Tuesday 24 January 2012

Penyusuan Perlu Mula Seawal Hamil


Penyusuan membekalkan pemakanan yang lengkap kepada bayi malah dapat melindungi bayi daripada jangkitan. Pelbagai kajian menjelaskan penyusuna susu ibu memberi manfaat jangka panjang. Namun, apakah persediaan yang harus dilakukan? Berikut saya kongsi sedikit panduannya;

PERSEDIAAN SEJAK HAMIL

·     Bersedia dari segi mental untuk menyusukan bayi.

·     Dapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu daripada professional kesihatan.

·     Belajar teknik betul untuk menyusukan bayi.



MULA SEJAM SELEPAS KELAHIRAN

·    Letakkan bayi atas dada ibu sekurang-kurangnya 10 minit supaya agar mendapat sentuhan kulit.

·    Rapatkan bayi ke payudara ibu untuk memulakan penyusuan dalam tempoh sejam selepas bersalin.

·    Dapatkan bantuan daripada jururawat atau doktor untuk memulakan penyusuna susu ibu.
 

SUSUKAN BAYI DENGAN KERAP DAN IKUT KEMAHUANNYA

·    Biarkan ibu sentiasa berada dengan bayi supaya bayi boleh disusukan seberapa kerap yang dikehendaki.

·    Susukan bayi apabila dia menunjukkan tanda-tanda lapar (seperti membuka mulut, mencari payudara atau menangis)

·    Susukan bayi siang dan malam sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali sehari.

·    Jangan beri puting tiruan kepada bayi yang menyusu dengan susu ibu melainkan atas nasihat doktor.

·    Pada usia bawah 6 bulan, beri hanya susu ibu tanpa minuman atau makanan tambahan, termasuklah air kosong (melainkan atas nasihat doktor)

·    Perhatikan tanda bayi menerima cukup susu seperti membuang air kecil 6 hingga 8 kali sehari, membuang air besar setiap hari dan membesar mengikut berat badan normal mengikut carta pertumbuhan.


 
PERAH SUSU

·    Berikan susu perahan sungguhpun sudah keluar bekerja. Berlatih memerah susu ketika cuti bersalin, sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum kembali bertugas.

·    Ketika cuti bersalin latih bayi untuk menyesuaikan diri dengan susu perahan.

·     Simpan susu perahan dengan betul. Susu perahan yg disimpan di dalam peti sejuk (2-4 darjah Celsius) selamat digunakan oleh bayi dalam tempoh 8 hari.

·    Rancang jadual kerja supaya ibu mempunyai cukup masa untuk memerah susu.


 
JAGA PEMAKANAN IBU DAN BAYI

·    Teruskan penyusuan ibu walaupun bayi sudah mengambil makanan pelengkap iaitu pada usia lebih 6 bulan.

·    Aturkan kerja rumah dan pastikan dapat tidur yang cukup.

·    Makan makanan seimbang dengan tambahan satu sajian susu dan nasi atau bijirin lain.

·    Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air minuman sehari atau 3 Liter sehari sekiranya anda mengamalkan pengambilan suplemen.


SOKONGAN PASANGAN SERTA ORANG SEKITAR

·    Suami perlu berikan sokongan. Berikan perhatian kepada anak-anak lain ketika isteri sedang menyusukan anak-anak.

·    Bantu isteri dengan kerja rumah.

·    Dapatkan isteri makanan berkhasiat serta utamakan keperluannya.

·    Majikan boleh sediakan tempat ibu memerah susu yang selesa serta peti ais di tempat berkenaan membolehkan susu perahan disimpan.

·    Profesional kesihatan dan pengasuh kanak-kanak boleh menyokong penyusuan susu ibu dengan memberikan susu ibu sahaja kepada bayi apabila ibu mula bekerja.

·    Oleh kerana kebaikkan penyusuan susu ibu terbukti, maka galakkan penyusuan susu ibu adalah amat diperlukan.

·    Ibu mesti berfikiran positif dan tidak menganggap bahawa mereka tidak boleh menyusukan bayi selepas mereka kembali bekerja.

Semoga bermanfaat....



Salam sayang,
 
Ummi OmarAmeer

Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.
 
Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.

No comments:

Post a Comment