Sunday 25 December 2011

Anakku Pandai Menulis

Ameer Rayyan adalah anakku yang ke 2. Dia baru berumur 1 tahun setengah. Ameer Rayyan adalah anakku yang telah mendapat penyusuan susuibu sepenuhnya. Berbanding abangnya, Ameer Rayyan ni memang cepat belajar dari pemerhatianku. Dia boleh memegang pen dengan 'betul' seawal usia 13 bulan.


Ameer Rayyan memulakan lakarannya...

Berbanding abangnya dahulu seingat saya bukan sahaja nak buat lakaran, pegang pen pun belum pandai lagi pada usia itu. Tapi Ameer Rayyan ni beza. Dia pandai buat lakarannya sendiri tanpa perlu saya pegang tangannya. Antara lakaran kesukaannya 'ball' atau bulatan. Dia akan melukis banyak bulatan sampai tiada ruang kosong lagi di kertas. Sehari boleh habis satu buku nota kecil untuk lakaran-lakarannya.

Ameer Rayyan memang pantang jumpa pen. Kalau dia jumpa pen, memang dia akan terus minta kertas untuk dia menulis. Memang kat rumah, saya akan sediakan kertas kosong tak kira lah buku nota ker, kertas lukisan ker sebagai tempat dia menulis. Kalau takder kertas habislah cusion kerusi, cadar, lantai , dinding dibuat tempat menulisnya. Hari tu pernah neneknya tengah solat, habis kain solat dilukisnya masa neneknya tengah sujud. Kalau saya ada dengannya, dia suka lukisan star, spider, cicak, hi-five dan flower dan minta saya lukiskan untuknya.



Kusyuk lagi menulis dan melakar...

Inilah hasil lakaran Ameer Rayyan...Cantik Tak?

Ada sesetengah kanak2, tabiat menulis kena dipupuk. Ibu kena cuba ajar anak2 cara2 pegang pen atau pencil sebagai permulaan untuk mengajarnya menulis atau melukis. Kalau pen atau pencil agak kecil dan menyebabkan dia sukar untuk memegangnya, boleh gunakan crayon kerana batang crayon agak besar, ini memudahkan anak2 belajar memegang alat tulis dgn betul.

Menulis atau melukis sebenarnya bagus untuk perkembangan otak anak2. Dengan melukis atau menulis kita dapat mengasah kemahiran motor anak2.

Semoga anakku menjadi anak yang soleh...ummi sentiasa doakan...


Salam sayang,

Ummi OmarAmeer

No comments:

Post a Comment