Friday, 20 January 2012

Kenapa Pengambilan Vitamin Tidak Memberi Kesan Kepada Saya?

Ada dikalangan sesetengah individu yang mendapati pengambilan vitamin selama tempoh tertentu tidak memberi apa-apa kesan perubahan kepada badannya. Sekiranya berlaku begitu, ianya seolah-olah vitamin tidak dapat menyerap pada kadar optimum ke dalam sel-sel di dalam badannya.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan pengambilan vitamin tidak memberi kesan kepada tubuh seseorang itu. Faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut:

1. Mereka yang kuat minum kopi. Ini kerana kandungan kafein akan merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan kita.

2. Mereka yang tak suka minum air. Air sangat perlu dalam penyerapan semua nutrien.

3. Makan tanpa ilmu. Ada sesetengah vitamin tidak boleh dimakan pada masa yang sama. Maka perlu tahu cara makan yang betul untuk kesan yang optimum.

4. Vitamin tidak boleh makan serentak dengan ubat doktor. Ubat doktor akan membuatkan badan kita imun dan ini menghalang penyerapan vitamin dengan baik.

5. Ibu menyusu yang mengharapkan peningkatan susu tetapi tidak mengepam mahupun tidak menyusukan anak secara langsung. Vitamin bantu penghasilan susu dengan lebih efesien dengan jadual pam atau penyusuan langsung yang kerap. Makan vitamin tetapi tidak pam maka tiada kesan apa-apa pada penyusuan.

Oleh itu, bagi mendapat kesan pengambilan vitamin secara optimum, cuba elakkan perkara-perkara seperti yang tersebut. Namun begitu, sekiranya masalah ini masih berlarutan, anda boleh menghubungi saya bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci.

Salam sayang,

Ummi OmarAmeer

Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.

Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 19 January 2012

Betulkah Supplement Memudaratkan?

Tentu anda yang belum pernah mengamalkan supplement akan tertanya-tanya tentang perkara ini. Apa lagi anda pernah dimomokkan tentang keburukkan supplemen oleh individu-individu yang memang anti supplemen.

Anda adalah seorang yang bagus apabila berhati-hati dalam setiap langkah yang anda ambil untuk berbuat sesuatu. Tapi lagi bagus sekiranya apa yang anda buat itu bukan dengan ikutan tetapi dengan ilmu.

Pengambilan supplement juga kena berilmu, wahai teman-teman....Sekarang ini kalau kita lihat lambakan berbagai-bagai jenis supplemen di pasaran. Soalnya yang mana satu yang tulen dan terbaik?

Tidak perlu pergi jauh, memadai kita melangkah masuk satu farmasi....dan kita mula bertanya, saya perlukan vitamin C...pasti kita ditunjukkan dengan pelbagai jenama vitamin C. Bagi penjual yang pentingkan keuntungan, pasti mengesyorkan vitamin c yang mahal yang kononnya setanding dengan kualiti. Namun tidak dijelaskan mengapa dengan lebih lanjut. Sedangkan vitamin c yang bagus adalah jenis pelepasan masa kerana ia adalah vitamin larut air.

Pernahkah anda terlintas....Apakah sebenarnya vitamin yang selamat di ambil?

Kenapa Vitamin Shaklee adalah yang selamat dan terbaik?

Ini kerana :
  • Dr Forest C Shaklee adalah orang pertama yang menghasilkan Vitalized Mineral yang kini digelar VITAMIN.
  • Vitamin Shaklee adalah asli, tiada pewarna, pengawet malah perasa tambahan.
  • Vitamin Shaklee tiada silika gel dengan ini membantu penyerapan dengan lebih baik.
 
Tak percaya? Sila uji vitamin anda untuk mengetahui ianya vitamin tulen atau sintetik.
 
UJIAN VITAMIN
Cuba anda ambil sebiji multivitamin yang sedang anda amalkan....genggam selama 5 minit, jika anda dapati tangan anda melekit serta warnanya melekat dengan tangan anda, maka saya sarankan anda memilih vitamin yang lebih baik.
Vitamin yang sintetik biasanya mengandungi silika gel, pewarna, perasa dan pengawet tambahan....bahan-bahan ini boleh memudaratkan kesihatan kerana tubuh kita hanya perlukan yang asli.
Hakikatnya pewarna, pengawet dan perasa tambahan ini tidak diperlukan oleh badan dan jika diambil secara berterusan dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan.
 
