Wednesday 25 January 2012

Mitos Mengenai Penyusuan Susu Ibu

Biasanya mitos dan kepercayaan sinonim dengan adat resam atau cara hidup sesuatu masyarakat. Namun di dalam penyusuan susu ibu pun wujud mitos dan kepercayaan yang tersendiri. Saya kongsikan beberapa mitos dan kepercayaan sesetengah wanita modern sekarang.


1. Susu kering

Hanya 1% wanita tidak boleh menyusukan bayi akibat dari faktor ini. Selebihnya kerana tidak bersungguh-sungguh.


2. Luka

Luka pada puting payudara biasa terjadi apabila menyusukan bayi. Cara menyusu, kedudukan bayi yang tidak betul menyebabkan boleh berlaku kecederaan.


3. Penyebab sakit kuning

Susu ibu bukan penyebab sakit kuning, sebaliknya akibat dari hati yang belum berfugsi sepenuhnya.


4. Berhenti menyusu bila bayi muntah-muntah

Penyusuan susu ibu sepatutnya diteruskan kerana ia adalah merupakan ubat terbaik bagi jangkitan usus bayi yang menyusu badan.


5. Berhenti menyusukan bayi apabila ibu mengambil ubat

Satu jumlah yang sangat kecil kebanyakan ubat-ubatan muncul dalam air susu ibu. Walau bagaimanapun, anda boleh beritahu pada doktor mengenai anda yang menyusu badan, maka doktor kan berikan ubat yang sesuai untuk ibu menyusu.


6. Makan banyak untuk hasilkan banyak susu

Sudah tentu ini tidak benar. Ibu menyusu harus cuba untuk makan makanan yang seimbang. Amalkan pemakanan yang sihat pada kadar normal.


Sebenarnya , sepertimana yang pernah saya terangkan dalam penulisan saya sebelum ini, 4 Prinsip Asas bagi menjayakan penyusuan adalah ;

  • Pam dengan kerap atau bayi menyusu secara terus
  • Minum sekurang-kurang 3 liter air
  • Doa
  • Pemakanan seimbang dan pengambilan supplemen sebagai memenuhi kekurangan zat didalam diet pemakanan harian.
Semoga bermanfaat...



Salam sayang,
Ummi OmarAmeer

Boleh email kepada saya di : hanyasusuibu[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-9273454 sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dan ingin mendapatkan konsultasi secara PERCUMA apabila membuat belian dari blog ini.

Setiap pembelian di blog ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa PERCUMA, PERCUMA jadual makan dan PERCUMA tips eksklusif yg berkaitan dan anda juga layak dijemput ke group eksklusif tertutup di FB.


No comments:

Post a Comment