Sunday 22 January 2012

Lokek Susukan Zuriat

Anda mengagumi diri sendiri selaku wanita dan ibu yang hebat. Bekerjaya dan mampu menguruskan rumah tangga dgn baik. Tetapi adakah anda ibu yang berjaya?

Barangkali anda tidak menyedari kejayaan sebenar seorang wanita apabila dia berjaya menyempurnakan tempoh penyusuan seorang anak selama 2 tahun. Firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah Ayat 223 menyatakan;

"Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama 2 tahun penuh, iaitu bagi yg ingin menyempurnakannya."

Justeru, seharusnya tidak wujud senario yg mana wanita mengambil mudah urusan menyusukan anak masing-masing. Meringankan urusan itu dalam tempoh berkenaan bukan sahaja menafikan hak anak, malah membuka ruang lebih besar kepada ibu dan anak terhadap risiko pelbagai jenis penyakit, khususnya obesiti.

Mengapakah penyusuan ibu atau usaha itu dilihat membebankan dan beralih kepada susu formula? Lebih sedih lagi, ada pula pihak mencadangkan penubuhan bank susu ibu yg bagaimanapun selesai apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, baru-baru ini memutuskan penubuhannya adalah haram kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab serta membawa umat Islam terjebak dalam keraguan. Keputusan itu membawa persoalan asas  iaitu mengapakah timbulnya kesukaran berbakti kepada zuriat sendiri?

Sebenarnya inilah sikap dan etika kebanyakkan wanita hari ini yang disifatkan meremehkan usaha murni memberi susu badan kepada anak tersayang. Ia lantaran kerana sifat malas dan mementingkan diri sendiri, sungguhpun di bibir mengaku sayang pada anak yang dilahirkan.

Kajian menunjukkan bahawa kekerapan ibu yang menyusukan bayi meningkat, namun begitu, kekerapan penyusuan secara eksklusif iaitu sehingga bayi berusia 6 bulan adalah rendah. Keadaan ini berlaku kerana terlalu percayakan banyak  mitos atau kepercayaan seperti susu penyebab sakit kuning dan anak susut berat badan sekiranya diberikan susu ibu. Sedangkan mitos dan kepercayaan itu hanya akan menyekat proses penyusuan yang seharusnya berjalan lancar.

Sebanyak 58% drp kanak-kanak diseluruh dunia tidak menerima penyusuan susu ibu sepenuhnya pada 4 bulan terpenting dlm hidup mereka, yang mana 25% adalah kekurangan zat iaitu penyumbang kpd 60% kematian kanak-kanak. Hakikatnya lebih 2 juta kematian bayi berusia kurang 5 bulan boleh dicegah menerusi sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi.

Mungkinkah masalah ini ada kaitan dgn komitmen wanita yang perlu bekerja dan tiada tempat memerah susu? Memang keadaan ini tidak dinafikan berlaku namun ia tidak seharusnya menjadi alasan kenapa seorang ibu dengan senang hati memberikan susu formula dengan alasan 'susu tidak cukup'.

Seseorang ibu perlu berada bersama anak-anaknya yang masih kecil. Ketika bersama anak, susukan anak menerusi puting payudara semahunya. Di pejabat, susu ibu boleh diperah dan simpan di dalam coolant pack dan selepas itu pindahkan ke peti sejuk bahagian beku kerana susu itu boleh diberikan kepada pengasuh ketika ibu keluar bekerja. Jika tidak dilakukan, pengeluaran susu akan semakin berkurangan. Sukarkah pengorbanan 2 tahun untuk penyusuan anak-anak kita sendiri...?

Masalah susu kering tidak akan timbul sekiranya ibu kerap menyusukan anaknya. Bagi satu sesi penyusuan, seorang ibu mampu menampung keperluan 6 orang bayi pada satu masa dan dalam tempoh berkenaan turut boleh menyediakan stok penyimpanan susunya.

Sebenarnya sikap malas ibu adalah kerugian seumur hidup. Anak yang tidak diberi susu ibu bukan sahaja berisiko mengalami sakit kronik seperti sakit jantung  dan kencing manis malah ia senang mengalami masalah mental seperti kemurungan, tekanan (stress) dan masalah sosial.

Menurut kajian yang telah dijalankan di Malaysia, penyusuan eksklusif meningkat daripada 14.4 % pada tahun 2009 kepada 16.4% pada tahun 2010. Ini menunjukkan bahawa semakin ramai ibu-ibu yang sudah mempunyai kesedaran dan keperihatinan terhadap penyusuan pada si kecil.

Kandungan susu ibu sebenarnya berubah mengikut keperluan usia anak berkenaan dan ia tidak boleh digantikan dengan susu formula. Kekangan yang wujud sebenarnya hanyalah kerana sikap ibu itu sendiri. Biar apa pun masalah dihadapi, ibu perlulah memiliki jiwa yang kental untuk terus menyusukan bayinya.


Tidak ada yang sukar mengenai penyusuan ibu. Ia bergantung pada hati. Mitos dan kepercayaan bahawa susu ibu boleh menjejaskan tubuh badan dan kesihatan anak-anak hanyalah alasan untuk tidak mempraktikkan penyusuan ibu, 'sesuatu istimewa' yang ada dalam Al-Quran.

Sesungguhnya kebaikkan susu ibu tiada tolok bandingnya....


Salam sayang,
Ummi OmarAmeer

Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.

Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.


No comments:

Post a Comment