Oleh itu teman-teman, kesihatan itu sangat mahal...maka amalkan pengambilan supplement perlulah dengan ilmu , bukan kerana trend semata-mata.
 
Salam sayang,
Ummi OmarAmeer

Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.

Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
Monday, 16 January 2012

Vitamin dan Hasil Untuk Penyusuan

Tahniah kepada ibu-ibu yang telah memilih dan mempercayai Shaklee sebagai pemakanan tambahan yang memberikan kesihatan kepada ibu itu sendiri dan juga bermanfaat kepada anak yang disusukan.
Bagi ibu-ibu yang baru sahaja mencuba vitamin Shaklee terutama set B iaitu set penyusuan, perlu saya ingatkan bahawa sekiranya si ibu makan set tersebut hari ini bukan bermakna hari ini hasil akan terjadi dengan serta merta. Sekiranya anda tidak biasa mengambil vitamin, badan anda perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan dengan kehadiran vitamin tersebut. Apalagi sekiranya badan banyak mengalami ‘kerosakan’ tentunya ambik sedikit masa untuk ‘repair’kembali,kan?
Hakikatnya sel memerlukan masa antara 90 hari hingga 120 hari untuk betul-betul sihat. Sepertimana ianya mengambil masa untuk ‘rosak’ ,sel tentunyalah mengambil masa juga untuk diperbaiki.

Namun , ada sesetengah ibu yang badan nya berkebolehan untuk merasai hasil dari pemakanan vitamin dengan cepat. Ini adalah kerana badan dapat menyerap kandungan vitamin itu dan bertindakbalas. Sebab itulah ada dikalangan ibu-ibu yang mengambil vitamin ada yang ambik masa sebulan dan yang ambik masa cuma 3 hari. Seperti testimoni Princess Darwisyah , dalam masa sebulan , sedikit demi sedikit pengeluaran susunya meningkat dan semakin meriah.

Namun seperti yang saya sebutkan tadi, sesetengah orang hasil pengambilan boleh dilihat lebih cepat. Contohnya, Pn Aisya Rafie dalam masa 3 hari, susu dah menunjukkan peningkatan.

Jadi secara kesimpulannya, penyerapan vitamin dengan cepat atau lambat adalah berbeza bagi setiap ibu kerana ianya bergantung pada penyerapan badan si ibu dan pengambilan air yang secukupnya. Oleh itu, tidak perlu risau sekiranya hasil tidak dapat dilihat dalam jangka masa yang singkat. Bagi masa untuk badan kita membaik pulih sel-sel untuk menjadi sel-sel yang sihat.

Salam sayang,
Ummi OmarAmeer
Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.

Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, 14 January 2012

Susu Penuh Nutrisi Dengan Pengambilan Vitamin

Pengambilan vitamin adalah penting sekiranya anda ingin memberikan penyusuan pada anak anda. Namun begitu, penting untuk anda memahami bahawa pengambilan vitamin bukan faktor utama yang menyebabkan susu ibu menjadi banyak. Falsafah utama pengambilan vitamin adalah untuk membantu meningkatkan kesihatan para ibu demi memberikan penyusuan pada anak2 mereka. Selain itu, pengambilan vitamin juga penting untuk mengisi lohong-lohong kekurangna zat dan nutrisi di dalam pemakanan harian ibu. Ini adalah kerana zat dan nutrisi itu akan disalurkan kepada anak-anak melalui susu badan ibu tersebut.

Jadi, seperti yang dialami oleh Pn Siti, pengambilan vitamin Shaklee banyak membantu beliau dalam memberikan zat dan nutrisi yang secukupnya kepada anaknya. Beliau telah mengambil Set B + Kalsium + ESP dan sangat berpuas hati dengan hasil yang didapatinya. Tentunya, yang paling utama doa yang berterusan , kerana semua yang berlaku tidak akan berlaku tanpa ke izinan dari Nya..

Salam sayang,

Ummi OmarAmeer

Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.

Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, 13 January 2012

1316 0z Dalam Masa 55 Hari!

Wah! Teruja tak?

