Friday 23 December 2011

Anemia : Perhatian Kepada Ibu Hamil dan Remaja Perempuan!

 

Anemia atau lebih dikenal masyarakat sebagai penyakit kurang darah, lazimnya  sering dialami oleh wanita dan remaja perempuan. Masalah kekurangan darah sering dilihat hanya sebagai penyakit ringan.

Bagaimanapun, apabila ini berlaku ia tidak harus dipandang remeh kerana keadaan berkenaan berpotensi menjejaskan sistem imun setiap wanita yang mengalaminya. Anemia menyebabkan seseorang wanita mudah pitam, lesu , kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta mengantuk, manakala yg masih belajar, khususnya remaja perempuan akan mengalami kurang daya tumpu dlm pelajaran.

Wanita dan remaja perempuan lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dlm sehari adalah tinggi. Dalam sehari, setiap wanita akan kehilangan kira-kira 1 hingga 2 mg zat besi melalui perkumuhan secara normal. Ketika kedatangan haid, misalnya, kehilangan zat besi boleh bertambah hingga 1 mg lagi.

Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, haemoglobin di dlm sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan keseluruh badan.

Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yg cukup untuk berfungsi dgn optimum. Faktor lain yg menyebabkan wanita biasa mengalami anemia adalah pola makan. Dgn alasan takut gemuk, ada segelintir wanita atau remaja mengamalkan diet secara drastik. Golongan ini cenderung makan dlm jumlah yang kurang dan tidak mahu mengambil daging. Tanpa disedari, diet seumpama itu yg belum tentu membuatkan berat badan turun, boleh menyebabkan kurangnya pengambilan zat besi dari makanan.

Umumnya, setiap wanita atau remaja perempuan yang mengalami anemia, tidak akan sama dgn orang lain sebab berdasarkan jenia anemia yg dialami. Tetapi anemia boleh dikesan apabila ada tanda seperti pucat terutama di bibir dan kelopak mata, sering lesu dan mengantuk, mudah berdebar2, bentuk kuku berubah, rambut mudah gugur atau putus serta kerap pening atau pitam.

Bagi wanita hamil khususnya, anemia sgt bahaya kerana boleh menyebabkan tumpah darah semasa dan selepas bersalin, tekanan darah tinggi (eklampsia), keguguran dan kematian. Malah anemia juga bahaya kpd bayi yg dikandung kerana boleh menyebabkan kematian janin, kelahiran bayi tidak cukup bulan dan kelahiran bayi kurang berat badan. Justeru itu, keperluan zat besi pada wanita juga meningkat saat kehamilan dan melahirkan. Ketika hamil, seorang ibu tidak sahaja dituntut memenuhi keperluan zat besi untuk dirinya, tetapi juga harus memenuhi keeperluan zat besi untuk pertumbuhanan janinnya.

Selain itu, pendarahan saat mellahirkan juga dpt menyebabkan seorang ibu kehilangan lebih banyak zat besi. Dgn alasan itulah setiap ibu hamil disarankan mengambil zat besi tambahan. Anemia boleh dicegah dgn mengambil kandungan zat besi. Beberapa makanan seperti jantung, hati ,limpa, kuning telur, kerang, kekacang dan buah-buahan kering tertentu mengandungi zat besi dlm kadar yg cukup tinggi.

Zat besi dlm jumlah sederhana pula boleh diperoleh drp daging, ikan, sayuran berwarna hijau seperti pegaga, pucuk pau, bayam, kalian dan bijirin. Sumber zat besi daripada haiwan akan diserap lebih baik oleh tubuh drp yg berasal dr tumbuh-tumbuhan. Bagi mengatasi masalah anemia, sebaik-baiknya perlu makan sekurang-kurangnya 1 jenis makanan dari sumber haiwan yg kaya dgn zat besi setiap hari.

Penyerapan zat besi dpt dibantu dgn pengambilan vitamin C, misalnya meminum jus, buah-buahan dan sayuan lainnya, sebaliknya teh, kopi, susu, minuman berkarbonat, bercoklat mengandungi bahan yg dpt menghambat atau menghalang penyerapan zat besi.

Jika ingin mengambil makanan dan minuman seumpama itu, pastikan diambil waktu makan utama atau sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam sebelum waktu makan. Bagi remaja pula perlu minum susu 1 atau 2 gelas susu sehari untuk mendapatkan cukup kalsium. Jadi minumlah susu segar atau susu tepung di antara waktu makan utama seperti semasa minum pagi, minum petang dan minum malam.

Tips:

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras haemoglobin (Hb) dlm sel darah merah kurang drp 11g. Untuk menentukan tahap anemia teruk atau tidak:

Paras Hb (g/dl)
Tahap anemia
< 6.9
Sangat teruk
6.9 < 8.0
Teruk
8.0 < 9.5
Sederhana
9.5 < 10.5
Ringan



Bagi ibu yang hamil, sekiranya anda mengalami masalah Hb rendah, anda digalakkan mengambil Energizinng Soy Protein (ESP) bagi mengatasi masalah ini. Kebanyakkan ibu-ibu yang mengalami masalah ini apabila mereka mengamalkan minum ESP setiap hari, Alhamdulillah Hb mereka telah naik melepasi paras 11. Jangan pandang remeh yer ibu-ibu…dan dinasihatkan juga mengambil vitamin Vitalea (Iron) bersama dgn Vita C Sustained Release 500mg bagi membolehkan penyerapan iron pada tahap optimum.

Saya telah mengambil obimin, adakah saya perlu mengambil vitalea?

Biasanya apabila ibu2 buat monthly check up , biasanya klinik akan bekalkan dgn vitamin obimin. Obimin merupakan vitamin yg memang lengkap dgn zat besi. Namun sekiranya saya diberi pilihan saya akan memilih untuk mengambil vitalea menggantikan obimin…. Kenapa?

Saya tunjukkan sebabnya….




Sudah jelas, kan? Ok, berbalik kepada masalah anemia tadi sekiranya ada anak perempuan kita atau adik kita, atau sepupu sepapat kita atau kenalan kita yang masih belajar samada di peringkat sekolah atau pun IPT, jika ada  simptom  atau tanda2 seperti pucat terutama di bibir dan kelopak mata, sering lesu dan mengantuk, mudah berdebar2, bentuk kuku berubah, rambut mudah gugur atau putus serta kerap pening atau pitam maka kena amalkan pengambilan vitalea. Setiap hari pastikan ambik 1 biji pagi, dikhuatiri sekiranya diet pemakanan adalah tidak seimbang maka pengambilan vitalea akan membantu dan sudah mencukupi untuk keperluan iron mereka.

Sebagai kesimpulannya, jom kita baca apa kata pengguna yg telah mengalami anemia…

Saya berharap semoga penulisan saya ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Sekiranya ada kebaikan ke atasnya semoga ianya di angkat sebagai satu pahala kebajikan kepada saya di akhirat nanti... Aminnnnn....


Salam Sayang,

Ummi OmarAmeer

Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.

Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.

No comments:

Post a Comment