Monday 23 January 2012

Bagaimana Susu Terhasil





  • Apabila bayi menghisap puting payu dara , rangsangan akan dihantar kepada kelenjar pituitari dan hormon yang dipanggil prolaktin dan oxytocin dihasilkan. Prolaktin menyampaikan arahan untuk menukarkan darah ke dalam susu ibu. Oxytocin akan terus beroperasi, untuk menolak susu ibu yang berkumpul di dalam saluran payudara.
  • Susu ibu 'dilepaskan' apabila bayi mulai menghisap pada puting payu dara. Pada hisapan pertama si kecil, ibu tidak dapat merasai 'pengeluaran itu', bagaimanapun menerusi proses beberapa kali pengulangan, ibu dan bayi akan mulai mahir dan penyusuan ibu boleh berlaku secara normal.
  • Susu terhasil dalam sel Acinar. Acinar terdiri daripada sejumlah besar sel-sel acinar. Ia dikeluarkan menerusi hisapan oleh bayi di puting payudara dan keluar menerusi salur payudara. Sel myoepithelial sekitar acinar bertindak bagai pam untuk mengeluarkan susu.
  • Perlu diketahui, kecederaan termasuk sakit atau luka pada puting payudara ketika proses penyusuan, boleh terjadi akibat ibu salah menyusukan bayi mereka. Namun begitu, ibu janganlah berputus asa.

Justeru itu, ketika ibu mengepam susu, cuba bayangkan wajah anak...ini adalah satu teknik untuk melancarkan pengeluaran susu. Otak akan mentafsirkan supaya susu dikeluarkan dan merangsang hormon.

Sesungguhnya ciptaan Allah itu sungguh hebat...


Salam sayang,
Ummi OmarAmeer

Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.

Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.





No comments:

Post a Comment