Bagi ibu-ibu yang belum pernah memberikan penyusuan penuh susu ibu kepada anak-anaknya, ingin saya kongsikan di sini bahawa memberikan penyusuan  penuh susuibu kepada anak-anak kita bukanlah suatu yang amat rumit dan bukan juga suatu pekerjaan yang sangat menyusahkan. Sekiranya niat kita telah bulat, kita hanya perlu tahu beberapa teknik dan kaedah penyusuan. Sekiranya kita ada 2 elemen besar ini saya rasa ibu-ibu akan berjaya dalam penyusuan.

Kenapa niat yang bulat itu penting?

Ini adalah kerana sekiranya si ibu sudah bertekad yang dia akan memberikan penyusuan kpd anaknya, apa sahaja cabaran yang mendatang , si ibu tidak akan mudah berputus asa, kecewa atau pun mudah mengalah. Apabila minda kita sentiasa positif, perjalanan penyusuan akan lebih mudah. 

Oleh itu persediaan awal itu penting. Sekiranya si ibu telah membuat persediaan awal, si ibu tidak akan stress sekiranya ada hari2 susu ibu merudum. Akan ada masa-masa sukar dalam penyusuan, namun semuanya akan dapat dihadapi sekiranya kita sudah terbiasa.

Bak kata pepatah la, alah bisa tegal biasa!

Jom baca , apa kata Shima Samat tentang ini...

Salam sayang,

Ummi OmarAmeer

Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.
 
Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual pam dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.

Thursday, 12 January 2012

Susu ibu semakin pekat berkrim dengan pengambilan Set Trippple M Shaklee

Hari ini saya nak kongsikan kegembiraan seorang ibu yang berjaya memberikan penyusuan susuibu kepada anaknya.

Sebenarnya apa yang si ibu makan , itulah yang akan menjadi susu yang akan menjadi makanan kepada anaknya. Jadi sekiranya si ibu kurang menitikberatkan tentang pengambilan zat dan nutrisi didalam makanannya, maka si anak pun tidak mendapat zat dan nutrisi yang secukupnya dari susu si ibu.

Oleh itu, si ibu kena pastikan pengambilan makanan sehari hari mesti mencukupi zat dan nutrisi bagi memastikan si anak mendapat manfaat zat dan nutrisi yang amat penting untuk tumbesaranya. Kekurangan zat dan makanan akan merencatkan tumbesaran dan perkembangan si anak.

Sekiranya si ibu tidak dapat memastikan pengambilan zat dan nutrisi yang cukup dalam diet pemakanan sehariannya , maka disarankan untuk si ibu tersebut mengamalkam pemakanan makanan tambahan atau supplemen.

Makanan tambahan atau supplemen sebenarnya memenuhi lohong-lohong kekurangan zat dalam amalan pemakanan kita seharian. Dan supplemen adalah vitamin , ianya bukanlah ubat (drug), jadi ianya tidak mempunyai kesan sampingan sepertimana ubat.

Jom , saya kongsikan pengakuan seorang ibu yang menjalani penyusuan susuibu kepada anaknya...

Perjalanan seribu batu dimulakan dengan langkah pertama....

Salam sayang,

Ummi OmarAmeer

Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.

Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.

Monday, 9 January 2012

Ibu Yang Teruja Dengan Set Berpantang Shaklee

Salam sidang pembaca semua...

Hari ni saya nak kongsikan 'keterujaan' seorang ibu yang mengambil set berpantang Shaklee. Sekiranya anda seorang ibu yang dalam pantang tapi mengimpikan untuk menyusukan anak dengan susu ibu, saya syorkan anda mengamalkan set ini. Namun begitu, sepertimana yang saya selalu tekankan sebelum ini, amalan pengambilan supplemen hanya membantu ibu-ibu dalam membekalkan nutrisi kepada pelengkap kekurangan zat dalam diet harian dan membantu tubuh si ibu supaya sihat bertenaga walaupun di dalam pantang.

Dalam pada itu, kebetulan pada bulan Januari ini, kami di Euphoria Group menawarkan best offer kepada ibu-ibu yang membuat pembelian Set Berpantang ini dengan pemberian diskaun sebanyak RM 10 dari harga biasa. Extra gift yang lain tu macam biasa lah ...Hah, menarik, kan? Jimat tu...

Tanpa nak berceloteh panjang lebar, jom kita baca apa kata kawan kita ni...

Jom, tunggu apa lagi...