Friday 4 November 2011

Mengapa Vitamin Adalah Penting?

Pernah tak anda terfikir soalan-soalan berikut :

 “Kenapa pulak saya perlu makan vitamin?”

“Tak cukupkah dengan apa yang saya makan sehari-hari?”

“Sehari sampai  5 kali makan takkan tak cukup-cukup lagi zat makanan?”


Sedarkah Anda??
 

Makanan Anda Dicemari oleh Bahan Kimia

Sedarkah anda makanan yang anda makan sehari-hari banyak bercampur dengan bahan kimia?

Anda pernah dengar Monosodium Gultamate atau (MSG)? Biasa bahan ini akan kita jumpai sebagai penambah rasa dalam makanan yang menyebabkan makanan yang kita makan menjadi bertambah sedap. Rata-rata makanan yang dimasak memang ditambahkan bahan ini samada kita beli makanan diluar mahupun kita masak sendiri. Saya rasa rata-rata kita sudah maklum bahawa penambah perisa ini adalah tidak baik untuk kesihatan kita, tapi kenapa orang makan jugak? Jawabnya , sudah terbiasa. Kalau masak tak masukkan rasa tak sedaplah masakan tu… ataupun sebab kita memang selalu makan diluar. Mana ada kedai makan yang masak tak masukkan bahan perisa MSG ni…

Tahukah anda selain dari bahan perisa makanan, makanan yang kita makan juga beracun?  

Hasil ujian USDA bagi racun makhluk perosak dalam buahan dan sayuran, epal menduduki ranking yang tertinggi iaitu sebanyak 25%. Kenapa? Kerana ia perlu kekal segar dalam tempoh masa yang lama bagi membolehkan ianya dieksport ke Negara-negara luar. Bukan epal sahaja, kebanyakkan buah-buahan mahupun sayur-sayuran memang ada unsur-unsur racun didalamnya samada dalam kuantiti yang sikit atau banyak yang kedua-duanya tidak akan membuatkan kita mati terus selepas memakannya tapi dalam jangka masa yang panjang.


Makanan Anda Dicemari Oleh Bahan Pewarna

Pernah tak anda terfikir bahawa makanan yang anda makan atau minuman yang anda minum penuh dengan tambahan bahan pewarna tiruan?

Contohnya, tartazine, sejeis bahan pewarna tiruan yang memberikan warna oren kekuningan. Bahan ini sebenarnya telah banyak diharamkan di Negara-negara luar kerana ia berkemungkinan agen penyebab kanser. Begitu juga dengan pewarna tiruan lain seperti sunset yellow, carmoisine (yang memberikan warna merah).

Tentu anda pernah minum atau memang gemar untuk minum air berkarbonat, kan? Anda tak percaya? Cuba semak label botol minuman anda terlebih dahulu sebelum anda cuba untuk minum. Berbaloikah anda rasa ianya masuk ke dalam tubuh anda hanya untuk mengecapi kesedapan yang sementara?

Jadi sekiranya makanan dan minuman yang anda ambik setiap hari penuh bahan kimia dan bahan pewarna tiruan, di mana lagi nutrisi makanan yang tinggal untuk keperluan tubuh badan anda?

Fikir-fikir kan…

Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer

No comments:

Post a Comment