekiranya ianya menuntut pengorbanan yang tinggi, belanja lebih. Saya rasa puas hati bila saya tahu saya sudah menyempurnakan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu kepada anak2 saya. Saya yakin pembentukkan anak-anak bermula dari apa yang mereka makan dan minum dan ianya kekal menjadi darah daging mereka. Saya tidak pasti apakah dan macamanakah nanti sahsiah dan akhlak anak2 saya apabila mereka sudah besar. Yang saya pasti saya sudah berusaha menyediakan yang terbaik untuk anak-anak saya , selebihnya saya serahkan kepada Allah S.W.T.


Omar Ramadhan 5 tahun

Ameer Rayyan 1 tahun setengah

Sekian.
 

Salam sayang,
Ummi OmarAmeer

No comments:

Post a Comment