Tuesday 13 December 2011

Masih belum terlambat untuk sebuah kesedaran...


Hari ini saya berkesempatan untuk menziarah ke rumah seorang kawan yg beberapa tahun junior dari saya. Beliau masih muda, baru 28 tahun. Beliau di mata saya seorang yg baik, dan berbudi bahasa.Namun Allah menduga beliau dgn masalah kesihatan. Beliau telah disahkan oleh doktor mendapat kanser tulang.

Sesampai sahaja di rumahnya, kami saling bertanya khabar, maklumlah sudah 2 tahun tidak berjumpa. Pertama kali saya memandangnya, saya dapati dia telah sedikit kurus dari dulu. Walaupun dia meyambut saya dengan senyuman yg mesra namun dari riak wajahnya , saya tahu dia menderita dengan sakit yg ditanggungnya.

Kami bertukar-tukar cerita. Tetapi saya banyak bertanya perihal penyakitnya. Beliau telah disarankan oleh doktor untuk menjalani rawatan kemoterapi bagi membunuh sel2 kanser. Doktor juga telah memberikan padanya beberapa jenis supplement untuk dimakan.

Supplement? Terangkat kening saya. Ialah saya ingatkan doktor perubatan ni tidak menggunakan supplement dalam rawatan-rawatan kepada pesakit2 mereka kecuali ubat hospital. Rupanya sangkaan saya jauh tersasar. Doktor juga menggunakan vitamin dlm rawatan perubatan mereka. Dalam kes kawan saya ni, doktor telah memberikan beliau vitamin b, vitamin c dan yg lain2 (saya lupa nak tanya detail). Doktor memberikan vitamin-vitamin sebagai kaedah rawatan mereka yang mana vitamin2 inilah yg saya duk amal makan tiap2 hari.

Kami berbual panjang juga dan saya pun meminta diri untuk pulang. Dalam perjalanan balik, saya melayani fikiran sendiri...alangkah baiknya kalau kawan saya itu telah mengamalkan pengambilan vitmin tu sejak dulu lagi...sebelum dia mendapat penyakit itu. Itulah orang kata, "mencegah lebih baik dari merawat" kan..dah terjadi macam ni kita dah takder pilihan lain. Mahu tak mahu, kena makan vitamin. Tentunya makan vitamin sebelum sakit jauh lebih baik dari makan ketika dah kena penyakit...

Kadang2 kita mungkin ingat, buang duit jer beli vitamin tapi kalau kita mendapat penyakit, duit kita habis juga, pada kos rawatan, kos ubat, kos pengangkutan ulang alik ke hospital dan sebagainya.

Jadi, sama-samalah kita ambik iktibar kerana masih belum terlambat untuk sebuah kesedaran. Dan kepada kawan saya itu, saya doakan semoga Allah menyembuhkan penyakitnya dan dia kembali sihat seperti sedia kala. Aminnnnnn.....


Salam sayang,
Ummi OmarAmeer


Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara percuma apabila membuat belian dari blog ini.

Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.

 



No comments:

Post a Comment